Pangkor Laut Resort Syurga Dunia Di Negeri Perak

Hai korang...
Tak lama dah kan cuti sekolah? Takpun sedang plan nak bercuti dengan family. Ok...untuk mereka yang sukakan ketenangan, sudah pastinya pulau-pulau menjadi salah satu pilihan destinasi untuk percutian anda. Hari ini, saya nak share sebuah pulau yang sememangnya menarik untuk anda semua kunjungi iaitu Pulau Pangkor. 
Pulau Pangkor ini sememangnya sebuah pulau yang tidak asing lagi yang terletak di negeri Perak. Pulau Pangkor juga tersenarai antara 10 pulau yang tercatik di Malaysia. Saban tahun, pulau ini menerima kunjungan dari ramai pelancong baik dari dalam dan luar negara.Untuk ke pulau ini, terdapat dua jenis perkhidmatan pengangkutan yang boleh anda pilih iaitu sama ada menggunakan feri ataupun kapal terbang. Jika korang memilih untuk menggunakan plane, korang akan mendarat di Pangkor Airport yang terletak di dalam pulau ini. Jika anda menaiki feri pula, anda boleh menaikinya dari Marina Bay di Teluk Batik dan juga di Bandar Lumut. Dah berkunjung ke Pulau Pangkor ni, anda pasti ingin mengetahui penginapan terbaik yang boleh didapati disini kan. Untuk maklumat dan informasi tentang promosi dan hotel-hotel disini, layari saja traveloka.com hari ini!
Pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang sebuah resort yang sememangnya popular di Pulau Pangkor iaitu Pangkor Laut Resort. Terletak di kawasan yang mengekalkan keaslian flora dan faunanya, resort bertaraf 5 bintang ini sememangnya mengagumkan. Dengan rekaan yang menggabungkan unsur tradisional dengan menggunakan kayu serta rekaan dalaman moden, anda boleh rasakan aura kemewahan dan eksklusif yang ditonjolkan oleh resort ini. Ianya menawarkan pemandangan pasir memutih dan pemandangan laut yang cukup menakjubkan. Bilik yang ditawarkan sememangnya selesa dan sesuai bagi mereka yang inginkan gaya hidup mewah dikelilingi alam semulajadi yang terpelihara. Antara kelengkapan bilik yang disediakan adalah mini bar, peti simpanan, bilik mandian yang dilengkapi bath tub yang besar dan juga balkoni untuk anda melihat pemandangan sekeliling. Pendek kata, memang tak rugi jika anda memilih resort ini.
Resort ini menawarkan pakej penginapan yang tersangatlah selesa buat pengunjung. Boleh pilih nak stay yang macam mana.Style villa ada, suite pun ada. Yang penting semuanya menawarkan keselesaan yang optimum.
 GARDEN VILLA
HILL VILLA
BEACH VILLA
SEA VILLA
SPA VILLA
Sekarang, jom tengok apa yang best pasal resort ni. 
Ok first, resort ini menyediakan perkhidmatan wifi kepada pelanggannya. Jadi korang tak payah risau takut terputus hubungan ke terlepas berita kerana internet yang disediakan sememangnya pantas dan membolehkan anda kekal aktif. So, korang boleh upload gambar percutian mewah korang tu kat social media any time. 
Secondly resort ni memang banyak aktiviti. So, korang jangan cakap datang pulau ni cliché kena berenang je. Antara aktiviti yang tersedia di sini adalah jungle trekking dan morning revival. So, inilah masa untuk bercuti sambil mengeluarkan peluh. Selain itu, bagi yang ingin meninjau pulau di sekeliling, jangan risau kerana terdapat juga perkhidmatan island hopping dan snorkelling yang disediakan oleh pihak resort. Kalau korang nak tahu, di kawasan pulau ini, terdapat banyak pulau-pulau kecil dan terumbu karang yang memaparkan panorama bawah laut yang sangat luar biasa. Bagi kaki pancing pula, resort ini memberikan peluang untuk anda memilih dua mod memancing samada inginkan leisure fishing ataupun deep sea fishing. Kalau korang dah tahap pro dan ingin mencuba sesuatu yang lebih mencabar, saya sarankan korang cuba deep sea fishing ni kerana memang berbaloi. Dah datang jauh-jauh kenalah cuba apa yang paling best kan. Kalau anda inginkan sesuatu yang lebih santai, jangan risau kerana resort ini terdapat banyak aktiviti air yang tersedia untuk anda nikmati. Antara aktiviti air yang boleh dilakukan adalah berkayak,waterskiing dan juga wakeboarding.
So, bagi yang free dan tak tahu ingin kemana tu, datanglah ke Pangkor Laut Resort ini kerana perkhidmatan dan fasiliti yang ditawarkan sememangnya baik dan menarik. Jadi tunggu apa lagi guys, book Pangkor Laut Resort online di traveloka.com hari ini! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...