Mee rebus simple

Menu yang diwarisi oleh kawan opis ni. Dia bawak bekal g ofis... sedappp.... so, tanyalah mekna (nama glemer kawan opis tu) macammana cara buatnya.

Bila dah tahu buat tu, memang selalu sangatlah buatnya. Lagipun bahan2 yang digunakan tu memang selalu ada kat rumah. Kebetulan ada satu hari tu, ma abah datang ziarah cucunya ni. Jadi, teruslah terfikir nak buat menu tu untuk makan petang sebelum ma abah bertolak balik.

Macam tak senonoh jer kn dalam periuk jer... sebenanrnya macam tak berapa nak relevan letak dalam bekas. Kat rumah sewa sekarang memang takde bekas besar. Cuma ada besen jer.. Lagipun bila dalam periuk kuah jadi lambat sikit nak sejuk.

Okeyla...resepi mee rebus simple ni...

- Kulit kayu manis
- Bunga lawang
- Bunga cengkih
- Bawang putih
- bawang besar (takyah letak pun takpe)
- air
- ayam/udang/sotong (yang mana ada)
- sayur kubis/sawi/lobak (yang mana awak suka makan)

cara2 :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
Tumiskan bawang dan rempah (kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih) sehingga naik bau.
Masukkan air untuk kuah seberapa banyak yang anda mahu ikut kesesuaian mee banyak mana
Masukkan bahan lain seperti ayam/udang/sotong (Boleh jugak pecahkan telur tanpa kacau sehingga telur masak)
masukkan sayur
bila dah mendidih dan semua bahan dah lembut bolehlah tutup api
celurkan mee

ok siap! sedia untuk dihidangkan....

senang jer kan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...