Kembar yang suka makan sayur



My twin HH dah setahun 7bulan. So far, diorang ni sangatlah bagus. Jenis tak banyak ragam. Maksud saya tak banyak ragam tu, senang nak tidur, bagi makan semua telan jer. Pastu takdelah nak mengamuk/tantrum sesuka hati. Biasanya kalau mengamuk, senang sangat pujuknya. Manja belaka ni.
Si abang Hamka memang agak lasak luarannya tapi sangatlah lembut hati macam tisu tu ha...Kuat merajuk..hihi...Si adik Hakim pulak biasalah...keras kepala sikit tapi manja jugak. Aisshhhh.... ikut siapalah kan..
Tapi bab makan paling best tau. Ha! Diorang suka makan sayur! Senang kerja ibu... nak masak menu untuk diorang senang jer. Masak jer sayur yang berkuah pastu ikan goreng.
Kalau sebelum ni saya selalu buat menu singgang ikan atau sup ayam , tapi sejak tahu diorang jenis makan sayur, sayapun tukarlah menu. Bagi makan sup sayur pulak... Tak kisah sayur apa memang diorang suka makan. Kutip dalam pinggan tu ha...saya nak suap makan sibuk dengan tangan diorang nak kutip apa yang ada dalam pinggan tu ha.


Bangun jer tidur memang bergalak sakan mereka ni. Ketawa mengekek orang kata. Main kejar2..patutlah kembar tak boleh berpisah sampai dah kahwin orang kata. Saya dapat rasakan hubungan mereka memang sangat rapat. Time gaduh toksoh katala...bingit telinga. Gaduh berebetkan barang kat tangan masing2.. kadang dah bagi sorang satu pun still gaduh. Oh la anak2! Baru kembar dua tu... yang kembar 3 tu macammanalah agaknya yer. tpi situasi saya sekarang ibarat kembar 3 jugaklah campur dengan kakak iman tu ha.
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...