Kek minyak yang gebu

dah lama sangat dah.. tak ingat resepi..kena google la...
so, resepi yang saya guna pakai adalah :

telur 5biji
secawan gula kasar pastu blendla
susu pekat sikit (ikut resepi kena secawan tapi saya takot manis sangat.
secawan minyak masak
2 cwn tepung penaik+tepung gandum sikit
esen vanilla
baking soda
1sb ovalette

cara : 
pukul gula dgn telur sampai kembang. 
masukkan minyak dan ovalette serta esen vanilla. pukul lagi.
masukkan tepung sikit demi sikit.
masukkan dalam loyang dan bakar 40min
siap!!!


 inilah rupa kek yang lepas deko2 sikit.
 ni dah tarik dgn garfu...

ini pulak adalah hasil bila dah siap bakar...

macam kek span jer... lembut yang teramat.
Read more ...

DIY Hantaran Kahwin Adik


Ha..inilah hasilnya selepas bertungkus lumus bekerjasama dengan incik asben dan adik ipar menyiapkan hantaran kahwin adik saya. Adik saya kahwin tahun lepas.. masa raya China.. ni dah dapat anak sorang...hihi
entri baru nak up...haha...
Gambar sirih junjung jer takde.. tak jumpa dah cari katner.
Bantal tu guna yang saya punya dulu..zaman dari saya bertunang tau.. kahwin pun pakai yag sama jugak.. cuma tukar balut jer.. 
konsep still sama.. guna bantal.. Bunga2 yang kat hantaran tu pun recycle jer semula.. ha! kan jimat.. masih elok lagi semua... tak perlu nak membazir beli yang baru. bukan nak guna lama pun... pastu tersadai dah..
Read more ...

Penangan Entri Warung Pekan Lama



Semalam saya ada buat entri pasal Warung Pekan Lama ni pastu post kt page diorang... Owner gurau2 kata leh claim makan free!! hahaha.. saya xde niat apapun.. kebetulan pagi semalam saya datang kedai untuk breakfast. Ada ambil gambar nasi lemak diorang tu. Terfikirlah nak buat entri pasal WPL... Saja nak review sikit2 jer pasal kedai tu... Tapi.... tengoklah......


Bukak dashboard...tengok entri tersebut mencecah 454 view... hihi...
Kalau tak nak cecah 30 view pun susah.. al maklumlah dah tak aktif nak berblog walking sekarang... 
Apapaun terima kasih pada semua yang berkunjung ke blog saya ni... Dalam usaha untuk memperbaiki kekurangan yang ada...

Read more ...

Warung Pekan Lama - Glamour habis kt Pekan Pahang

Warung Pekan Lama... Kedai kat simpang 4 nak masuk umah sewa saya jer... Deretan kedai kayu lama...ada 3 pintu kedai.. Warung ni hujung belah kanan nk ke bandar... Kecik jer ruangan dalamnya... Kalau tengahri penuhla... tapi yang bestnya sebab masakan kat situ memang best dan sedap... Menu sama jer setiap hari tapi tak jemu kalau makan... sebab sedap..untuk tahun ni dha da penambahan menu.. ada jual buah potong...

Kedai ni boleh dikatakan agak legend la.. dah lama beroperasi... selalu dikunjungi orang2 besar dan artis.. Malah tahun lepas Jalan2 Cari Makan pun ada buat shooting kat situ...

inilah pandangan depan... nampak old kn... ada photoshott apa ntah...


kuih keria antarabangsa... ada jugak kat warung ni... 50sen sebiji :) hihi
sedap kan.... Inilah donat gebu gebas gedebus yang selalu menjadi idaman hati kami kat ofis...seringgit satu... besar... tapi kalau makan sebiji memang tak cukup!!! hahaha.. bab menggemukkan bdan memangla...


Ni menu pagi tadi... hehe... incik asben suka nasi lemak ayam... katanya sambal warung ni memang sedap...

ha.. ni menu sarapan pagi... ada pulut sambal...kuih bakar (memang sedap).. ada tapai...


 ni pulak menu tengahari... nampak sangat menyelerakan kan...

