Tragedi sehari sebelum raya

Tragedi sebelum raya...

Hari Khamis baru ni...Konon2nya sebelum balik kampung tu naks etelkan segala baju kotor... taknak tinggal macam tu jer...okeyla...saya pun basuhlah baju untuk trip kedua dah masa tu. Mesin basuh kat rumah tu jenis semi auto jer. Sebabnya tukar dengan mak...tekanan air tak kuat, jadi tak boleh nak guna mesin auto.

Dah masukkan air untuk bilas, pusing je bunyi ktung ketang ketung ketang... alamak...apahal pulak ni..
Selok2 tangan...amik kau!!! my henfon... sebelum dah cari henfon kat dalam rumah... tak jumpa...ok takpelah cakap dalam hati... mungkin ada kat tempat lain tapi tak ingat. Al maklumlah kalut dengan anak2... buat itu ini lagi...sambil berperang dengan anak2... dengan si Ayra demam masa tu. 

Jadi, selamatlah henset tu.... terkubur....
maka, berayalah tanpa henfon...

3 hari saya memang tak becara henfon. Alangkah bahagianya hidup tanpa gadjet...aya boleh fokus pada anak2....takdelah terasa nak scroll fb ke baca wasap ker....rilex jer... dunia saya hanya untuk anak2.... buat kerja pun cepat sebab masa takde untuk gadjet...

Tapi, gadjet adalahs atu keperluan di masa kini. Saya memerlukan time saya oncall nanti. Henfon oh henfon....
Read more ...

Takde baju raya lagi

Esok dah nak raya ni tapi baju raya yang official memang takde lagi. Urmmm... tahun ni agak kelam kabut... 
Dengan pindah rumahnya... dengan anak2 yang ramai... dengan hantar anak ke rumah pengasuh lagi... banyak perkara baru...Jadinya persiapan raya hanyalah untuk anak2...

Mak ayah takde baju baru pun takpelah....huhu

apapun mood raya mesti ada.... untuk anak2...kebahagiaan mereka...

kita isi gambar tahun lepas jerla... tak cukup sorang lagi.. dok ada dalam perut 5 bulan..

 Tak jumpa pulok gambar hok molek..takpelah... janji belaka ada dalam ni... Ayra dalam perot lagi...hihi...
 
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
 
Lin & Family

Read more ...

Nufiya Organic Milkbooster Buat Susu Meriah ke?


Dapat trial pack secara percuma sahaja. Just bayar kos pos jer...Dah lama usha tapi tak terbeli pun. Risau sebab takot xminum. Tak boleh nak hadam rasanya. Tapi bila baca2 orang kata rasa macam laicikang jer. So, bila ada peluang dapat trial pack, jangan lepaskan peluang. Pek trial ni untuk 2-3 hari sekali.



Dah siap cuci bersih2, meh kita rebus dalam periuk sampai mendidih. Lepas tu letak dalam jag simpan dalam peti supaya tahan lama. 

ok..berkesan ke tak booster ni? Macammana nak jawab yer... actually saya sempat minum 2x jer.. tu pun beberapa teguk sahaja. Memang cannot go on la dengan rasanya tu. Last2 saya terlupa nak simpan semula dalam peti ais. Pastu terus buang jer....

Al kisahnya.... jadi, saya tak dapatlah nak buat review tentang keberkesanan milkbooster ni. Harap maaf yer
Read more ...

Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan

https://aerillhassan.blogspot.com/2018/05/giveaway-ramadhanraya-2018-by-aerillhassan.html

Join GA lagi.... di kala mood tengah rajin kan... jom kita cari dan join!
Due date arini tau...hihi...masih sempat siapa yang nak join tu...

klik banner kat atas untuk direct ke penganjur ok! Jangan lupa ikut segala syarat yang ditetapkan. 

Untung2 rezeki berpihak kepada kita. Tak join takdelah peluang nak menang apa2 kan.
Read more ...

Shuhaidasaad.com 2nd Giveaway

http://www.shuhaidasaad.com/2018/05/shuhaidasaadcom-2nd-giveaway.html
Masih smepat lagi nak join. Mudah2han ada rezeki di sini. Dah lama sangat tinggalkan dunia giveaway ni... nak kata sibuk tu, masih punya masa....entahlah.. banyak snagat perkara nak fikir kot.

