Pengalaman bersalin operate Part 3

Puas nak ada mood nk sambung semula kisah ni...
Seminggu baru nak continue...

Ni part 2 ----> Kisah Bahagian 2

Berada di hospital Pekan, sangatlah menyenangkan hati... Dari awal saya check in ward, tak tukar pun katil... kalau masa kat HTAA tu, kena pindah randah jawabnya... syukur sangat2 dapat bersalin kat hospital Pekan ni.

Okey...selepas 6jam di pembaringan, dapatlah bangun dengan keadan sakit operate. Ubat bius pun dah habis...tapi masa tu agak gagah sampailah esok tengahari...Abah, Ma datang hospital bawak anak2... kebetulan nak ambil adik Pian sekali.

Rindu kat anak2 terbalas. Pada mulanya Iman berlari untuk mendapatkan ibunya... sampai jer dekat dengan katil terus stop! Ibu pegang adik Ayra... terkejut dia...belum dapat menerima lagi kot masa tu.. Apa yang dia tahu cuamlah adik Hamka dan adik Hakim.

Incik husband sentiasa menemani sepanjang berada di Hospital. Time melawat dari awal sampai akhirla...TQ banyak2...malam first tu Ayra kuat jugak mengamuk...sebab dia tak berapa pandai lagi nak hisap susu dada... Malam kedua pun macam tu jugak... sampai nurse tolong amik Ayra jagakan. Nurse pun faham, ibu tak larat nak bangun2 sangat. Luka operate sangat terasa dah masa tu... Fikir nak balik cepat jer. Berpantang kat rumah okey sikitla kan...lebih selesa walaupun kat hospital tu dah selesa sangat fasiliti. Alhamdulillah...esoknya pas Jumaat dah boleh check out... petang tu sampai kt Chini dalam kul6 kot dalam keadaan hujan renyai.

Anak2 masa tu dah kat Bahau. Ada kenduri kat rumah Bibik Nik. Harap2 anak2 semua okey jer..behave!!! Ibu dah bz dengan adik Ayra. Incik hasben masak lauk pantang. Mandikan Ayra dll. Dalam masa yang sama, kena ulang alik ke klinik desa untuk cucuk hepparin tu setiap pagi dan petang. Pastu pulak si Ayra kena kuning. Nak kena pergi amik darah kt Klinik Cini. Agak memenatkan...huhu
Kami tinggal 3 beranak jer...lain jer rasa. Tak sabar nak tunggu ma abah balik sebab nak jumpa anak2 yang lain.rindu sangat kat diorang.

Cukuplah kisah operate ni. Yang penting saya dah berjaya mengharungi liku2 bersalin dengan jayanya. Alhamdulillah... kesihatan yang baik... dapatlah saya menjaga semua anak2..meringankan beban orang sekeliling. Faham2 ajerla... kembar baru setahun lebih, memang sedang lasak orang kata. Peringkat explore... kesabaran sangatlah teruji.

Apapun syukur Ya Allah, dikurniakan anak2 yang menjadi amanah untuk ku jaga dengan sebaiknya. Walaupun nakal, tapi seronok sangat dengan kerenah mereka yang macam2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...