Cara semak scammer online


bukak website https://scam.my

Lepas tu masukkan info seperti nama, no akaun bank atau no telefon untuk semakan samada penjual tersebut pernah ada case atau belum

Hati2lah bila membeli secara online. Dah banyak sangat kes penipuan sekarang. Jadi, sebelum nak bank in ke akaun penjual tersebut, semak dulu pasal dia yer...

Melalui website tersebut jugak terdapat senarai scammer. Klik jer "SCAMMER LIST"


klik pada nama tu, akan keluar detail scammer tersebut. Serta detail case penipuan yang telah berlaku tu.


Read more ...

Perkembangan si kembar Hamka dan Hakim

 Khemah yang abah baru belikan kt Mr.DIY untuk anak2 kesayangan. Main dengan anak2 yang tengah lasak, tek berupa khemah jadinya. Tunggang langgang jadinya. Mujurlah jenis yang tak mudah koyak. Kena rmpuh pun okey jer...cuma terbalik jerla...

Ni masa awal2 beli...depan abah, molek jerla belaka main2...kalau abah takde abeh tunggang langgang jadinya. Anak2 ni pandai berlakon depan abah..bila abah takde belaka tunjuk ragam. Dah macammna ibu tak jadi singa...huhu
Ni gambar masa bawak anak2 santai kat Taman Esplanade Kuantan. Tapi kitrang panggil benteng jer. Excitedla si kembar main berlari. Al maklumlah kena kurung sokmo dalam rumah. Apakan daya anak2 ibu... tak mampu nak kawal korang.
 
Hamka...abang yang sangat lasak tapi jiwa kecil. Mudah sangat merajuk...Dah pandai panggil 'IBU'
Suka sangat dengar...hihi...

Ninja!!! Abah punya kerjala ni...
Read more ...

Set baru pam susu Lacte dan anak

Tara...akhirnya beli jugak set baru body ni ha.. Payah sangat nak beli kan...
sebenarnya saya punya tubing dan adaptor hilang. Eh salah... tubing tu anak saya main aritu letak foundation dalam tu. Saya buang terusla...huhu masa tu tak terfikir yang tubing tu just as connector..Tak efek pun susu. Saya dah beli set pam murah baru. Jenama Real Bubbee tu tapi tak sesuai dengan saya. Tak boleh guna pulak. Maka, saya kena pinjam yang member ofis punyala...part yang takde tu... Takkan nak pinjam jer kan..so, gaji baru ni belilah satu set senang bagi menggantikan set lama. Cuma adaptor jer belum beli lagi... just beli usb cable dulu. tu pun baru jer order semalam.

Misi kali ni nak susukan Ayra sehingga 2 tahun! Takmau campur dengan susu botol. Cukuplah kakak dan abang2 dia minum susu formula. Nak menjimatkan yang mana kita boleh control.
So far, berjaya lagi buat masa sekarang. Alhamdulillah..berkat kerajinan dan usaha ibu Ayra yang kental ini. Semoga Ayra mendapat khasiat susu ibu yang sewajarnya.


Saja nak selit 2orang botak ni ha...pening kepala dengan perangai si kembar ni. Al maklumlah tengah lasak. Sel2 otak sedang berhubung. Time baik tu okeyla kan... seronok sangat tengoknya gelak sakan masing2. Tapi bila bergaduh,menjerit sehingga stress tau... Semoga Allah sentiasa menitipkan kesabaran buatku menjaga anak2 yang masih kecil ini.

Kakak Iman yang bijak pandai. Dialah ketua buat segalanya kat rumah tu. Sifu bagi adik2.. Iman ni garang orangnya. Macam ibunya jugaklah...kelakar tengok dia bila marah adik2. Umur sedang ni mudah mengikut... Jadi, berbuat baiklah depan dia...hihi
Read more ...

Pengalaman bersalin operate Part 3

Puas nak ada mood nk sambung semula kisah ni...
Seminggu baru nak continue...

Ni part 2 ----> Kisah Bahagian 2

Berada di hospital Pekan, sangatlah menyenangkan hati... Dari awal saya check in ward, tak tukar pun katil... kalau masa kat HTAA tu, kena pindah randah jawabnya... syukur sangat2 dapat bersalin kat hospital Pekan ni.

Okey...selepas 6jam di pembaringan, dapatlah bangun dengan keadan sakit operate. Ubat bius pun dah habis...tapi masa tu agak gagah sampailah esok tengahari...Abah, Ma datang hospital bawak anak2... kebetulan nak ambil adik Pian sekali.

Rindu kat anak2 terbalas. Pada mulanya Iman berlari untuk mendapatkan ibunya... sampai jer dekat dengan katil terus stop! Ibu pegang adik Ayra... terkejut dia...belum dapat menerima lagi kot masa tu.. Apa yang dia tahu cuamlah adik Hamka dan adik Hakim.