Jom siapa yang nak join... klik je banner kat atas tu ha
Read more ...

Pindah rumah sewa yang baru

17 Ramadhan...
Sabtu lepas.... tanpa plan yang betul2...tanpa perancangan yang teliti...
2 Jun 2018...

Lebih kurang jam 4ptg tu, ma abah datang rumah Kelat Rendang... Tolong kemas barangla...hihi
Nak harapkan saya? urmmm...taktahulah nak buat masa bila... dahlah tengah berpuasa kan... melayan anak2 lagi...dugaan sangat tau. Mujurlah ma abah jenis yang memahami.
Janji dengan lori angkut barang jam5... os bayangkan dalam tempoh masa sejam tu nak mengemas satu rumah. Satu habuk pun saya tak mengemas lagi dek keserabutan...huhu...
KOrang bayangkanlah dengan anak kecik2... macam ni macam tu... bukan senang saya nak handle...  

Pindah dari Kelat Rendang ke Taman Mentiga Jaya
Rumah teres 3 bilik... tersangat selesa buat kami sekeluarga jika hendak dibandingkan dengan rumah kelat rendang. Tapi penatlah sikit kan.. bila ruang lagi besar, kerja lebihla sikit...haha
Read more ...

Ibu anak 4 yang masih kecil

Entri santai2 jer ni.... rasa nak bercerita pasal pengalaman diri sendiri. 
Saya mmepunyai 4 orang anak yang masih kecil.
Sulung 3 tahun, kembar 2 tahun, bongsu 6 bulan.
Rezeki Allah bagi kat saya. Al maklumlah kahwin pun di usia 30 tahun. Usia perkahwinan pun belum lagi mencecah 4 tahun tetapi saya dah memiliki zuriat 4 orang.  Syukur atas nikmatMu Ya Allah... Dia sebaik2 perancang. Dia lebih mengetahui semuanya yang terbaik buat kita.Walaupun semua anak2 dilahirkan secara pembedahan, semua selamat. Kun Fa ya kun... 

Ibu mana yang tak jadi singa dengan anak??? Kalau ada memang saya sangat respectlah kat ibu tu... Member ofis yang ada anak sorang pun jadi singa. Apatah lagi saya yang ada 4 anak kecik ni kan... Sehinggakan saya kadang dah tak peduli dengan jiran sebelah dok kuat volume...Biasanya yang jadi ibu2 ni memang dah faham sangat situasi terjerit2 dengan anak ni. Takdelah sampai mendera. Just kuat suara jer... 

Penat...yer... itulah orang kata. Seeloknya jarakkan usia anak tu 2 tahun. Bila anak dah 2 tahun perkembangan mereka okeyla.. Dah boleh bercakap walau tak faham lansung kadang tu. Ibu pun dapat rehat yang secukupnya. Macam saya sekarang... anak yang kembar tu sedang lasak orang tua kata. Di usia nak cecah 2 tahun tu, otak sedang berkembang. Sedang menerokai dunia luar. Segala benda nak capai..nak try...uishhh dasyat...yang si kakak dah 3 tahun. Boleh dah nak harapkan itu ini. Tapi kadang datang angin tak betul tu, buat perangai jugakla kn... nak bermanja. Tak puas lagi bermanja, dah dapat adik...kembar pulak tu... Si kecik Ayra pulak mood tak menentu...baby lagi kan...kalau ada yang tak selesa pada dia, mesti dia menangis. Kita kena find out apakah yang baby nak...

Time bergaduh, haru biru jugaklah....bingit telinga tau. Kadang saya biarkan jer... sebab dah tak larat dengar. Saya akan ambil masa saya...senyapkan diri...hembus nafas...istighfar banyak2 dalam hati... dah lega sikit baru saya resolve apa yang patot.

Lagi apa yer... cabaran nak makan, mandi, buang air, solat... semuanya kena pandai curi masa... kadang sebab dah penat sangat sampai tak lalu nak makan dah...terkejar2 dengan anak...buat kerja rumah lagi...seriuslah...memang tension tau... rasa nak pakai maid jer. Macammanalah surirumah fulltime tu yer. Saya ni time cuti dengan time oncall jer dengan anak2 kat rumah. Tapi bila semua dah tidur, rasa kesian jer kat anak2 sebab marahkan mereka siang tadi... itu adalah perasaan yang normal bagi ibu2....betul tak ibu2?

