Tragedi kera masuk rumah

Khamis lepas kitorang ke Maran melawat tok. Pergi pagi tu dalam pukul 11 ke Kuantan dulu. Tumpang naik kereta Pida (Adik ipar) dari Kuantan ke Maran. Boleh bayang tak kereta Proton Saga tempat duduk belakang kami duduk 6 beranak...hihi... Nak bawak viva macam tak berapa nak yakin... lampu buta sebelah...pastu leaking minyak hitam lagi... So,bertabahlah kami duduk kat belakang. 

Balik semula ke Pekan selepas Isyak. Singgah rumah Pida dulu amik kereta. Tu pun tak masuk dah. Just transfer barang pastu terus balik jerla. Dah malam lagipun esok saya kerja. Isnin-Khamis saya oncall. Sampai ke Pekan lebih kurang jam 12 malam... Masuk jer rumah tengok kat dapur...Ya Rabbi...bersepah sekali. Mulanya ingat kena pecah masuk dah... tapi rupanya angkara si kera yang jahat! Tengoklah keadaan ruamh saya tu.
 
Pili air patah...air keluar. habis kena box tu.Banjir...

Kera masuk melalui tingkap yang pecah satu kat atas tu. Tak sangka pulak kera nak masuk. huhu..bahagian atas coway tu habis kotor kena pijak dek kera.

Gula, pulut,kopi 3 in 1,keropok belum goreng,breadcrumb,biskut..habis dikerjakan oleh si kera tu.

Ujian namanya.. Malam tu jugak kemas apa yang patot... masalah sekarang sinki tak boleh digunakan sebab patah dalam. kena panggil tukang paip datang repair. Kerugian sungguh. Yang paling rasa nak marah sebabnya baru balik berjalan pastu penat... ingat nak tidur jela bila dah sampai. Sekali berlaku tragedi kera ni. 

Kawasan rumah saya tu memang kawasan kera. Kat bahagian belakang rumah tu hutan. Time panas2, tengahari jer mesti ada keluar sekawan kera. Belum lagi sekawan B*B* yang cari makan kat belakang tu. Besar kecik semua ada. Lembu dan kambing pun selalu jugak berlegar... next entri saya amik gambar mini zoo di rumah yer.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...