Bila anak dah 3 orang

Iman..dah setahun 8bulan
Kembar dah 7 bulan..
Alhamdulillah...
Masih diberi ruang oleh Yang Maha Esa untuk menjaga amanah2 yang diberikan ini.

Kerja saya sangat beruntung sebab dalam sebulan time kena oncall tu tak perlu datang ofis... Jadi, banyak masa boleh spend untuk anak-anak. Agak serabut jugak...haha...tipulah kalau saya kata okey jer jaga 3 orang anak yang masih kecil ni seorang diri. 
Tambah2 bila si kembar dah pandai merayap ni...lagi la kan... saya pergi je ke dapur, mulalah masing2 pun merangkak sampai ke pintu dapur... terjerit dengan kakak Iman lagi... kembar tu bukan boleh saya xde depan mata.. asal saya bangun jer...mulalah mengeluarkan suara menjerit.... anak oh anak...
Iman pulak masih kecik..masih memerlukan perhatian....sifat dengki kat adik memang akan wujud... bila saya ambil adik untuk menyusu, dia pun sama merengek... 
so, tak dinafikan saya memang kuat makan sekarang sebab saya memerlukan tenaga yang sangat banyak...untuk bf lagi...nak buat kerja rumah lagi...
Sepanjang menjaga 3 beradik ni, memang macam singa la selagi saya tak setel kerja rumah... bukan kerja rumah jer, nak masak lagi... aishhh..kalo xde kekuatan, saya tak buat semua kerja tu...nengok anak jer....hihi
Bila dikenang semula, memang rasa bersyukur sangat masih mampu menangani ujian ni. Yelah...Allah akan uji hambaNya mengikut kemampuan...kan...Saya kuat...
Anak2 saya pulak bukan jenis yang tidur lama2...kejap2 jer... saya kena buat semua benda macam lipas kudung... nak tidur tengahhari?? memang jangan haraplah... tapi saya selalu terlelap sebab terlampau penat...baring jer sambil menyusukan mereka mesti terus lelap...
Ibaratnya saya menjaga 3 kembar...huhuhu...
Kesimpulannya...saya sayang anak2 saya... hahahaha
Menjaga 3 orang anak yang masih kecil memerlukan sokongan moral daripada orang sekeliling... mental kita kena kuat... sedangkan jaga seorang pun dah penat kan... inikan pulak 3 orang....
Kuatnya aku.....hihi
Read more ...

Kenduri Bahau dan Pekan

My twin. Ni kenduri kat Bahau.Teka mana adik mana abang?

 Ni kenduri kat Pekan. kat IPD Pekan...Sepupu Nor (adik ipar) kahwin. Nampak x tu my 'doter'? haha.. tak pakai kasut berlari sana sini. Nak mujurlah wat kat dewan.

 Ni makngah...kakak abah... memang sangat baik.Mak ngah stay kat Tjg.Karang. Kalau balik sana, memang syok sangat. Aktiviti tu macam2...

 Ni famili belah saya... kat umah Ngoh...

inilah saya...dengan kembar saya...
Read more ...

Rezeki tanpa dijangka

Chia chia chia...
RM10 jer pun...
apapun semua rezeki....



Read more ...

Perkembangan twin 7 bulan

My twin HH
Perkembangan 7 bulan...

Abang Hamka & Adik Hakim
Masing2 dah pandai merangkak... masing2 dah boleh duduk... masing2 dah boleh berpaut untuk berdiri...Tak lama lagi nak meniti dan seterusnya berjalan... alhamdulillah..perkembangan yang positif...Nanti kalau diorang dah boleh berjalan nak bawak g Melaka..InsyaAllah...
Read more ...

Lazada Birthday Blogger Contest

http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

a. What do you love about Lazada Malaysia? 

Lazada... tak perlu dah nak diperkenalkan lagi. Rata2 rakyat Malaysia semua dah tahu tempat nak shopping online yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang sangat2 berbaloi! Cakap jer nak beli apa, just click dan search kat Lazada. Konpem tak menyesal punya sebab barang yang kita nak tu mesti ada jual kat sini. Kena pandai2 pilih nak dapatkan harga murah... Nak lagi murah??? boleh guna voucher code. Dapatlah less 10%-25% depends on promotion apa.
Tu yang saya suka sangat kat Lazada ni. Dahla barang murah, boleh beli dengan harga jauh lebih murah guna voucher code... Selain tu, servis delivery diorang pun memang terbaik.. cepat jer proses item melainkan yang barang dari oversea tu...luar kemampuan diorang kan.

