Set baru pam susu Lacte dan anak

Tara...akhirnya beli jugak set baru body ni ha.. Payah sangat nak beli kan...
sebenarnya saya punya tubing dan adaptor hilang. Eh salah... tubing tu anak saya main aritu letak foundation dalam tu. Saya buang terusla...huhu masa tu tak terfikir yang tubing tu just as connector..Tak efek pun susu. Saya dah beli set pam murah baru. Jenama Real Bubbee tu tapi tak sesuai dengan saya. Tak boleh guna pulak. Maka, saya kena pinjam yang member ofis punyala...part yang takde tu... Takkan nak pinjam jer kan..so, gaji baru ni belilah satu set senang bagi menggantikan set lama. Cuma adaptor jer belum beli lagi... just beli usb cable dulu. tu pun baru jer order semalam.

Misi kali ni nak susukan Ayra sehingga 2 tahun! Takmau campur dengan susu botol. Cukuplah kakak dan abang2 dia minum susu formula. Nak menjimatkan yang mana kita boleh control.
So far, berjaya lagi buat masa sekarang. Alhamdulillah..berkat kerajinan dan usaha ibu Ayra yang kental ini. Semoga Ayra mendapat khasiat susu ibu yang sewajarnya.


Saja nak selit 2orang botak ni ha...pening kepala dengan perangai si kembar ni. Al maklumlah tengah lasak. Sel2 otak sedang berhubung. Time baik tu okeyla kan... seronok sangat tengoknya gelak sakan masing2. Tapi bila bergaduh,menjerit sehingga stress tau... Semoga Allah sentiasa menitipkan kesabaran buatku menjaga anak2 yang masih kecil ini.

Kakak Iman yang bijak pandai. Dialah ketua buat segalanya kat rumah tu. Sifu bagi adik2.. Iman ni garang orangnya. Macam ibunya jugaklah...kelakar tengok dia bila marah adik2. Umur sedang ni mudah mengikut... Jadi, berbuat baiklah depan dia...hihi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...