Incik husband sentiasa menemani sepanjang berada di Hospital. Time melawat dari awal sampai akhirla...TQ banyak2...malam first tu Ayra kuat jugak mengamuk...sebab dia tak berapa pandai lagi nak hisap susu dada... Malam kedua pun macam tu jugak... sampai nurse tolong amik Ayra jagakan. Nurse pun faham, ibu tak larat nak bangun2 sangat. Luka operate sangat terasa dah masa tu... Fikir nak balik cepat jer. Berpantang kat rumah okey sikitla kan...lebih selesa walaupun kat hospital tu dah selesa sangat fasiliti. Alhamdulillah...esoknya pas Jumaat dah boleh check out... petang tu sampai kt Chini dalam kul6 kot dalam keadaan hujan renyai.

Anak2 masa tu dah kat Bahau. Ada kenduri kat rumah Bibik Nik. Harap2 anak2 semua okey jer..behave!!! Ibu dah bz dengan adik Ayra. Incik hasben masak lauk pantang. Mandikan Ayra dll. Dalam masa yang sama, kena ulang alik ke klinik desa untuk cucuk hepparin tu setiap pagi dan petang. Pastu pulak si Ayra kena kuning. Nak kena pergi amik darah kt Klinik Cini. Agak memenatkan...huhu
Kami tinggal 3 beranak jer...lain jer rasa. Tak sabar nak tunggu ma abah balik sebab nak jumpa anak2 yang lain.rindu sangat kat diorang.

Cukuplah kisah operate ni. Yang penting saya dah berjaya mengharungi liku2 bersalin dengan jayanya. Alhamdulillah... kesihatan yang baik... dapatlah saya menjaga semua anak2..meringankan beban orang sekeliling. Faham2 ajerla... kembar baru setahun lebih, memang sedang lasak orang kata. Peringkat explore... kesabaran sangatlah teruji.

Apapun syukur Ya Allah, dikurniakan anak2 yang menjadi amanah untuk ku jaga dengan sebaiknya. Walaupun nakal, tapi seronok sangat dengan kerenah mereka yang macam2.
Read more ...

Pengalaman bersalin operate kali ketiga Part 2


Arini kisah yang berlaku pada hari kejadian nak operate.
Seawal 6pagi dah dikejutkan oleh nurse supaya mandi siap2...Pada hari tu ada 3 patient yang perlu di operate. Katil depan saya, sama jugak kes...nak operate bersalin. Seorang lagi makcik kena operate sebab sakit apa ntah. Lupa plak...huhu...period tak berhenti...Tapi tak tahu giliran siapa dulu kena masuk bilik OT tu. So, standby jerla... Dah bagi baju siap2 untuk bilik operate warna biru...
Incik suami pun dah sampai unutk menemani saya. Saya memang dah pesan banyak kali malam tu supaya dia sampai cepat... Mestilah nak ada peneman kan buat semangat. Al maklumlah nak masuk dewan bedah...seriau weh!!!

Dah siap salin baju OT tu, tak lama lepas tu nurse datang kata bagitau saya orang kedua untuk operate. Yang first makcik tu... So, nurse dan PPK pun datang untuk preparation. Dah siap semua kena pindah katil nak bawak ke OT. Ambil tekanan darah dulu. Memang tinggilah sebab berdebar...huhu...sebelum gerak ke bilik OT kena minum ubat tahan muntah kot. Supaya tak ganggu masa proses operate tu nanti.
Saya ditolak ke bilik OT kat tingkat 1. Sampai kat OT kena buat confirmation borang yang saya sign semalam. Pasal BTL tu la...Dah setel tu, saya kena letak kat satu ruang. Doktor cek apa yang patot...

Setengah jam pastu saya ditolak masuk ke ruang bedah. Di situlah bermula episod. Ramai jugak nurse dan doktor. Masing2 memainkan peranan. 
Saya mintak dengan doktor untuk masukkan salur kencing masa bius. Okeyla... tak rasa sakit...saya boleh request macam tu masa baca dalam group kt FB.
So, bermulalah operasi ceaserean ke atas saya. Saya dapat tengok sikit2 jer melalui lampu kat atas tu...Lama2 mengantok terlelap jugak... dengan rasa sejuk yang amatnya...proses untuk mengeluarkan baby serta ikat...

Tak sabar nak tengok baby keluar... nak tahu jantina masa tu...
Akhirnya jam 10 lebih dengarlah tangisan baby... alhamdulillah syukur nikmat kepadaNya...
Dah siap2 mandi tu, nurse datang tunjuk kat saya jantina baby... pastu bagi susuan kat dada saya...Di samping doktor2 meneruskan kerja mereka ke atas saya.
Agak lama jugak saya dalam bilik bedah tu. Dah siap semua, saya ditinggalkan sekejap di satu ruang sebelum dibawa turun. 6 jam selepas pembedahan, pesakit tidak dibenarkan bangun..kena baring jer.... Maksudnya petang nanti dalam pukul6 baru boleh bangun untuk makan dan minum...lapar yang amat masa tu..
 Aci tak nak sambung Part 3 pulak esok... penat dah menaip panjang2...lagipun dah tak boleh fokus.. tadi Ayra ngamok...

Anak yang no.4
2nd nine..hehe
Nur Ayra Binti Norzaimi
3.39kg

Iman , Hamka , Hakim

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...