Potty train untuk Kakak Iman

Tahun ni usia kakak iman dah 3 tahun... Nak sekolah sangat2 dah kakak. Pantang nampak taska/sekolah yang ada playground...mesti dia akan cakap " tu sekolah kakak"
Kakak Iman sejenis yang suka bersosial. Memang dia nak berkawan. Maybe dah bosan asyik kawan dengan adik2 kot...Sebab nak sekolah, jadi kena ajar diapers free la kan... lagipun dah besar...Iman dah pandai.. Kena ajar jer..

Sesi siang incik asben yang settlekan. Tak pakai pampers. Di awal2 training memang 2-3 kali jugaklah Iman terkencing dalam seluar. Salah parent jugak kot tak bawak dia ke toilet dalam selang masa yang perlu.Lepas saya balik kerja pun saya teruskan misi diapers free untuk Iman. Sampailah nak tidur malam baru pakai semula.

Time cuti Sabtu Ahad my turn pulak training. Okey... Saya training kaw2 minggu lepas. Minggu sebelum tu terpaksa off sebab Iman ikut tok dan Wan ke Johor...
Sabtu : Saya tak pakaikan pampers untuk Iman. Kena memujuk jugak.. sebab ada jugak dia request nak pakai. Tapi jiwa ibu memang kental..Memang nak sangat dia dah boleh berdikari nak buang air kecik atau air besar. Okey... selang sejam saya akan suruh dia ke tandas buang air kecil. Tengahari tu saya terlupa nak suruh sebab sibuk memasak dan menguruskan kerja rumah.. Iman pulak leka tengok video dalam henfon. Dia terkencing dalam seluar. Saya punya marah....mak ai..macam singa... tak sengaja sebenarnya... sebab penat banyak kerja....saya ter marah...huhu..maafkan ibu Iman.. kadang di luar kawalan rasa amarah ini. Tapi sekarang saya seorang ibu yang lebih bersabar...
Petang tu, ma abah ada datang rumah. Saya sedang basuh pinggan. Tetiba Iman cakap " Ibu, nk kencingla...." okey....bukak seluar dan Iman pun kencing dalam bilik air. Tapi nampakla dia tahan kencing... maksudnya dia pandai dah.... dalam hati ni, sukanya rasa...Iman dah pandai cakap nak kencing. Alhamdulillah....

Esoknya rutin macam biasa. Memang tak pakaikan dia pampers selagi dia tak tidur malam. Misi berjaya!!! Iman dah pandai rasa nak kencing. Setakat ni takde lagilah dia kencing dalam seluar. Kadang bila saya rasa agak lama dia tak kecing tu, cepat2 suruh dia ke tandas untuk kencing. Bukan apa, takut jugak dia terleka kan...Karang tak pasal2 saya kena lap.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...