Sepetang bersama anak-anak

Cerita minggu lepas ni. Time oncall... Balik kampung. Incik asben hantar balik hari Sabtu tu. Dia kerja Ahad keesokan harinya. Biasa memang macam tu pun. Selasa depan tu abah hantar balik sebab nak g Kuantan melawat adik Kimi. Alang2 boleh hantar kami sekali kan.

Kebetulan abah memang ambil cuti aritu. Abah tak sihat sangat. Tapi demi anak bongsu, sanggup datang tu. Kasih seorang ayah. Adik Kimi dah lama tak balik rumah sebab sibuk dengan perlawanan ragbi. Memang aktifla dia sorang ni. Duit belanja dah habis...tu yang abah datang.

Selepas melawat adik Kimi, kami bergerak ke Taman Teruntum. Nak tengok haiwanlah.. Bayangkan... Ada 3 orang dewasa dan 4 anak2 kecil. Saya memang kena dukung si Ayra tu. Kembar perlu diawasi. Iman okeylah lagi. Dia cerdik dah...Abah kan tak larat sangat. Cabaran jugakla...hihi

Ni kat Taman Teruntum. Dah siap tengok haiwan kat belah bawah jer. Abah dengan ma tak join sebab masing2 tak larat. Saya yang handle anak2 3 orang tu.

Kembar dan kakak Iman selok dengan haiwan. Bukan selalu dapat peluang berjalan macam tu. Memang seronoklah mereka kan. Kepenatan masing2... Lepas habis riadah di Taman Teruntum, bergerak balik ke Pekan. Tapi sebelum tu singgah makan di MABIQ dulu isi perut.

 Ni masa dalam kereta on the way ke Kuantan. Selfie dengan anak2 nine. Iman dan Ayra.

 Petang tu abah ajak ke Kuala Pahang pulak. Dekat jerkan. Tiada dalam plan pun nak singgah taman permainan ni. Suka tengok anak2 semua hepi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...