Kesimpulannya.. kalau kalian berkunjung ke bandar diraja Pekan Pahang, meh singgah kat warung ni...berbaloi dan berpatutan harganya...

Gambar2 kredit to : Page WPL
Read more ...

Buang blackhead and whitehead di ofis

GEL MAT NA HUT MUN WHITE( Clear Nose) merupakan produk dari Thai. Dah lama orang guna cuma saya jer yang tak tahu... Jannah who is one of my officemate yg introduce... dia pakai...
Pastu cari2 ada jual kat Pekan ni... kedai kosmetik...

Murah ajer...
RM7.90


Ni la jannah..merangkap orang kampung jugak..hihi.. time kerje pun okey nk pakai2 mende alah tu kan... saya sangat suka kerja saya sekarang..

eh eh.. terselit mende alah ni.. ring brooch.. RM10/ pcs... baru beli dengan kak Min.. mai COD kt ofis... kak min ni jual macam2... kalau korang tengok sure tangkap leleh punyo... semua best2.. cumel2... produk kraf... kak min ni siap buat kursus lagi tau...
 tak mau cakap lebih2... korang terjah jer page dia...

PAGE JUSTMIN KREATIF
Ha! inilah mendenya... kecik jer botol tu...dapat kertas tu sekali.. ntahla berapa keping dapat....
Read more ...

Shampoo - My Home Lag


Rambut saya mengalami keguguran... so, tny kt group apa ntah aritu. Diorang kata shampoo ni berkesan. Pastu macam ramai pulak yang jual...

Harga rm29.00

Nak try tapi sekarang rambut dah macam okey... Saya mintak incik asben potong pendek...
 
Read more ...

Hanta kembar ke Taska Ezati





Alhamdulillah.. dapat jugak masuk Taska sama dengan kakak Iman. Sebenarnya pengurusan baru ni. Sebelum ni Taska Sayangku Pintar. Kali ni Taska Ezati pulak dapat tender kat hospital ni. Yuran pun dah naik... Okeyla... yang penting saya puas hati dapat hantar anak2 setempat jer... pastu dekat dengan ofis saya.

Hamka dan Hakim dah 6 bulan.. saya pun dah start bagi diorang makan bubur nasi yang blend. Target untuk diorang saya taknak bagi nestum dah... sedaya upaya saya nak prepare makan untuk permata hati saya tu. Amin....
Read more ...

Offer baju cantik2


Tertarik dengan baju ni..cantik kan..
ada PROMO nl clearance stock... 


Harga berbaloi2...
 

Read more ...

Blog tak boleh bukak

Urmm.. tak tahu apa kena dengan blog arini. Tak lepas nak bukak...
maybe proxy..maybe setting apa..

Alahai..tension jer rasanya...


Read more ...

Comel2 jer Mini Rice Cooker ni

Ada anak kecik ni yang menginjak uisa 6 bulan... mulalah memikirkan pasal makan masa travel macammana kan... baby besar tu bagi bubur jer... tambah sayur2an.. so, tetiba tertengok mini rice cooker yang mini ni..cenonet jer kan... memang sesuai untuk bawa travel... ada pemegang... dah lah comel2 pastu macam2 warna dan rupa....

Askar 2 orang tu dah 6 bulan... baru start bagi puri kentang dan epal.. bubur nasi pun baru sekali buat... arini bekalkan sebiji pisang untuk teacher kat taska lenyek2kan kasi kat diorang makan... 

kredit to Lazada semua pic di bawah ni yer...







Read more ...

Wordless Wednesday ~ HONDA BR-V~


Pasang angan2 nak pakai kete ni suatu hari nanti... 
Doakan saya duhai sahabat2 ku yang baik hati.....

amin Ya Rabbal Alamin

Read more ...

Sedap roti fluffy bun gardenia ni

Roti pun boleh dijadikan entri..bantailah labu...
Ini blog aku... ada aku kesah!! hahaha

Sebenarnya tak pernha tahuj pun kewujudan roti ni... member ofis ada bagi kelmarin... eh! sedap rupanya...
saya ni suka kcang hitam tu...tu yg sebenanrnya... Pastu pulak roti ni sangatlah lembutnya...
Pastu kat luar roti ada bijan dan bijian hitam tu... uishhh menambahkan kesedapan!!!
lazat tak terkata...

