Pengalaman bersalin operate kali ketiga Part 2


Arini kisah yang berlaku pada hari kejadian nak operate.
Seawal 6pagi dah dikejutkan oleh nurse supaya mandi siap2...Pada hari tu ada 3 patient yang perlu di operate. Katil depan saya, sama jugak kes...nak operate bersalin. Seorang lagi makcik kena operate sebab sakit apa ntah. Lupa plak...huhu...period tak berhenti...Tapi tak tahu giliran siapa dulu kena masuk bilik OT tu. So, standby jerla... Dah bagi baju siap2 untuk bilik operate warna biru...
Incik suami pun dah sampai unutk menemani saya. Saya memang dah pesan banyak kali malam tu supaya dia sampai cepat... Mestilah nak ada peneman kan buat semangat. Al maklumlah nak masuk dewan bedah...seriau weh!!!

Dah siap salin baju OT tu, tak lama lepas tu nurse datang kata bagitau saya orang kedua untuk operate. Yang first makcik tu... So, nurse dan PPK pun datang untuk preparation. Dah siap semua kena pindah katil nak bawak ke OT. Ambil tekanan darah dulu. Memang tinggilah sebab berdebar...huhu...sebelum gerak ke bilik OT kena minum ubat tahan muntah kot. Supaya tak ganggu masa proses operate tu nanti.
Saya ditolak ke bilik OT kat tingkat 1. Sampai kat OT kena buat confirmation borang yang saya sign semalam. Pasal BTL tu la...Dah setel tu, saya kena letak kat satu ruang. Doktor cek apa yang patot...

Setengah jam pastu saya ditolak masuk ke ruang bedah. Di situlah bermula episod. Ramai jugak nurse dan doktor. Masing2 memainkan peranan. 
Saya mintak dengan doktor untuk masukkan salur kencing masa bius. Okeyla... tak rasa sakit...saya boleh request macam tu masa baca dalam group kt FB.
So, bermulalah operasi ceaserean ke atas saya. Saya dapat tengok sikit2 jer melalui lampu kat atas tu...Lama2 mengantok terlelap jugak... dengan rasa sejuk yang amatnya...proses untuk mengeluarkan baby serta ikat...

Tak sabar nak tengok baby keluar... nak tahu jantina masa tu...
Akhirnya jam 10 lebih dengarlah tangisan baby... alhamdulillah syukur nikmat kepadaNya...
Dah siap2 mandi tu, nurse datang tunjuk kat saya jantina baby... pastu bagi susuan kat dada saya...Di samping doktor2 meneruskan kerja mereka ke atas saya.
Agak lama jugak saya dalam bilik bedah tu. Dah siap semua, saya ditinggalkan sekejap di satu ruang sebelum dibawa turun. 6 jam selepas pembedahan, pesakit tidak dibenarkan bangun..kena baring jer.... Maksudnya petang nanti dalam pukul6 baru boleh bangun untuk makan dan minum...lapar yang amat masa tu..
 Aci tak nak sambung Part 3 pulak esok... penat dah menaip panjang2...lagipun dah tak boleh fokus.. tadi Ayra ngamok...

Anak yang no.4
2nd nine..hehe
Nur Ayra Binti Norzaimi
3.39kg

Iman , Hamka , Hakim

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...