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)
Terlalu banyak item yang jadi favourite kat sini. Masuk dalam wishlist pun dah banyak. Tapi dalam masa terdekat ni 3 barang yang saya teringin untuk memiliki adalah seperti berikut : 


Set Tefal ni. Urmmm... nak pakai perkakas yang tidak meremehkan kerja.  Kan tak perlu nak genyeh2 sental kuat2 sangat kuali dan periuk selepas masak. Nak menabungla beleh beli tak lama lagi.



Nak beli tv ni tapi macam luar bajet lagi. Kalau ada yang rasa nak sponsor hadiah anniversary ker...hihihi... kat rumah sekarang pakai tv dulu kala jer..kecik... janji boleh tengok drama best.Tengok Mentor Milenia.hahaha

 Yang ni kita nak sebab nak bakeri...hajat di hati la... oven biasa pun takde ni...Harap kat rumah mak ajerla.So, kalau ada oven ni,maybe akan rajin buat kek kn


c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 
Nak improve apa lagi yer.. rasanya macam dah sempurna. chee wah..bukan bodek... Ha.. baru teringat... Kan ada aplikasi Lazada kat Play Store tu. Saya ni selalu jugak shopping guna mobile phone jer. Tapi yang menjadi masalahnya adalah bila tang part nak payment tu. Ceritanya, Maybank saya ada 2 akaun : Simpanan & M2U Savers i
 
So, bila tang payment tu, kena pilihla nak bayar dari akaun mana. Tapi yang sedihnya tak boleh nak click kat list tu. Macam tak function. So, tak lepasla nak shopping melainkan saya pinjam akaun maybank asben saya. Kat sini saya tak tahu dari pihak Lazada ataupun Maybank... So, please take attention yer... kesian kat saya... dah beria nak shopping last2 stuck nak payment. Ni lepas dah login yer... Nak click dari account tu tak jadi apa.
 
 


d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia?
Kita punya birthday di bulan yang sama la...hihi
Hope Lazada akan terus maju jaya dan sukses berkembang. Mara dan terus melangkah ke hadapan seiring dengan teknologi yang semakin canggih sekarang. 
Read more ...

