Cekodok kentang senyum menu makan petang

Salam & selamat pagi.

Macam biasala kan.. kalau hari minggu jer mesti dok fikir pasal menu nak buat makan petang anak2. Last week teringat kentang smiley yang pernah viral tu. Kentang ada beli banyak baru ni.Tengok resepi dan cara macam mudah jer. Jadi meh kita buat. Cuma ada bahan yang tak cukup jerla.. yang takde takyah isi. Senang jer konsep dia kan..haha

Okey...

Mula2 ambil kentang..ikutlah berapa biji. saya cuma guna 2 biji. satu besar satu kecik. then rebuskan supaya senang kita nak lecek nanti.

Pastu dah lembut, bolehlah kita lenyek2kan. Macam yang saya buat baru ni kurang empuk. Jadi keras sikitla..saya fikir okey jer sebab nanti nak goreng pulak. berkejar dengan ayra lagi....sambil2 lari jela buat kuih. 

Dah siap lenyek tu, kita masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta serbuk roti. Saya cuma guna tepung gandum jer sebab 2 lagi bahan tu takde. Terok kan... men hentam jer. Adunkan kentang dan tepung jadi macam doh roti. Pastu buat bentuk bulat leper. Torehkan sikit mulut senyum dan mata guna sudu.

Dah siap tu meh kita goreng dalam minyak panas sehingga masak garing.
Siap sedia untuk dimakan. 

Walaupun guna bahan yang tak berapa nak lengkap, tapi serius sedap! Kalau bahan lengkap lagilah sedap kan...anak2 suka makan! mak pun suka buat. next time nak buat lagi. Tepung jagung dah ada. Serbuk roti jer lupa pulak nak beli.


                     Rupa yang hodoh. Berketul2 lagi kentang tu tapi okey jerla...


Buat kuih dengan anak kecik. macam ni lah gayanya. rupa memang out!

                              ni dah siap goreng.Enak dimakan. Boleh buat lagi.

 baca doa dulu sebelum makan. Kakak Iman yang pandai. Moga membesar menjadi seorang  anak yang berguna dan solehah.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...