Ha..panjang dah kan...bebelan isi luahan hati...hihi...
Semoga setiap hari Allah akan titipkan kesabaran buatku..
Semoga aku terus menjadi seorang ibu yang banyak bersabar dengan kerenah anak2.
Semoga aku terus diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga anak2...

Jomlah share pengalaman korang pulak... buat inspirasi dan semngat....


Read more ...

Puree buah untuk Ayra

 Hujung bulan ni Ayra dah 6 bulan.. Hajat hati nak intro puree je masa awal2 ni.Tapi entah macammana... terbuat jugak bubur nasi untuk ayra...Puree ni tuk stok seminggu. Nak campur dalam bubur nanti.

Puree carrot dan labu dulu. Sesi stim kan mereka.

Dah siap blender...Kita letakkan dalam bekas kecik untuk disimpan dalam freezer.

Nur Ayra... Fasa meniarap. Dah tonggeng2 nak merangkak kot...
Read more ...

Santai di Taman Tema Air De Rhu Beach Resort, Kuantan

Cuti panjang 2 minggu... kenapa 2 minggu?
Start 1 Mei memang saya tak perlu datang ofis dah sebab oncall. Pastu berlarutan ambil cuti duduk rumah sebab anak2 semua tak sihat. Iman dan Hakim kena ulser mulut. 
Ya Allah.... tuhan je yang tahu betapa serabutnya minggu tu....bertembung dengan hari nak bukak kedai gunting rambut abahnya lagi. Aish.. macam2 hal minggu tu. Next entry nak cerita sikit. Kerja semula 13 Mei... lama giler cuti..rasa macam nak cuti jer selamanya.

Tapi untuk entri kali ni nak cerita pasal santai kat De Rhu Beach Resort. Sebenanrnya takdelah dalam plan pun nak pergi sana. Lepas tu adik ipar ada call tanya bukak ke tak De Rhu tu. Teruslah ajak family pergi. Masa tu adik yang dok Subang ada balik. So, tengahari lepas makan nasi tu geraklah ke Kuantan. Anak2 bukan main seronok lagi dapat berjalan. Al maklumlah duduk kat Pekan tak lepas ke mana2. Ibu Abah terpaksa kerja. Kadang nak bersembang pun tak dan dalam sehari tu.

Bayaran :
RM10 dewasa
RM7 kanak-kanak  

Sesi pagi : 8pg-12tghari
Sesi petang : 02ptg-07ptg
 

 Terima kasih abah sudi melayan anak-anakku yang ramai tu.

Masa ni dah siap mandi belaka. Tunggu Nisa kot yang belu siap salin pakaian. Kembar kelaparan tu lepas mandi.
 My Iman...suka sangat dapat main air.

Terima kasih ma sudi melayan kerenah anak-anakku yang pelbagai ragam. 

 Adik yang bongsu. Melayan anak2 buah...

Family Subang in da house.
Read more ...

Scan and Win dengan Pet Pet Mega pack

Beli Pet pet saiz mega punya. Nanti kat bungkusan luar tu ada sticker macam kat atas tu. Nanti selongkar dalam plastik dapat kad untuk kita scan tu...macam kat atas tu la kad nya. Ada no.kod (saya dah guna yang tu)

Jangan risau. Anda adalah pemenang! Cuma nak tahu menang produk apa. Sebenarnya hadiah yang ditawarkan adalah produk organic baby care punyala.


Hadiah yang akan korang dapat nanti. Nasiblah menang apa kan... As long ada jugak habuan kita kan.. Orang kata alah membeli menang memakai...Saya pun dah tak ingat saya dapat produk apa yang baru ni. 

Apalagi..mohler kiter membeli petpet sementara ada promosi penebusan percuma ni.

Read more ...

Al fatihah buat arwah adik ipar


Adik ipar saya terlibat dalam kemalangan Ahad lepas. Meninggal di tempat kejadian. Kemalangan lori dengan lori di Merapoh
Tenanglah dikau di sana.  Semoga rohnya ducucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Read more ...

