MABIQ dan Masak lemak daging salai


Maahad Bahasa dan Ilmu al-Quran atau MABIQ adalah sebuah maahad tahfiz al-Quran dan akademik kebajikan untuk anak yatim dan fakir miskin. Ditubuhkan pada 3 Januari 2007 di atas Lot 29738, Kampung Peramu Tanjung Lumpur Kuantan Pahang yang berkeluasan tidak sampai 1/4 ekar. Ia diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin bin Abdul Jabbar dan isterinya Ustazah Umee Ruziani binti Ab Ghani. Pada 1 Jan 2010 Restoran MaBIQ mula dibuka kepada orang ramai di tempat yang sama, Tg Lumpur dan pada 13 Jun 2011 pula MABIQ membuka sebuah lagi cawangan atas nama Madrasah Al-Fatihah di Kampung Bukit Genting Tebing Tinggi Jerantut, Pahang. Dan pada 1 Januari 2013, MABIQ membuka cawangan ketiga di Kampung Sepat Penor Kuantan, Pahang atas nama MABIQ Pantai Sepat. Kini (May 2016) MABIQ mempunyai lebih 160 pelajar, 16 orang guru sepenuh masa, 5 orang guru akademik separuh masa, 8 orang guru pakar SPM jemputan, 7 orang guru pakar STAM jemputan, 7 orang kakitangan pentadbiran dan 17 orang kakitangan restoran.

Alhamdulillah minggu lepas akhirnya saya dan suami berpeluang ke restoran MABIQ Tjg.Lumpur. Dulu dah sampai tapi tak masuk pun.. gaduh punya pasal...huhu... balik gitu jer. Terok kan... haha... zaman bercinta masa tu...

Opis mate yang cite pasal daging salai diorang ni. Memang femes! Saya tak ambil gambar keseluruhan dan deko dalam ni. Tapi setiap makanan kat situ memang dah siap2 letak harga tau...so, senanglah kan..takdelah kita tertanya2 mahal ke murah... begitu jugak air... dah siap2 ada dalam balang... tinggal nak ambil jer...letak air batu ke taknak letak ker...terpulang pada kita... kan senang macam tu.. pilihan air pun dah memadai.. ada air teh susu, cincau, teh bunga, oren....yang pastinya murah... segelas baru rm1.20

Ni yang saya makan aritu. Daging salai masak lemak dan daging salai masak kicap. Sedap....Harga semangkuk rm6.00 dan rm5.50.. tempoyak tu satu bekas rm3 


Tempat ni agak jauh ke dalam.. tapi, kalau dah sedap tu tak kira cerok mana pun, tetap orang datang cari jugak....ada signboard tapi agak kecik...kadang tak perasan pun... 

apapun...mabeles masakan dia ni.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...