Dulu jauh sekarang dah dekat

Saya kahwin tahun 2014.
Anak sorang 2015
anak lompat terus jadi 3 tahun 2016
Alhamdulillah... rezeki dalam masa 2 tahun perkahwinan, saya dan incik asben dikurniakan anak2.

Dalam tempoh masa 2 tahun tu saya dan suami PJJ orang kata. Dia kat Lepar, saya kat Pekan. Ambil masa sejam lebih untuk berulang.  Kalau dulu kata nak berulang hari2 tapi manusia...bukan robot... penat...
Akhirnya..dalam seminggu 2-3 kali sahaja akan balik ke Pekan untuk bersama family.

Selama 2 tahun saya membesarkan anak2 dan menguruskan kesemuanya sendirian... Anak dah 3 orang pun saya mampu menguruskan.. rasa macam tak tercapai dek akal.. dengan anak umur setahun 5 bulan dan kembar 5bulan.. bayangkanlah macammana saya menguruskan seorang diri.

Tahun 2017....
Terima berita yang tidak disangka2... Suami saya menerima surat pertukaran lokasi kerja ke Selancar 1! Jauh.... Ada udang di sablik mee semua ini. 

Akhirnya suami saya terus membuat keputusan untuk berhenti kerja dengan notis sebulan kepada syarikat. Suami tukar kerjaya daripada Penyelia Ladang ke Tukang Gunting Rambut.
Apapun pekerjaan asalakn berkat dna halal.
Banyak kebaikan suami dah berhenti kerja Penyelia tu.
Suami stay dengan saya dan anak2 dah sekarang. Segala urusan pun senang. Saya tak perlu risau sangat soal keselamatan dan anak2. Selain tu, duit jugak boleh dijimatkan. Tak perlu nak berulang dah ke sana. Boleh makan sekali kat rumah.

Be positive...
Always think positive....

Ada rahmat dan hikmah di sebalik semua ini.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...