Tragedi kunci kereta

Alkisahnya.. incik asben balik keje malam tu. Tanya kunci spare ada tak.. kita ni dahla mengantuk dengan peningnya lagi.. kunci spare hilang. Tak tahu mana letak. Yang ingat last guna kat rumah ma aboh.

Rupa-rupanya kunci kete jatuh ke dalam lubang bilik air. Perasan tak kat segugus kunci tu, yg ada besi tu... ha! kunci tu la yang jatuh. Aisshhhh...kenapalah yag main tu jatuh.. 
Nak jadi hal orang kata. Lubang tu pulak baru jer dibukakkan sebelum tu penutupnya. Betol orang kata 'malang itu tidak berbau'. Incik asben mintak tolong kawan dia pinjamkan kereta dia untuk saya pergi kerja esoknya. Malam tu jugak saya dah call my bos bagitahu insiden ni. Sebab macam terfikir nak ambil cuti esoknya nak setelkan masalah ini. Tapi dah ada transport g kerja, saya pun pergi jerla kerja dengan perasaan yang tidak senang.

Saya call Perodua Servis tanya pasal kunci baru. Nak tahu berapa kos? RM2k lebih tau! Kos buat kunci baru. Sekali dengan ibu kuncila. Original Perodua. Matila makkkkkk

Saya ada jugak contact locksmith via wasap. Kos RM750+ (RM500 untuk 2 pcs kunci dan 2pcs remote. + RM250 kos travel dari KL-Pahang) Aduhai... mahal jugak tu... BR1M cuma dapat RM300 jer... Ok fine.. biar jela dulu. 

Balik tengahari incik asben try lagi jolok2 saluran tu dengan harapan kunci keluar. Malam tu saya dan incik asben dah bertungkus lumus jirus air bagi kunci tu keluar. Tapi tinggal harapan jerla. Siang tu pulak dah telefon ma mintak tolong carikan kunci spare kat sana. Manalah tahu jumpa kan...

Masuk je ofis lepas lunch tu, ma wasap bagitau on the way ke Pekan. Ha! Buat kejutan sungguhla.. Tipon incik asben bagitahu supaya get ready rumah berkemas...hihi... Rupanya ma aboh datang nak tolong kami mendapatkan kembali kunci yang jatuh tu.... Dan alhamdulillah.. dengan usaha semua, kunci tersebut berjaya diselamatkan...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...