MP4 untuk anak-anak


Akhirnya...sebab takmau dah berebut dengan anak2 punya pasal, terbelilah jugak mende alah ni ha.. Tapi saya beli body jerla..murah jer... masa shocking sale shopee. RM53 sahaja seketul tu. Video saya download sendiri jer. Internet offis kan free... Saya cuma beli TF Memory card jerla...still belum sampai. Buat sementara guna pendrive ibu dulu. Tapi tak berapa nak relevan sebab terjojol keluar bila cucuk kat usb tu. Tunggulah memory card sampai yer. Video semua dah ready download.

Ibu bukan nak menggalakkan anak2 dengan gadget sangat tapi dengan situasi sekarang macam perlu jer. TV pun tak elok.. anak2 perlukan hiburan. Takdelah nak bagi tengok 24jam kan...ada masa bermain sesama mereka. Aktiviti outdoor...biasa saya akan bagi mp4 ni time saya nak buat kerja kt dapur sebab saya tak dapat nak mengawasi mereka sangat. bila tengok video tu diorang akan senyap sikit.
Read more ...

Resepi ayam goreng ala KFC


First time ni buat ayam celup tepung. Hidangan tengahari tadi.. Alhamdulillah..anak2 suka. Tak cukup pulak... kesian kakak Iman. Takpe kakak...nanti ibu buat lagi yer....

Saya guna tepung perasa serbaguna brand seri ayu.

Ayam bahagian isi sahaja saya beli. Senang nak potong kecik2.
Celup dalam telur putih sahaja. Pastu celup dalam tepung tu pulak... biarkan seketika,
Sebelum goreng tu, celupkan dalam tepung lagi sekali. Goreng sehingga garing.
Sedia untuk dihidangkan. Sedap....
Read more ...

Kuih raya Nutty ring yang sedap

 Sedap weh! Nutty ring by yatie. COD hari Ahad baru ni. Rasa nestum dan oat. Bentuk donat kecik2...
RM35 sebekas ada 47/48 pcs. Ada yang nak? hihi

Iman bergaya dengan satu set barang order dari shopee (oversea)

Set baju+seluar RM12
Sandal purple RM13

jom shopping kat shopee...berbaloi2 tau
Read more ...

Cekodok kentang senyum menu makan petang

Salam & selamat pagi.

Macam biasala kan.. kalau hari minggu jer mesti dok fikir pasal menu nak buat makan petang anak2. Last week teringat kentang smiley yang pernah viral tu. Kentang ada beli banyak baru ni.Tengok resepi dan cara macam mudah jer. Jadi meh kita buat. Cuma ada bahan yang tak cukup jerla.. yang takde takyah isi. Senang jer konsep dia kan..haha

Okey...

Mula2 ambil kentang..ikutlah berapa biji. saya cuma guna 2 biji. satu besar satu kecik. then rebuskan supaya senang kita nak lecek nanti.

Pastu dah lembut, bolehlah kita lenyek2kan. Macam yang saya buat baru ni kurang empuk. Jadi keras sikitla..saya fikir okey jer sebab nanti nak goreng pulak. berkejar dengan ayra lagi....sambil2 lari jela buat kuih. 

Dah siap lenyek tu, kita masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta serbuk roti. Saya cuma guna tepung gandum jer sebab 2 lagi bahan tu takde. Terok kan... men hentam jer. Adunkan kentang dan tepung jadi macam doh roti. Pastu buat bentuk bulat leper. Torehkan sikit mulut senyum dan mata guna sudu.

Dah siap tu meh kita goreng dalam minyak panas sehingga masak garing.
Siap sedia untuk dimakan. 

Walaupun guna bahan yang tak berapa nak lengkap, tapi serius sedap! Kalau bahan lengkap lagilah sedap kan...anak2 suka makan! mak pun suka buat. next time nak buat lagi. Tepung jagung dah ada. Serbuk roti jer lupa pulak nak beli.


                     Rupa yang hodoh. Berketul2 lagi kentang tu tapi okey jerla...


Buat kuih dengan anak kecik. macam ni lah gayanya. rupa memang out!

