Hunting barang twin...Domain mana okey?

Now..dah masuk 5 bulan... 
Misi mencari barang2 baby lagi...hihi...
Setakat ni yang dah terbeli beberapa pasang baju untuk twin...
Barut dan bedung pun nak kena tempah lagi... nak buat sendiri dah takde keinginan... penyakit M ada... lagipun agak bizi dengan Iman yang bertuah tu...
Tilam pun dah jumpa tempat nak beli..tinggal nak pilih corak dan bayar jer...
Keperluan lain takpela... maish panjang lagi masa...
Nak g shopping mall memang dah tak larat.. so, kita cuma cari secara online sahaja...
Hari2 bukak FB kat group apa ntah..panjang ngat namanya.. kot2 ada barang preloved yang okey... sesi berjimat cermat harus dimulakan terus...

Entri yang tidak bergambar kerana mengejar masa nak balik rumah... nak jumpa buah hati kesayangan tu...

Lagipun sedang berkira2 nak beli domain baru ni... yang aritu burn jerla...

Tolong pilih mana lagi okey...


www.lin-azlina.com
www.linalzinaa.com


mana lebih okey yer?

TIA
Read more ...

Admit ward seminggu

Ini throwback yer..
Al kisahnya... Iman ni mudah sangat demam. Padahal minggu lepas baru je demam. Selang seminggu dia demam lagi.. Bagi ubat pun tahan kejap sangat jer. Pastu panas semula badan. Tambah2 kepala. Muka yang bulat sebelum tu dah jadi cengkung. Sebab sminggu berlarutan demam, saya dan asben bawak Iman ke klinik semula. Dalam tempoh seminggu tu memang merengek jer kerjanya. Tak lalu makan... tak nak main2...
Kalau sebelum ni dia demam still nak makan dan main2.

Pergi kat Hospital Pekan bahagian Kecemasan.. Masa mula2 demam pun bawak ke situ jugak. Ubat beli kat klinik swasta pun ada jugak try bagi. Tapi condition Iman sama jer. Bertahan dengan ubat jer.

So, second time pergi ni terus kena admit la. Kebetulan saya oncall time tu. So, takdelah kena amik Annual Leave...Lagipun kerja kat dalam tu jugak.Takde masalah sangatla.

Takpela admit pun..janji Iman sihat.
Kena cucuk kat tangan untuk masuk ubat tu. Tapi doktor n nurse tak bagi parents tengok. Kena kuar. Masa tu kat emergency. Sebelum naik ward.

Isnin malam masuk ward. Memang penuh jugak lah patient dalam tu. Ada extension katil lagi. Kat hospital Pekan semua kelas ketiga tapi macam dok kelas first! Sangatlah selesa... Wad Kanak-Kanak kat Wad 3B. Tingkat atas sekali.

Kat Hospital Pekan ni, memang guna sistem. So, start dari registration sampailah discharge semua data akan direkodkan ke dalam sistem. Orang letak kat tangan tapi kitorang letak je kat kaki sebab nanti Iman nak cabut2..

Ma dan abah datang melawat cucu. Hari keesokan ni. Iman demam lagi tapi okeyla sikit sebab dah masuk air sebotol. Kalau tak dia tak bermaya. Nak tidur jer. Positif la... alhamdulillah.. Doktor masuk antibiotik untuk 5 hari. Sebab tu lah kena stay kat wad 5 hari.

Ni masa hari pertama kat ward. Iman memang taknak dengan sesape. Taknak kena tinggal lansung. Merengek jer...
Ni masa hari ke berapa entah. Sepanjang duduk kat wad tu memang dia selera sangat makan. Muka pun dah bulat. Setiap pagi saya akan tunggu asben datang bawak makan. Sebab pagi2 makanan dia ringan sangat.Sekadar roti 2 keping. Mana cukup.

Bekal biskut memang ada bawak. Standby untuk Iman kudap2. Nestum pun sama. In case tetiba dia taknak makan bubur.
Nampak tak keadaan wad. Sangat selesa kan.Satu bahagian tu cuma ada 4 buah katil jer. Kipas untuk setiap katil tau.Katil saya tepi sekali dekat tingkap. Dahlah ada kerusi untuk orang mneunggu baring. Kesimpulan sangat selesa.

