Pengalaman bersalin operate kali ketiga Part 1

Kali ni ada kesempatan nak bercerita panjang. Mood okey katakan... 
Hari ni dah 3 hari masuk kerja. Teringat anak2 kat rumah tu ha... Al-maklumlah 2 bulan bersama pagi petang siang malam.
Entri yang lepas ---> Tarikh operate dah dapat 

Nak cerita kisah dan pengalaman bersalin di Hospital Pekan.
Okey... sebab dah dapat tarikh ceaser 29/11/2017 (Rabu), jadi saya kena admit ward Hari Selasa. Isnin tu saya dah ambil cuti siap2...nak uruskan anak hantar balik kampung.
Selasa, dalam pukul 10 pagi tu saya dan incik suami gerak ke Pekan dari Chini Timur.
Naik je kereta terus banjir dalam kereta. Ingat ke anak2la... Tak pernah tinggalkan diorang.
Sampai Pekan, makan tengahari dulu kat Ayra Food Stall. Kedai ni tempat yang saya selalu singgah beli lauk makan tengahari. Kedai kat simpang jalan masuk rumah. Lauk glemer diorang paih tempoyak dan masak tempoyak. Kalau ikutkan doktor, suruh admit jam 9pg. Tapinya degil... yela..siapalah yang nak stay dalam ward kan...terbatas segalanya.

Lepas lunch tu, pergi bandar ambil barang kat poslaju. Dan lagi singgah kat Pasarayaku. Terserempak pulak dengan officemate...hihi...dah setel beli, barulah check in kt Hospital. Mula2 sekali kena buat CTG la...dekat setengah jam jugakla. Pastu jumpa doktor untuk preparation borang nak operate esok. Doktor explain sikit2...Akhirnya saya decide untuk BTL terus masa operate bersalin tu. BTL tu apa? Ikat orang tua kata.. Tak boleh mengandung dah pasni.. Incik suami yang suruh ikat terus. sebab saya bukan jenis yang makan ubat perancang dan saya sendiri taknak cucuk2 tu. Nak pasang implan ataupun IUD pulak kos agak tinggi. 

Dah setel semua, maka, berkampunglah saya kat Ward 1A. Tapi saya okey jer. Tenang... sebab dah biasa dengan persekitaran. Tempat kerja saya kan... Lagi satu fasiliti sungguh menyenangkan...terbaik!!! Suasana wad ibarat Kelas kedua... sangat2lah selesa... saya bersyukur sangat dapat bersalin kat Hospital Pekan. Incik suami pun dapat tidur kat rumah dengan selesa. Nurse kat sini pun semua baik2...Patient tak ramai mana. Jadi, bolehlah bagi attention kat patient. Malam tu saya mintak incik suami tapaukan kuey teaw goreng tuk saya. Pukul 12am dah kena puasa untuk operate esok.

Prosedur biasa...cucuk jarum kat tangan untuk masuk ubat...Sakit tangan kena cucuk sebab urat saya bermasalah. Bila cucuk jer, kembang...sakit...last sekali cucuk kat lipat lengan. Payah sangat nak gerak.

Panjang dah ni... esok pulak yer untuk next day... Operation Day.




1 comment:

  1. PC suka baca perkongsian pengalaman bersalin sesiapa pun..rakan-rakan..termasuklah rakan blogger..PC belum berpengalaman...dari pengalaman orang...jadi ilmu untuk PC.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...