Kes penipuan online USA

Baru ni saya ada terima wasap dari seorang ni. Berminat nak beli cincin silver dengan saya kononnya. Offer price yang dia bagi adalah 500k USD!!! Kat situ pun dah nampak pedooohnya... takkanlah nak beli cincin pastu offer giler2... tak bagitau pun nak baper pcs borong. Saya pun teruskan lagi wasap... dia kata dia boleh bank in terus aritu jugak. Dia siap send passport dia lagi tu ha..entahla yang sapa punya kan...


Okey...lepas dah setel bagi no akaun kat dia untuk transfer duit, saya pun tunggu... dan dia kata dah siap transfer ke akaun saya. Resit macam kat bawah tu...
Activation needed!!! Fee rm500
Fine!!! Bila saya dah mula nak kena keluarkan duit saya sendiri, teruslah saya malas nak layan dah... Okey...kena bayar activation fee sebanyak rm500 tu kepada 'activist' yang ada kat Malaysia. Namanya macam kat bawah tu. Lepas tu baru duit 500k USD yang pending tu masuk ke dalam akaun. Bila saya kata nak refer dengan Cimb dulu, boleh pulak dia jawab bank CIMB tak tahu pasal duit yang pending ni. Urusan nak activate ni biar dia jer yang guide. Jst bayar kat 'activist' tu jer... Memang takkalah kan... banyak ooooooo!!!! mana mungkin nak perdaya aku macam tu jer.Esoknya dia wasap lagi mintak saya buat activation tu. Berulangkali... siap ugut saya nak report kt FBI sebab dah buat bayran kat saya. Malas dahla layan. Terus saya block no dia....


Ada tak yang pernah mengalami insiden macam saya ni? Apa yang korang buat lepas tu?? cerita sikit pengalaman korang...

2 comments:

  1. bila ada 'part' minta duit duit (activation fee kononnya) tu JELAS2 MMG SCAM!

    IGNORED SAJA

    ReplyDelete
  2. Salam Lyn..bahayanya!! Kat Fb Kak atie pon ramai mat salleh add...tapi mmg tak lar nak app...bahaya diaorg ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...