Mujurlah member baik seorang peniaga

Mood raya sudah mari.. walaupun pelbagai cubaan dan ujian datang menerpa, namun, mood raya untuk anak2 jangan dilupakan. Nak shopping raya kat luar memang agak payah untuk kami. Dengan anak2 kecik..dah pernah bawak sekali g bazar raya aritu..Ya Allah..penat yang amat..lenguh tangan mendukung..kesian satu hal...yela... dengan penuh sesak dan panas...dahla time diorang tido pulak tu...kepenatan masing2....masa tu berbuka puasa dengan ma abah kat luar. Pastu ma abah nak beli baju untuk adik2 dan abah sekali. Tumpang jela...tapi tak shopping pun lagi masa tu sebab "agong"nya takde lagi...

Kawan baik saya. Huda yang tudung biru tu.. memang menjual pakaian budak dari dulu lagi. So, kontek dia kata nak cari baju anak2...setiap malam Huda akan berniaga kat car boot sale Taman Tas. So, siang dia free... kebetulan dia baru je ambil stok, dia tanya saya nak tengok tak baju...okey jela kan..dia nak datang ofis... Dia stay kat Indera Sempurna. so, dalam setengah jam ke ofis saya. Banyak giler dia bawak barang..puas jugak memilih.

akhirnya,inilah hasil yang saya dapat pada hari tersebut... dapatlah 2 pasang sorang untuk anak2. Harga? Standard jerla... saya tak mintak diskaun pun...yela kan..dia pun nak untung jugak...ikut jerla baper dia nak bagi diskaun. saya okey jer..janji lepas untuk anak2..nak tambah2 jer lagi nanti...

baju ibu dan abah takde lagi ni...hihihi..jom misi mencari baju raya....online jerla...

1 comment:

  1. Anak anak la yang paling seronok nak raya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...