Harga : RM1.05



Read more ...

Buah bidara? sedap ker?

Buah bidara....
Tak pernah makan pun sebelum ni... entah macammana rasa pun tak leh nak agak...
Pagi tadi k.bad, saya punyer bos ada beli kt pasar tani... rm3 dapat banyak tu... sekilo rm7
Okey..fine... semua ofismate suka dengan rasanya...

Saya?? ermmmm...tak minat... 
Buah ni nak kata rapuh, tak rapuh sangat..sikit2 tu adala... tak masam..manis jer...

saya ni jenis yang suka rangup2... masam2... hihi...

Ada info lengkap pasal khasiat perubatan pokok bidara ni.. daripada daun sehinggalah ke buah dan akarnya...

meh baca kt website ni ----> pasal pokok bidara
Read more ...

MABIQ dan Masak lemak daging salai


Maahad Bahasa dan Ilmu al-Quran atau MABIQ adalah sebuah maahad tahfiz al-Quran dan akademik kebajikan untuk anak yatim dan fakir miskin. Ditubuhkan pada 3 Januari 2007 di atas Lot 29738, Kampung Peramu Tanjung Lumpur Kuantan Pahang yang berkeluasan tidak sampai 1/4 ekar. Ia diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin bin Abdul Jabbar dan isterinya Ustazah Umee Ruziani binti Ab Ghani. Pada 1 Jan 2010 Restoran MaBIQ mula dibuka kepada orang ramai di tempat yang sama, Tg Lumpur dan pada 13 Jun 2011 pula MABIQ membuka sebuah lagi cawangan atas nama Madrasah Al-Fatihah di Kampung Bukit Genting Tebing Tinggi Jerantut, Pahang. Dan pada 1 Januari 2013, MABIQ membuka cawangan ketiga di Kampung Sepat Penor Kuantan, Pahang atas nama MABIQ Pantai Sepat. Kini (May 2016) MABIQ mempunyai lebih 160 pelajar, 16 orang guru sepenuh masa, 5 orang guru akademik separuh masa, 8 orang guru pakar SPM jemputan, 7 orang guru pakar STAM jemputan, 7 orang kakitangan pentadbiran dan 17 orang kakitangan restoran.

Alhamdulillah minggu lepas akhirnya saya dan suami berpeluang ke restoran MABIQ Tjg.Lumpur. Dulu dah sampai tapi tak masuk pun.. gaduh punya pasal...huhu... balik gitu jer. Terok kan... haha... zaman bercinta masa tu...

Opis mate yang cite pasal daging salai diorang ni. Memang femes! Saya tak ambil gambar keseluruhan dan deko dalam ni. Tapi setiap makanan kat situ memang dah siap2 letak harga tau...so, senanglah kan..takdelah kita tertanya2 mahal ke murah... begitu jugak air... dah siap2 ada dalam balang... tinggal nak ambil jer...letak air batu ke taknak letak ker...terpulang pada kita... kan senang macam tu.. pilihan air pun dah memadai.. ada air teh susu, cincau, teh bunga, oren....yang pastinya murah... segelas baru rm1.20

Ni yang saya makan aritu. Daging salai masak lemak dan daging salai masak kicap. Sedap....Harga semangkuk rm6.00 dan rm5.50.. tempoyak tu satu bekas rm3 


Tempat ni agak jauh ke dalam.. tapi, kalau dah sedap tu tak kira cerok mana pun, tetap orang datang cari jugak....ada signboard tapi agak kecik...kadang tak perasan pun... 

apapun...mabeles masakan dia ni.



Read more ...

SHARING INFO DR WHATSUP

Sedikit sharing utk kesihatan bersama dgn izin Allah ....

🏁Perkongsian...