                              ni dah siap goreng.Enak dimakan. Boleh buat lagi.

 baca doa dulu sebelum makan. Kakak Iman yang pandai. Moga membesar menjadi seorang  anak yang berguna dan solehah.





Read more ...

Order barang china di Shopee

Peminat tegar Shopee. Best....seronok kalau dapat cuci mata kat Shopee ni. Barang semua menarik. lagi2 kalau yang dari China...dahlah murah yang amat. Affordable la...

Sebelum ni pernah beli kat Lazada tapi macam tertipu jer. hihi...
Kali ni try kat Shopee pulak. Alhamdulillah....daripada 3 seller jual barang china tu, satu dah dapat ari Sabtu baru ni. 2 minggu dapat barang daripada tarikh saya order. Okeyla kan.. lagipun bukan nak guna urgent pun. Gatal tangan jer klik itu ini nak beli. Macam yang fruit feeder dan knee protector tu akan guna lebih kurang sebulan lagi kot. Bibs tu nak guna sebab ayra asyik meleleh jer air liur. Habis basah baju.

Ni list item yang saya beli daripada seller kissbaby


Murah2 jer kan...Tapi x snap seme pun. Maklumlah dengan si kakak Iman tu...jadi kalut sikitlah...jenis excited bila ada barang sampai rumah.

okey..bagi korang yang nak beli barang bolehlah usha kat seller ni sebab ada voucher discount tengok pada perbelanjaan korang. Bolehlah guna...Berbelanja secara bijak orang kata.

 Besar jugak kan begnya. Tengok barang pun okey jer. takdelah low quality orang kata.
berbaloi sangat dengan harga rm12 tu

ni soft book. sebenanrnya beli 2 pcs. Animal dan fruit. Tapi seller chat bagitau yang fruit habis. so, amik jerla yang animal 2 pcs...ada 4 helai jer...si kembar tu suka sangatlah tengok binatang.

Kesimpulannya...best belanja kat Shopee ni... trusted and guaranteed. Boleh dapat harga murah kalau rajin mencari. Boleh jimat banyak kalau bijak. haha
Read more ...

Mainan masak-masak kakak Iman

Salam semua.

Saya ni kaki shopping online..memang tegar. Segala benda memang nak beli online jer senang. al maklumlah anak ramai...kecik2 lagi.. jadi nak pergi shopping tu memang terbatas...agak renyah...

Kalau dulu Lazada tempat paling best nak bershopping tapi kini dah beralih arah ke Shopee pulak...

Selalunya tunggu time Shocking Sale pukul 9pg..barang yang sale memang best2...Saya beli mainan masak2 untuk Iman..Dah lama nak belinya...pastu baru ni ada kat Shocking Sale RM20 jer... apalagi..teruslah grab 1! Agak lambat jugak delivery...lebih kurang seminggu... opismate ada beli jugak...cepat jer sampai... rezeki saya lambat sikit...takpelah kan...janji sampai..

Inilah mainan baru saya. Iman suka main masak2... kalau dilayan suka sangatlah. mintak dia masak itu ini.
ha tengok.. adik2 pun sama selok jugok.. ada kawan iman datang. jiran depan rumah. tumpang nak main sekali. hihi
Read more ...

Mee rebus simple

Menu yang diwarisi oleh kawan opis ni. Dia bawak bekal g ofis... sedappp.... so, tanyalah mekna (nama glemer kawan opis tu) macammana cara buatnya.

Bila dah tahu buat tu, memang selalu sangatlah buatnya. Lagipun bahan2 yang digunakan tu memang selalu ada kat rumah. Kebetulan ada satu hari tu, ma abah datang ziarah cucunya ni. Jadi, teruslah terfikir nak buat menu tu untuk makan petang sebelum ma abah bertolak balik.

Macam tak senonoh jer kn dalam periuk jer... sebenanrnya macam tak berapa nak relevan letak dalam bekas. Kat rumah sewa sekarang memang takde bekas besar. Cuma ada besen jer.. Lagipun bila dalam periuk kuah jadi lambat sikit nak sejuk.

Okeyla...resepi mee rebus simple ni...

