Scan and Win dengan Pet Pet Mega pack

Beli Pet pet saiz mega punya. Nanti kat bungkusan luar tu ada sticker macam kat atas tu. Nanti selongkar dalam plastik dapat kad untuk kita scan tu...macam kat atas tu la kad nya. Ada no.kod (saya dah guna yang tu)

Jangan risau. Anda adalah pemenang! Cuma nak tahu menang produk apa. Sebenarnya hadiah yang ditawarkan adalah produk organic baby care punyala.


Hadiah yang akan korang dapat nanti. Nasiblah menang apa kan... As long ada jugak habuan kita kan.. Orang kata alah membeli menang memakai...Saya pun dah tak ingat saya dapat produk apa yang baru ni. 

Apalagi..mohler kiter membeli petpet sementara ada promosi penebusan percuma ni.

Read more ...

Al fatihah buat arwah adik ipar


Adik ipar saya terlibat dalam kemalangan Ahad lepas. Meninggal di tempat kejadian. Kemalangan lori dengan lori di Merapoh
Tenanglah dikau di sana.  Semoga rohnya ducucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Read more ...

MP4 untuk anak-anak


Akhirnya...sebab takmau dah berebut dengan anak2 punya pasal, terbelilah jugak mende alah ni ha.. Tapi saya beli body jerla..murah jer... masa shocking sale shopee. RM53 sahaja seketul tu. Video saya download sendiri jer. Internet offis kan free... Saya cuma beli TF Memory card jerla...still belum sampai. Buat sementara guna pendrive ibu dulu. Tapi tak berapa nak relevan sebab terjojol keluar bila cucuk kat usb tu. Tunggulah memory card sampai yer. Video semua dah ready download.

Ibu bukan nak menggalakkan anak2 dengan gadget sangat tapi dengan situasi sekarang macam perlu jer. TV pun tak elok.. anak2 perlukan hiburan. Takdelah nak bagi tengok 24jam kan...ada masa bermain sesama mereka. Aktiviti outdoor...biasa saya akan bagi mp4 ni time saya nak buat kerja kt dapur sebab saya tak dapat nak mengawasi mereka sangat. bila tengok video tu diorang akan senyap sikit.
Read more ...

Resepi ayam goreng ala KFC


First time ni buat ayam celup tepung. Hidangan tengahari tadi.. Alhamdulillah..anak2 suka. Tak cukup pulak... kesian kakak Iman. Takpe kakak...nanti ibu buat lagi yer....

Saya guna tepung perasa serbaguna brand seri ayu.

Ayam bahagian isi sahaja saya beli. Senang nak potong kecik2.
Celup dalam telur putih sahaja. Pastu celup dalam tepung tu pulak... biarkan seketika,
Sebelum goreng tu, celupkan dalam tepung lagi sekali. Goreng sehingga garing.
Sedia untuk dihidangkan. Sedap....
Read more ...

Kuih raya Nutty ring yang sedap

 Sedap weh! Nutty ring by yatie. COD hari Ahad baru ni. Rasa nestum dan oat. Bentuk donat kecik2...
RM35 sebekas ada 47/48 pcs. Ada yang nak? hihi

Iman bergaya dengan satu set barang order dari shopee (oversea)

Set baju+seluar RM12
Sandal purple RM13

jom shopping kat shopee...berbaloi2 tau
Read more ...

Cekodok kentang senyum menu makan petang

Salam & selamat pagi.

Macam biasala kan.. kalau hari minggu jer mesti dok fikir pasal menu nak buat makan petang anak2. Last week teringat kentang smiley yang pernah viral tu. Kentang ada beli banyak baru ni.Tengok resepi dan cara macam mudah jer. Jadi meh kita buat. Cuma ada bahan yang tak cukup jerla.. yang takde takyah isi. Senang jer konsep dia kan..haha

Okey...

Mula2 ambil kentang..ikutlah berapa biji. saya cuma guna 2 biji. satu besar satu kecik. then rebuskan supaya senang kita nak lecek nanti.

Pastu dah lembut, bolehlah kita lenyek2kan. Macam yang saya buat baru ni kurang empuk. Jadi keras sikitla..saya fikir okey jer sebab nanti nak goreng pulak. berkejar dengan ayra lagi....sambil2 lari jela buat kuih. 

Dah siap lenyek tu, kita masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta serbuk roti. Saya cuma guna tepung gandum jer sebab 2 lagi bahan tu takde. Terok kan... men hentam jer. Adunkan kentang dan tepung jadi macam doh roti. Pastu buat bentuk bulat leper. Torehkan sikit mulut senyum dan mata guna sudu.

