Order barang china di Shopee

Peminat tegar Shopee. Best....seronok kalau dapat cuci mata kat Shopee ni. Barang semua menarik. lagi2 kalau yang dari China...dahlah murah yang amat. Affordable la...

Sebelum ni pernah beli kat Lazada tapi macam tertipu jer. hihi...
Kali ni try kat Shopee pulak. Alhamdulillah....daripada 3 seller jual barang china tu, satu dah dapat ari Sabtu baru ni. 2 minggu dapat barang daripada tarikh saya order. Okeyla kan.. lagipun bukan nak guna urgent pun. Gatal tangan jer klik itu ini nak beli. Macam yang fruit feeder dan knee protector tu akan guna lebih kurang sebulan lagi kot. Bibs tu nak guna sebab ayra asyik meleleh jer air liur. Habis basah baju.

Ni list item yang saya beli daripada seller kissbaby


Murah2 jer kan...Tapi x snap seme pun. Maklumlah dengan si kakak Iman tu...jadi kalut sikitlah...jenis excited bila ada barang sampai rumah.

okey..bagi korang yang nak beli barang bolehlah usha kat seller ni sebab ada voucher discount tengok pada perbelanjaan korang. Bolehlah guna...Berbelanja secara bijak orang kata.

 Besar jugak kan begnya. Tengok barang pun okey jer. takdelah low quality orang kata.
berbaloi sangat dengan harga rm12 tu

ni soft book. sebenanrnya beli 2 pcs. Animal dan fruit. Tapi seller chat bagitau yang fruit habis. so, amik jerla yang animal 2 pcs...ada 4 helai jer...si kembar tu suka sangatlah tengok binatang.

Kesimpulannya...best belanja kat Shopee ni... trusted and guaranteed. Boleh dapat harga murah kalau rajin mencari. Boleh jimat banyak kalau bijak. haha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...