Pangkor Laut Resort Syurga Dunia Di Negeri Perak

Hai korang...
Tak lama dah kan cuti sekolah? Takpun sedang plan nak bercuti dengan family. Ok...untuk mereka yang sukakan ketenangan, sudah pastinya pulau-pulau menjadi salah satu pilihan destinasi untuk percutian anda. Hari ini, saya nak share sebuah pulau yang sememangnya menarik untuk anda semua kunjungi iaitu Pulau Pangkor. 
Pulau Pangkor ini sememangnya sebuah pulau yang tidak asing lagi yang terletak di negeri Perak. Pulau Pangkor juga tersenarai antara 10 pulau yang tercatik di Malaysia. Saban tahun, pulau ini menerima kunjungan dari ramai pelancong baik dari dalam dan luar negara.Untuk ke pulau ini, terdapat dua jenis perkhidmatan pengangkutan yang boleh anda pilih iaitu sama ada menggunakan feri ataupun kapal terbang. Jika korang memilih untuk menggunakan plane, korang akan mendarat di Pangkor Airport yang terletak di dalam pulau ini. Jika anda menaiki feri pula, anda boleh menaikinya dari Marina Bay di Teluk Batik dan juga di Bandar Lumut. Dah berkunjung ke Pulau Pangkor ni, anda pasti ingin mengetahui penginapan terbaik yang boleh didapati disini kan. Untuk maklumat dan informasi tentang promosi dan hotel-hotel disini, layari saja traveloka.com hari ini!
Pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang sebuah resort yang sememangnya popular di Pulau Pangkor iaitu Pangkor Laut Resort. Terletak di kawasan yang mengekalkan keaslian flora dan faunanya, resort bertaraf 5 bintang ini sememangnya mengagumkan. Dengan rekaan yang menggabungkan unsur tradisional dengan menggunakan kayu serta rekaan dalaman moden, anda boleh rasakan aura kemewahan dan eksklusif yang ditonjolkan oleh resort ini. Ianya menawarkan pemandangan pasir memutih dan pemandangan laut yang cukup menakjubkan. Bilik yang ditawarkan sememangnya selesa dan sesuai bagi mereka yang inginkan gaya hidup mewah dikelilingi alam semulajadi yang terpelihara. Antara kelengkapan bilik yang disediakan adalah mini bar, peti simpanan, bilik mandian yang dilengkapi bath tub yang besar dan juga balkoni untuk anda melihat pemandangan sekeliling. Pendek kata, memang tak rugi jika anda memilih resort ini.
Resort ini menawarkan pakej penginapan yang tersangatlah selesa buat pengunjung. Boleh pilih nak stay yang macam mana.Style villa ada, suite pun ada. Yang penting semuanya menawarkan keselesaan yang optimum.
 GARDEN VILLA
HILL VILLA
BEACH VILLA
SEA VILLA
SPA VILLA
Sekarang, jom tengok apa yang best pasal resort ni. 
Ok first, resort ini menyediakan perkhidmatan wifi kepada pelanggannya. Jadi korang tak payah risau takut terputus hubungan ke terlepas berita kerana internet yang disediakan sememangnya pantas dan membolehkan anda kekal aktif. So, korang boleh upload gambar percutian mewah korang tu kat social media any time. 
Secondly resort ni memang banyak aktiviti. So, korang jangan cakap datang pulau ni cliché kena berenang je. Antara aktiviti yang tersedia di sini adalah jungle trekking dan morning revival. So, inilah masa untuk bercuti sambil mengeluarkan peluh. Selain itu, bagi yang ingin meninjau pulau di sekeliling, jangan risau kerana terdapat juga perkhidmatan island hopping dan snorkelling yang disediakan oleh pihak resort. Kalau korang nak tahu, di kawasan pulau ini, terdapat banyak pulau-pulau kecil dan terumbu karang yang memaparkan panorama bawah laut yang sangat luar biasa. Bagi kaki pancing pula, resort ini memberikan peluang untuk anda memilih dua mod memancing samada inginkan leisure fishing ataupun deep sea fishing. Kalau korang dah tahap pro dan ingin mencuba sesuatu yang lebih mencabar, saya sarankan korang cuba deep sea fishing ni kerana memang berbaloi. Dah datang jauh-jauh kenalah cuba apa yang paling best kan. Kalau anda inginkan sesuatu yang lebih santai, jangan risau kerana resort ini terdapat banyak aktiviti air yang tersedia untuk anda nikmati. Antara aktiviti air yang boleh dilakukan adalah berkayak,waterskiing dan juga wakeboarding.
So, bagi yang free dan tak tahu ingin kemana tu, datanglah ke Pangkor Laut Resort ini kerana perkhidmatan dan fasiliti yang ditawarkan sememangnya baik dan menarik. Jadi tunggu apa lagi guys, book Pangkor Laut Resort online di traveloka.com hari ini! 

Read more ...

Domain expired!!!

Sempena birthday, blog pun nak kena maintenance jugak...
Expired....

 Bila bukak akan kuar macam tu.

Nak taknak kena jugak renew. Sayang woooo!!!! Dah lama bertapak kat dunia ni. Takkanlah saya nak biarkan jer hilang... Harap2 cepatlah activate semula...
Tak sabar nak menulis blog semula ni...

Traveloka..oh traveloka


Read more ...

Review Filem J-Revolusi

8 Mac bersamaan my birthday...
Dah plan amik cuti then pergi tgk wayang..hihihi...sambil beli baju anak2 nk pakai kenduri umah ngah nanti...Plan nak g awal2... tapi last2 minit kul1 baru gerak ke bandar..
Filem tu dah booking kat Berjaya Megamall jam 4:!0pm....Sampai kat Megamall dalam kul3 lebih..dan la makan MCD pastu shopping sikit kat Parkson... redeem voucher birthday...
dalam otak dok ingat cerita start kul 4:20pm... masa g tu dah kul 4:30...takpelah..lambat sikit jer..haha...Rupanya tengok tiket kul4:10 pm start... so, awal2 cerita memang banyak tinggal..tak tahu apa cerita mula2...
Masa masuk tu, Judo tengah lawan...