🎯   Kalau kawan2 yang suka minum air tin hopefully hentikanlah tabiat tu mulai hari nih sebab :-

1 tin  minuman berkarbonat tu bersamaan dengan 14 gelas teh tarik manis.

🚴🚡🚴 Orang yang menghidapi buasir TIDAK BOLEH makan makanan atau minuman yang berkaitan limau nipis, tomyam dan cili padi..

🎱🎾⚽Sakit gout seperti 7x ganda sakit gigi.

🏁🏁
Sebenarnya makanan yang kita suka makan itulah merupakan punca penyakit kita.☕☕*

πŸŽ³πŸ€
Orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia ni.

🍼🍢🍼
Kanser paru paru adalah 95% terdiri daripada perokok

πŸ€πŸ›πŸ
95% kanser berlaku kerana stress

🍩🍞🍳
Tapak tangan kanan mempunyai 18 enzim dan tapak tangan kiri 81 enzim yang mampu membunuh bakteria

🍑🍒🍧 Kalau nak kurus senang aje. Makan ikut sunnah Rasulullah iaitu 40-100 kunyahan….

🍣πŸ₯πŸ™ Nak mandi kenalah mula dari kaki (elak kena gout),kemudian lutut (elak sakit lutut),tempat sulit (elak cyst),pinggang( tak sakit pinggang, serviks sihat),perut (elak buasir, gastriks, ulser,sembelit),dada (sakit jantung,paru-paru etc) dan akhirnya kepala(elak migraine). Lepas tu, baru mandi macam biasa. Lepas tu satu cara lagi nak kurus, mandi di waktu pagi…πŸ˜πŸ™πŸ₯ Air yang sejuk kejung tulah. Sebabnya menyingkirkan segala lemak dalam badan.

🍯🍭🍬 Tidur mesti mengiring ke kanan di mana sebelah kiri ke atas. Cara tidur ini takkan kena sakit jantung.

πŸ‘πŸŽπŸ― Untuk mengelakkan migraine sujud waktu solat Subuh tu sujud lama lama.

 πŸŠπŸ Tahu tak korang yang orang lelaki ni tidak sekuat wanita kerana lelaki mudah diserang jantung jika dibandingkan wanita yang jarang terkena serangan jantung. Ini kerana, wanita mempunyai hormon estrogen yang melindungi jantung.*Orang *lelaki tidak ada hormon estrogen yang melindungi jantung sebab tu lelaki mudah terkena.

         🍯🍭🍭 Kalau nak jaga jantung suami supaya sihat banyakkan bawang putih dalam masakan ye kaum wanita semua.

         πŸ­πŸ‰πŸ‡Nak mengubati kanser payudara*cari *kulat susu harimau.

         🍏🍎🍯Kepada peminat petai, lepas ni kalau nak makan, cukup sekadar 7@8 biji saja kerana petai ni mengandungi kolesterol yang tinggi.

         πŸŒπŸˆπŸ‘Untuk para suami, kalau hormon isteri tak stabil bagi isteri mkn kacang botor.

         πŸ†πŸ πŸ‡ Ibu ibu mengandung sila amalkan makan buah delima bila usia kandungan mencecah 5 bulan ye..

         🍏🍏🍏Kepada peminat buah epal hijau, makan sebiji sehari*ye *jangan makan banyak kali sebab epal hijau menyebabkan kita menjadi pelupa.

         πŸ…πŸ“πŸŽ Epal merah untuk ibu ibu mengandung dan pesakit asma. Makan 2 biji sehari ye…

         πŸ―πŸ­πŸ‰Jika ada sakit kencing tak lawas, blend lobak putih minum air lobak putih tu ye. Amalkan minum 2x seminggu
   
      πŸŒ½πŸ…πŸ†Kepada penghidap kolesterol tinggi ambik akar pokok semalu dan rebus. Amalkan minum air rebusan

πŸ‡πŸ‰πŸ“ JGN BUNUH SEMUT!  kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah ..   🐜🐜🐜       "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s..Ini rumahku..Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t.yg sentiasa berzikir kepadaNya..

🐜🐜🐜Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..      

🐜🐞🐜 Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran.
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...