- Kulit kayu manis
- Bunga lawang
- Bunga cengkih
- Bawang putih
- bawang besar (takyah letak pun takpe)
- air
- ayam/udang/sotong (yang mana ada)
- sayur kubis/sawi/lobak (yang mana awak suka makan)

cara2 :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
Tumiskan bawang dan rempah (kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih) sehingga naik bau.
Masukkan air untuk kuah seberapa banyak yang anda mahu ikut kesesuaian mee banyak mana
Masukkan bahan lain seperti ayam/udang/sotong (Boleh jugak pecahkan telur tanpa kacau sehingga telur masak)
masukkan sayur
bila dah mendidih dan semua bahan dah lembut bolehlah tutup api
celurkan mee

ok siap! sedia untuk dihidangkan....

senang jer kan.

Read more ...

Ubi ungu cameron yang sedap

Salam...Arini nak cerita kisah ubi cameron yang sedap!

Al kisahnya...opis mate, Janah wat trip ke Cameron. Niaga... amik order barang cameron..So, orderlah strawberi dan ubi ungu. Memang sedap sangat2... manis giler2...
Order 2kg jer...tak cukup pulak makan anak beranak.

 ni isi ubi ungu tu. kuning...semanis madu rasanya.

 2kg ubi! tak cukup....

 strawberi yang tak dilayan. beli sampai 2 paket. Pasni no more strawberi.

ubi ungu sedang direbus dalam periuk.

tetiba rasa nak gelak jer buat entri ni. Hahahahaha... entri budak sekolah rendah ni. bantai ajerla... asalkan ada entri kan...
Read more ...

Tragedi kera masuk rumah

Khamis lepas kitorang ke Maran melawat tok. Pergi pagi tu dalam pukul 11 ke Kuantan dulu. Tumpang naik kereta Pida (Adik ipar) dari Kuantan ke Maran. Boleh bayang tak kereta Proton Saga tempat duduk belakang kami duduk 6 beranak...hihi... Nak bawak viva macam tak berapa nak yakin... lampu buta sebelah...pastu leaking minyak hitam lagi... So,bertabahlah kami duduk kat belakang. 

Balik semula ke Pekan selepas Isyak. Singgah rumah Pida dulu amik kereta. Tu pun tak masuk dah. Just transfer barang pastu terus balik jerla. Dah malam lagipun esok saya kerja. Isnin-Khamis saya oncall. Sampai ke Pekan lebih kurang jam 12 malam... Masuk jer rumah tengok kat dapur...Ya Rabbi...bersepah sekali. Mulanya ingat kena pecah masuk dah... tapi rupanya angkara si kera yang jahat! Tengoklah keadaan ruamh saya tu.
 
Pili air patah...air keluar. habis kena box tu.Banjir...

Kera masuk melalui tingkap yang pecah satu kat atas tu. Tak sangka pulak kera nak masuk. huhu..bahagian atas coway tu habis kotor kena pijak dek kera.

Gula, pulut,kopi 3 in 1,keropok belum goreng,breadcrumb,biskut..habis dikerjakan oleh si kera tu.

Ujian namanya.. Malam tu jugak kemas apa yang patot... masalah sekarang sinki tak boleh digunakan sebab patah dalam. kena panggil tukang paip datang repair. Kerugian sungguh. Yang paling rasa nak marah sebabnya baru balik berjalan pastu penat... ingat nak tidur jela bila dah sampai. Sekali berlaku tragedi kera ni. 

Kawasan rumah saya tu memang kawasan kera. Kat bahagian belakang rumah tu hutan. Time panas2, tengahari jer mesti ada keluar sekawan kera. Belum lagi sekawan B*B* yang cari makan kat belakang tu. Besar kecik semua ada. Lembu dan kambing pun selalu jugak berlegar... next entri saya amik gambar mini zoo di rumah yer.
Read more ...

800 POINT PERCUMA DRYPERS CLUB

Berjaya dah dapat 800 point drypers... jawap survey pasal diapers aritu. Banyak tu 800 point. Selama ni ada jer pakai drypers tapi tak eprnah pun register code tu. Tak tahu sebenarnya code tu kat mana. huhu kesian kan... bila masuk code jer mesti invalid... pastu biar jerla...malas becara...

Entri ringkas arini. Mood ke laut ni... rumah bersepah...angkara kera yang jahat... next entri yer pasal kera tu.
Read more ...