Meh nak cerita sikit sinopsis :

J Revolusi mengisahkan tentang seorang lelaki iaitu Jay Zulkarnain merangkap ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukan yang dipimpin olehnya sangat ditakuti oleh para penjenayah kerana kepakaran yang ada pada mereka apabila berhadapan dengan pihak musuh.
Konflik bermula apabila adik perempuan Jay iaitu Dian merangkap ejen telah ditangkap oleh pengganas misteri. Ketika mahu menyelamatkan adiknya, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Dari situlah munculnya bermacam-macam insiden dan konflik yang menghantuinya.

Tak sangka,Dian subahat dengan penjahat.Kesian dengan J...susah payah nak cari Dian.
Eddie (lakonan Izara Aisyah) mati... kena suntik dengan virus oleh penjahat. Mati kat Times Square.. masa ni scene menghayat hati...

Ketua penjahat Andra ( Farid Kamil) lawan dengan J..banyak aksi masa ni.. boleyhla...last2 Andra mati jatuh dari mende alah apa ntah. Dian pulak jadi baik masa ni... Dian jadi geng jahat sebab kena hasut dek Andra ni la... dia ni macam emosi sikit...psiko pasal takde siapa yang sayangkan dia... Dian rasa tersisih dan tak disayangi sejak kecil...

Cerita ni takde cinta2 pun..banyak konflik kekeluargaan. Lawan2...bestla...lain daripada filem biasa yang kita tengok...

Tapi tak tahu part awal2 macamne...huhu
Read more ...

BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU

http://www.benashaari.com/2017/03/segmen-blogger-dan-media-sosialnya.html?m=1

Dah lama xjoin segmen2 ni.. dah lama tak mengarang panjang2 ni.. dah lama tak mencurahkan idea kat blog ni. Agak lemau jugak...tapi teringin nak join yang abg Ben ni...Abg Ben bagi sokla2 yang perlu dijawab ni...
  • Kenapa anda jadi blogger ? 
    Ok..saya start jadi blogger ni masa saya kerja kat Pusat Internet P1 dulu. Kerja saya banyak sangat masa yang terluang dan memang online jerla kan...Pastu saya ni jenis amik port pasal side income ni, thats why saya start menceburi bidang blogging. Masa tu gigih nak kumpul duit nuffnang dll. Yang jenis iklan2 tu la... nak harap advertorial memang jauhla...blog ikan bilis kan.. pastu saya join giveaway n kadang2 tuah menyebelahi dapatlah duit ke souvenier ke...

  • Dikatakan sekarang blog tidak lagi relevan dan akan pupus dari internet . Apa pendapat korang ? 
    Mestilah saya tak setuju sangat dengan pernyataan tu. Bukan apa...blog ni biasanya melibatkan individu atau personal yang menceritakan Lebih percaya dengan produk/servis diorang tu. jaranglah sangat dengar ada scammer dari blog kan... so, blog masih relevan kat internet. Kalau search kat google pun pasal info, konpem kuar yang dari blog jugak kan..
     
  • Antara blog , Facebook dan Instagram , mana satu medan pengiklanan yang lebih berkesan bagi korang dan kenapa ?
    Masing2 ada kekuatan sendiri. Biasanya blog yang memang dah follower ni, senang je nak buat bisnes and lakukan produk. Sebab orang dah percaya. Bila dah ada blog, beralih ke FB @ Instagram untuk meluaskan lagi pasaran..Pada pendapat saya, .blog ni sebagai bonos atau add on untuk pengiklanan. Yang paling berkesan pada saya adalah Facebook. Menyusul Instagram
     
  • Blogger sering dikaitkan dengan ‘perwira papan kunci’. Bagaimana nak menafikan dakwaan ini ? Apakah yang perlu blogger buat ? 
    Yang ni tak reti nak jawab ngat... saya ni bukan perwira mana pun. Blog pasal personal jer...Politik jauh sekali...
  • Apakah Facebook dan Instagram anda. Sila letakkan link. Kengkawan nak follow..
    Facebook saya : https://www.facebook.com/lynn8384
    Instagram : https://www.instagram.com/cincinsilvermurah/ 

    Jenuh jugak nak menghabiskan entri segmen ni. Tak panjang mana pun tapi mata ni ha.. kemengantukan melanda...
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...