Iman dah sihat tapi still tak boleh kleuar sebabnya kena masuk ubat antibiotik tu cukup 5 hari. Dahlah hari ketiga tu kena cucuk lagi sekali sebabnya yang asal tu dah lari jarumnya. Kesian Iman. Dia kan aktif sangat. Hari Ahad dapat keluar. Tengahhari.... Terus ajak asben jenjalan Kuantan. Nak beli barang twin. Beli sikit2... Dapatlah 6 pasang seorang. Cukuplah dulu kan. Next beli lagi. Lagipun masih awal.


 Saya dah sihat.. Alhamdulillah.... memang ceria sangat!!! Love u Iman....

Read more ...

Kisah Iman yang sudah 9 bulan

Mood nak berblogging dah kembali walaupun tidak sekencang dulu. Gara2 dek domain yang expired yang meruntuhkan jiwa dan kalbu untuk mneulis blog. Kesudahannya pakai jer nama lama... Ingat nak transfer nama baru yang lain pulak nanti. Sedihnya 'linazlina' dah terkubur....
Takpelah..abaikan emosi yang ntah apa2 tu. mungkin sebab peknen twin ni...
Nak cerita pasal anak bertuah saya ni.. Iman... Dah menjangkau usia 9 bulan dah... cepat sungguh masa berlalu.


Iman yang suka sepahkan barang mainan. Bila masukkan dalam bakul mesti dia akan keluarkan. Ibu jugak tukang kutip... maybe nnt Iman akan belajar.... Pandai kemas semula barang mainan dia... Setakat ni saya tak berapa gemar nak beli barang mainan yang macam2 kat Iman. Tunggu dia besar sikit. Kalau rajin nak DIY yang macam homeschooling anak genius tu. AMIN YA RABBAL ALAMIN...
Moga2 Iman membesar menjadi seorang anak yang solehah dan bijak pandai.

Sejak Iman dah pandai duduk, memang car seat tidak digunakan lagi. Asal letak je dalam car seat mesti jerit2 suruh angkat pastu tak duduk diam. Nak mintak duduk atas riba. Nak duduk kat stereng. Kalaulah dia jenis duduk diam takpela... Ini seminit pun tak duduk diam...nak nangis rasa bawak Iman dari rumah ke tempat kerja yang hanya mengambil masa kurang dari 10min tu. Tapi ini dah masuk hari kedua saya berjaya letak Iman duduk kat sebelah saya. Hari pertama umpan dengan makanan. Hari kedua saya bukak Upin Ipin untuk dia. Esok kena cuba lagi. Kalau tak payah saya nak bawak balik kampung bila cuti. Al maklumlah saya dan incik asben ni pjj... tp xdelah jauh ngat.. cuma memerlukan saya untuk berdikari dengan anak.





Kat bawah ni gambar kami melepak kat satu gerai tepi sungai. Kedai yang sama tapi hari ynag berlainan. Hehe.. kedai cendol tepi sungai Pekan. Sedap cendolnya tu... laksa dan mee soto pun best...




Read more ...

Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih


Giveaway Cash RM500 APRIL PART #2 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , Nurfuzie , Boni Kacak , Fizgraphic , Asri Blog , Liyana , RF3 World Firmax3 Malaysia , Homestay Muslim Murah di Bandar Melaka , Norfa Nil , Salina Johari , MrsPuex , Pakej Ke Korea , Siti Yang Menaip

Hadiah :
Random Cash RM50 x 10 pemenag
Start : 14 April 2016 - 28 April 2016

Read more ...

domain blog saya tak boleh guna

Sebulan lebih saya berdiam diri... blog saya tak dapat diakses dengan menggunakan url www.linazlina.com
kes yang jadi macma ni sebabnya domain tu dah expired. saya lambat renew. Lepas tu saya transfer domain ke orang lain.
Entahlah...dah banyak tiket saya open untuk diorang settle kan masalah ni tapi sampai sekarang masih sama. 
Hey.. menyesal pulak transfer domain.
Lepas ni nak guna domain apa pulak yer...

www.linazlina.com.my agak2 dah ada orang tak erk???
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...