Potty train untuk Kakak Iman

Tahun ni usia kakak iman dah 3 tahun... Nak sekolah sangat2 dah kakak. Pantang nampak taska/sekolah yang ada playground...mesti dia akan cakap " tu sekolah kakak"
Kakak Iman sejenis yang suka bersosial. Memang dia nak berkawan. Maybe dah bosan asyik kawan dengan adik2 kot...Sebab nak sekolah, jadi kena ajar diapers free la kan... lagipun dah besar...Iman dah pandai.. Kena ajar jer..

Sesi siang incik asben yang settlekan. Tak pakai pampers. Di awal2 training memang 2-3 kali jugaklah Iman terkencing dalam seluar. Salah parent jugak kot tak bawak dia ke toilet dalam selang masa yang perlu.Lepas saya balik kerja pun saya teruskan misi diapers free untuk Iman. Sampailah nak tidur malam baru pakai semula.

Time cuti Sabtu Ahad my turn pulak training. Okey... Saya training kaw2 minggu lepas. Minggu sebelum tu terpaksa off sebab Iman ikut tok dan Wan ke Johor...
Sabtu : Saya tak pakaikan pampers untuk Iman. Kena memujuk jugak.. sebab ada jugak dia request nak pakai. Tapi jiwa ibu memang kental..Memang nak sangat dia dah boleh berdikari nak buang air kecik atau air besar. Okey... selang sejam saya akan suruh dia ke tandas buang air kecil. Tengahari tu saya terlupa nak suruh sebab sibuk memasak dan menguruskan kerja rumah.. Iman pulak leka tengok video dalam henfon. Dia terkencing dalam seluar. Saya punya marah....mak ai..macam singa... tak sengaja sebenarnya... sebab penat banyak kerja....saya ter marah...huhu..maafkan ibu Iman.. kadang di luar kawalan rasa amarah ini. Tapi sekarang saya seorang ibu yang lebih bersabar...
Petang tu, ma abah ada datang rumah. Saya sedang basuh pinggan. Tetiba Iman cakap " Ibu, nk kencingla...." okey....bukak seluar dan Iman pun kencing dalam bilik air. Tapi nampakla dia tahan kencing... maksudnya dia pandai dah.... dalam hati ni, sukanya rasa...Iman dah pandai cakap nak kencing. Alhamdulillah....

Esoknya rutin macam biasa. Memang tak pakaikan dia pampers selagi dia tak tidur malam. Misi berjaya!!! Iman dah pandai rasa nak kencing. Setakat ni takde lagilah dia kencing dalam seluar. Kadang bila saya rasa agak lama dia tak kecing tu, cepat2 suruh dia ke tandas untuk kencing. Bukan apa, takut jugak dia terleka kan...Karang tak pasal2 saya kena lap.



Read more ...

Pulut Kuning Sambal Udang serta Resepi Agar-agar milo

Biasanya hujung minggu saya akan fikir menu petang untuk anak2. Sekaligus mencuba resepi yang saya google. Pastu ingat2 semula apa yang ada kat rumah bahan2 dan buat. Petang semalam saya buat agar2 milo. Sedap...hihi.. milo kan....

Resepi :

Milo 5 sudu besar
Air 800ml
Susu pekat separuh tin
Sepaket serbuk agar2
Sedikit garam

Cara-cara :

Bancuh milo dan susu dengan sedikit air. Pekat lagi sedap
Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Masak di atas api yang sederhana sehingga mendidih. Masukkan secubit garam. Masukkan bancuhan milo tadi.
Masukkan agar2 ke dalam loyang atau acuan yang bersesuaian. 

Siappp!!! Sejukkan sekejap dan letak dalam peti ais. Enak sekali rasanya.

 Abaikan bentuk yang hodoh itu. Rasanya memang sedap tau.

Kali keempat ke kelima buat pulut kuning. Alhamdulillah...semakin berjaya. Hihi.. Tenkiu mekna...ofismate... dialah yang ajar buat. Semalam buat menu sarapan. Buat sambal udang sekali tapi Allahu Akbar... pedas sangat lada kering tu. Pastunya saya otter semula...sebelum tak dan nak rasa sebab kalut dengan anak. Dah reda sikit tu barulah dapat memasak dengan tenang...

