Review Filem J-Revolusi

8 Mac bersamaan my birthday...
Dah plan amik cuti then pergi tgk wayang..hihihi...sambil beli baju anak2 nk pakai kenduri umah ngah nanti...Plan nak g awal2... tapi last2 minit kul1 baru gerak ke bandar..
Filem tu dah booking kat Berjaya Megamall jam 4:!0pm....Sampai kat Megamall dalam kul3 lebih..dan la makan MCD pastu shopping sikit kat Parkson... redeem voucher birthday...
dalam otak dok ingat cerita start kul 4:20pm... masa g tu dah kul 4:30...takpelah..lambat sikit jer..haha...Rupanya tengok tiket kul4:10 pm start... so, awal2 cerita memang banyak tinggal..tak tahu apa cerita mula2...
Masa masuk tu, Judo tengah lawan...

Meh nak cerita sikit sinopsis :

J Revolusi mengisahkan tentang seorang lelaki iaitu Jay Zulkarnain merangkap ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukan yang dipimpin olehnya sangat ditakuti oleh para penjenayah kerana kepakaran yang ada pada mereka apabila berhadapan dengan pihak musuh.
Konflik bermula apabila adik perempuan Jay iaitu Dian merangkap ejen telah ditangkap oleh pengganas misteri. Ketika mahu menyelamatkan adiknya, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Dari situlah munculnya bermacam-macam insiden dan konflik yang menghantuinya.

Tak sangka,Dian subahat dengan penjahat.Kesian dengan J...susah payah nak cari Dian.
Eddie (lakonan Izara Aisyah) mati... kena suntik dengan virus oleh penjahat. Mati kat Times Square.. masa ni scene menghayat hati...

Ketua penjahat Andra ( Farid Kamil) lawan dengan J..banyak aksi masa ni.. boleyhla...last2 Andra mati jatuh dari mende alah apa ntah. Dian pulak jadi baik masa ni... Dian jadi geng jahat sebab kena hasut dek Andra ni la... dia ni macam emosi sikit...psiko pasal takde siapa yang sayangkan dia... Dian rasa tersisih dan tak disayangi sejak kecil...

Cerita ni takde cinta2 pun..banyak konflik kekeluargaan. Lawan2...bestla...lain daripada filem biasa yang kita tengok...

Tapi tak tahu part awal2 macamne...huhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...