MP4 untuk anak-anak


Akhirnya...sebab takmau dah berebut dengan anak2 punya pasal, terbelilah jugak mende alah ni ha.. Tapi saya beli body jerla..murah jer... masa shocking sale shopee. RM53 sahaja seketul tu. Video saya download sendiri jer. Internet offis kan free... Saya cuma beli TF Memory card jerla...still belum sampai. Buat sementara guna pendrive ibu dulu. Tapi tak berapa nak relevan sebab terjojol keluar bila cucuk kat usb tu. Tunggulah memory card sampai yer. Video semua dah ready download.

Ibu bukan nak menggalakkan anak2 dengan gadget sangat tapi dengan situasi sekarang macam perlu jer. TV pun tak elok.. anak2 perlukan hiburan. Takdelah nak bagi tengok 24jam kan...ada masa bermain sesama mereka. Aktiviti outdoor...biasa saya akan bagi mp4 ni time saya nak buat kerja kt dapur sebab saya tak dapat nak mengawasi mereka sangat. bila tengok video tu diorang akan senyap sikit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...