Pasni tiap tahun saya buat pulut kuning sendirila... nak buat makan dengan rendang takpun kari ayam pulak pasni. Misi belajar mesti diteruskan... manalah tahu pasni nak jadi housewife pulak...amik order makanan ker...
Read more ...

Kembar yang suka makan sayur



My twin HH dah setahun 7bulan. So far, diorang ni sangatlah bagus. Jenis tak banyak ragam. Maksud saya tak banyak ragam tu, senang nak tidur, bagi makan semua telan jer. Pastu takdelah nak mengamuk/tantrum sesuka hati. Biasanya kalau mengamuk, senang sangat pujuknya. Manja belaka ni.
Si abang Hamka memang agak lasak luarannya tapi sangatlah lembut hati macam tisu tu ha...Kuat merajuk..hihi...Si adik Hakim pulak biasalah...keras kepala sikit tapi manja jugak. Aisshhhh.... ikut siapalah kan..
Tapi bab makan paling best tau. Ha! Diorang suka makan sayur! Senang kerja ibu... nak masak menu untuk diorang senang jer. Masak jer sayur yang berkuah pastu ikan goreng.
Kalau sebelum ni saya selalu buat menu singgang ikan atau sup ayam , tapi sejak tahu diorang jenis makan sayur, sayapun tukarlah menu. Bagi makan sup sayur pulak... Tak kisah sayur apa memang diorang suka makan. Kutip dalam pinggan tu ha...saya nak suap makan sibuk dengan tangan diorang nak kutip apa yang ada dalam pinggan tu ha.


Bangun jer tidur memang bergalak sakan mereka ni. Ketawa mengekek orang kata. Main kejar2..patutlah kembar tak boleh berpisah sampai dah kahwin orang kata. Saya dapat rasakan hubungan mereka memang sangat rapat. Time gaduh toksoh katala...bingit telinga. Gaduh berebetkan barang kat tangan masing2.. kadang dah bagi sorang satu pun still gaduh. Oh la anak2! Baru kembar dua tu... yang kembar 3 tu macammanalah agaknya yer. tpi situasi saya sekarang ibarat kembar 3 jugaklah campur dengan kakak iman tu ha.
 


Read more ...

Sepetang bersama anak-anak

Cerita minggu lepas ni. Time oncall... Balik kampung. Incik asben hantar balik hari Sabtu tu. Dia kerja Ahad keesokan harinya. Biasa memang macam tu pun. Selasa depan tu abah hantar balik sebab nak g Kuantan melawat adik Kimi. Alang2 boleh hantar kami sekali kan.

Kebetulan abah memang ambil cuti aritu. Abah tak sihat sangat. Tapi demi anak bongsu, sanggup datang tu. Kasih seorang ayah. Adik Kimi dah lama tak balik rumah sebab sibuk dengan perlawanan ragbi. Memang aktifla dia sorang ni. Duit belanja dah habis...tu yang abah datang.

Selepas melawat adik Kimi, kami bergerak ke Taman Teruntum. Nak tengok haiwanlah.. Bayangkan... Ada 3 orang dewasa dan 4 anak2 kecil. Saya memang kena dukung si Ayra tu. Kembar perlu diawasi. Iman okeylah lagi. Dia cerdik dah...Abah kan tak larat sangat. Cabaran jugakla...hihi

Ni kat Taman Teruntum. Dah siap tengok haiwan kat belah bawah jer. Abah dengan ma tak join sebab masing2 tak larat. Saya yang handle anak2 3 orang tu.

Kembar dan kakak Iman selok dengan haiwan. Bukan selalu dapat peluang berjalan macam tu. Memang seronoklah mereka kan. Kepenatan masing2... Lepas habis riadah di Taman Teruntum, bergerak balik ke Pekan. Tapi sebelum tu singgah makan di MABIQ dulu isi perut.

 Ni masa dalam kereta on the way ke Kuantan. Selfie dengan anak2 nine. Iman dan Ayra.

 Petang tu abah ajak ke Kuala Pahang pulak. Dekat jerkan. Tiada dalam plan pun nak singgah taman permainan ni. Suka tengok anak2 semua hepi.


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...