Pulut Kuning Sambal Udang serta Resepi Agar-agar milo

Biasanya hujung minggu saya akan fikir menu petang untuk anak2. Sekaligus mencuba resepi yang saya google. Pastu ingat2 semula apa yang ada kat rumah bahan2 dan buat. Petang semalam saya buat agar2 milo. Sedap...hihi.. milo kan....

Resepi :

Milo 5 sudu besar
Air 800ml
Susu pekat separuh tin
Sepaket serbuk agar2
Sedikit garam

Cara-cara :

Bancuh milo dan susu dengan sedikit air. Pekat lagi sedap
Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Masak di atas api yang sederhana sehingga mendidih. Masukkan secubit garam. Masukkan bancuhan milo tadi.
Masukkan agar2 ke dalam loyang atau acuan yang bersesuaian. 

Siappp!!! Sejukkan sekejap dan letak dalam peti ais. Enak sekali rasanya.

 Abaikan bentuk yang hodoh itu. Rasanya memang sedap tau.

Kali keempat ke kelima buat pulut kuning. Alhamdulillah...semakin berjaya. Hihi.. Tenkiu mekna...ofismate... dialah yang ajar buat. Semalam buat menu sarapan. Buat sambal udang sekali tapi Allahu Akbar... pedas sangat lada kering tu. Pastunya saya otter semula...sebelum tak dan nak rasa sebab kalut dengan anak. Dah reda sikit tu barulah dapat memasak dengan tenang...

Pasni tiap tahun saya buat pulut kuning sendirila... nak buat makan dengan rendang takpun kari ayam pulak pasni. Misi belajar mesti diteruskan... manalah tahu pasni nak jadi housewife pulak...amik order makanan ker...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...