Dah siap tu meh kita goreng dalam minyak panas sehingga masak garing.
Siap sedia untuk dimakan. 

Walaupun guna bahan yang tak berapa nak lengkap, tapi serius sedap! Kalau bahan lengkap lagilah sedap kan...anak2 suka makan! mak pun suka buat. next time nak buat lagi. Tepung jagung dah ada. Serbuk roti jer lupa pulak nak beli.


                     Rupa yang hodoh. Berketul2 lagi kentang tu tapi okey jerla...


Buat kuih dengan anak kecik. macam ni lah gayanya. rupa memang out!

                              ni dah siap goreng.Enak dimakan. Boleh buat lagi.

 baca doa dulu sebelum makan. Kakak Iman yang pandai. Moga membesar menjadi seorang  anak yang berguna dan solehah.





Read more ...

Order barang china di Shopee

Peminat tegar Shopee. Best....seronok kalau dapat cuci mata kat Shopee ni. Barang semua menarik. lagi2 kalau yang dari China...dahlah murah yang amat. Affordable la...

Sebelum ni pernah beli kat Lazada tapi macam tertipu jer. hihi...
Kali ni try kat Shopee pulak. Alhamdulillah....daripada 3 seller jual barang china tu, satu dah dapat ari Sabtu baru ni. 2 minggu dapat barang daripada tarikh saya order. Okeyla kan.. lagipun bukan nak guna urgent pun. Gatal tangan jer klik itu ini nak beli. Macam yang fruit feeder dan knee protector tu akan guna lebih kurang sebulan lagi kot. Bibs tu nak guna sebab ayra asyik meleleh jer air liur. Habis basah baju.

Ni list item yang saya beli daripada seller kissbaby


Murah2 jer kan...Tapi x snap seme pun. Maklumlah dengan si kakak Iman tu...jadi kalut sikitlah...jenis excited bila ada barang sampai rumah.

okey..bagi korang yang nak beli barang bolehlah usha kat seller ni sebab ada voucher discount tengok pada perbelanjaan korang. Bolehlah guna...Berbelanja secara bijak orang kata.

 Besar jugak kan begnya. Tengok barang pun okey jer. takdelah low quality orang kata.
berbaloi sangat dengan harga rm12 tu

ni soft book. sebenanrnya beli 2 pcs. Animal dan fruit. Tapi seller chat bagitau yang fruit habis. so, amik jerla yang animal 2 pcs...ada 4 helai jer...si kembar tu suka sangatlah tengok binatang.

Kesimpulannya...best belanja kat Shopee ni... trusted and guaranteed. Boleh dapat harga murah kalau rajin mencari. Boleh jimat banyak kalau bijak. haha
Read more ...

Mainan masak-masak kakak Iman

Salam semua.

Saya ni kaki shopping online..memang tegar. Segala benda memang nak beli online jer senang. al maklumlah anak ramai...kecik2 lagi.. jadi nak pergi shopping tu memang terbatas...agak renyah...

Kalau dulu Lazada tempat paling best nak bershopping tapi kini dah beralih arah ke Shopee pulak...

Selalunya tunggu time Shocking Sale pukul 9pg..barang yang sale memang best2...Saya beli mainan masak2 untuk Iman..Dah lama nak belinya...pastu baru ni ada kat Shocking Sale RM20 jer... apalagi..teruslah grab 1! Agak lambat jugak delivery...lebih kurang seminggu... opismate ada beli jugak...cepat jer sampai... rezeki saya lambat sikit...takpelah kan...janji sampai..

Inilah mainan baru saya. Iman suka main masak2... kalau dilayan suka sangatlah. mintak dia masak itu ini.
ha tengok.. adik2 pun sama selok jugok.. ada kawan iman datang. jiran depan rumah. tumpang nak main sekali. hihi
Read more ...

Mee rebus simple

Menu yang diwarisi oleh kawan opis ni. Dia bawak bekal g ofis... sedappp.... so, tanyalah mekna (nama glemer kawan opis tu) macammana cara buatnya.

Bila dah tahu buat tu, memang selalu sangatlah buatnya. Lagipun bahan2 yang digunakan tu memang selalu ada kat rumah. Kebetulan ada satu hari tu, ma abah datang ziarah cucunya ni. Jadi, teruslah terfikir nak buat menu tu untuk makan petang sebelum ma abah bertolak balik.

Macam tak senonoh jer kn dalam periuk jer... sebenanrnya macam tak berapa nak relevan letak dalam bekas. Kat rumah sewa sekarang memang takde bekas besar. Cuma ada besen jer.. Lagipun bila dalam periuk kuah jadi lambat sikit nak sejuk.

Okeyla...resepi mee rebus simple ni...

- Kulit kayu manis
- Bunga lawang
- Bunga cengkih
- Bawang putih
- bawang besar (takyah letak pun takpe)
- air
- ayam/udang/sotong (yang mana ada)
- sayur kubis/sawi/lobak (yang mana awak suka makan)

cara2 :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
Tumiskan bawang dan rempah (kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih) sehingga naik bau.
Masukkan air untuk kuah seberapa banyak yang anda mahu ikut kesesuaian mee banyak mana
Masukkan bahan lain seperti ayam/udang/sotong (Boleh jugak pecahkan telur tanpa kacau sehingga telur masak)
masukkan sayur
bila dah mendidih dan semua bahan dah lembut bolehlah tutup api
celurkan mee

ok siap! sedia untuk dihidangkan....

senang jer kan.

Read more ...

Ubi ungu cameron yang sedap

Salam...Arini nak cerita kisah ubi cameron yang sedap!

Al kisahnya...opis mate, Janah wat trip ke Cameron. Niaga... amik order barang cameron..So, orderlah strawberi dan ubi ungu. Memang sedap sangat2... manis giler2...
Order 2kg jer...tak cukup pulak makan anak beranak.

 ni isi ubi ungu tu. kuning...semanis madu rasanya.

 2kg ubi! tak cukup....

 strawberi yang tak dilayan. beli sampai 2 paket. Pasni no more strawberi.

ubi ungu sedang direbus dalam periuk.

tetiba rasa nak gelak jer buat entri ni. Hahahahaha... entri budak sekolah rendah ni. bantai ajerla... asalkan ada entri kan...
Read more ...

Tragedi kera masuk rumah

Khamis lepas kitorang ke Maran melawat tok. Pergi pagi tu dalam pukul 11 ke Kuantan dulu. Tumpang naik kereta Pida (Adik ipar) dari Kuantan ke Maran. Boleh bayang tak kereta Proton Saga tempat duduk belakang kami duduk 6 beranak...hihi... Nak bawak viva macam tak berapa nak yakin... lampu buta sebelah...pastu leaking minyak hitam lagi... So,bertabahlah kami duduk kat belakang. 

Balik semula ke Pekan selepas Isyak. Singgah rumah Pida dulu amik kereta. Tu pun tak masuk dah. Just transfer barang pastu terus balik jerla. Dah malam lagipun esok saya kerja. Isnin-Khamis saya oncall. Sampai ke Pekan lebih kurang jam 12 malam... Masuk jer rumah tengok kat dapur...Ya Rabbi...bersepah sekali. Mulanya ingat kena pecah masuk dah... tapi rupanya angkara si kera yang jahat! Tengoklah keadaan ruamh saya tu.
 
Pili air patah...air keluar. habis kena box tu.Banjir...

Kera masuk melalui tingkap yang pecah satu kat atas tu. Tak sangka pulak kera nak masuk. huhu..bahagian atas coway tu habis kotor kena pijak dek kera.

Gula, pulut,kopi 3 in 1,keropok belum goreng,breadcrumb,biskut..habis dikerjakan oleh si kera tu.

Ujian namanya.. Malam tu jugak kemas apa yang patot... masalah sekarang sinki tak boleh digunakan sebab patah dalam. kena panggil tukang paip datang repair. Kerugian sungguh. Yang paling rasa nak marah sebabnya baru balik berjalan pastu penat... ingat nak tidur jela bila dah sampai. Sekali berlaku tragedi kera ni. 

Kawasan rumah saya tu memang kawasan kera. Kat bahagian belakang rumah tu hutan. Time panas2, tengahari jer mesti ada keluar sekawan kera. Belum lagi sekawan B*B* yang cari makan kat belakang tu. Besar kecik semua ada. Lembu dan kambing pun selalu jugak berlegar... next entri saya amik gambar mini zoo di rumah yer.
Read more ...

800 POINT PERCUMA DRYPERS CLUB

Berjaya dah dapat 800 point drypers... jawap survey pasal diapers aritu. Banyak tu 800 point. Selama ni ada jer pakai drypers tapi tak eprnah pun register code tu. Tak tahu sebenarnya code tu kat mana. huhu kesian kan... bila masuk code jer mesti invalid... pastu biar jerla...malas becara...

Entri ringkas arini. Mood ke laut ni... rumah bersepah...angkara kera yang jahat... next entri yer pasal kera tu.
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...