Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA

http://www.khatyaiman.com/2016/02/giveaway-februari-2016-by-blogger-khezmaira.html
 nak join ? klik banner kat atas yer...

semoga ada rezeki di GA ni..

Amin Ya Rabbal Alamin
Read more ...

MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK

♥ Assalamualaikum ♥

"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, akhirnya Mega giveaway ini berjaya dilancarkan. Terima kasih kepada 21 sponsor yang sering memberi kerjasama yang baik. Dengan lafaz "Bismilah" cik akak membuka tirai "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK ".

klik banner - join
Syarat-syaratnya :-
  • Follow blog, Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page Facebook - Rujuk Entri SINI (syarat Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page FB hanya kepada peserta yang memiliki mana-mana akaun yang dinyatakan seperti di atas).
  • Letak link blog ini dalam senarai bloglist anda - [ Cik Akak ] [ Eyja ] & [ Pn. Wawa ] - **syarat ini wajib kepada semua peserta sepanjang tempoh Mega Giveaway ini berlangsung.
  • Buat entri bertajuk "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini
  • Giveaway berlangsung 01.02.2016 - 26.02.2016
  • Giveaway tamat 26.02.2016 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG & PENGUMUMAN PEMENANG PADA 29.02.2016.

Read more ...

Dapat juga akhirnya cermai itu

Mengidam ke mengada? Entahla... hehe
Sebenarnya dah lama teringin nak makan cermai tu.. Bila blaik rumah jer mesti llau kat pokok cermai tu. Sebab tu la jadi teringin. Dulu pokok cermai ada kat belakang rumah ma abah... pastu dh kena tebang. Tak pasti kenapa.
Pokok cermai tu tak tahu siapa punya. Men redah rumah pakcik Mie tu tanya. ALhamdulillah... kepunyaan dia. Pakcik Mie memang dah kenal my hubby. Dah biasa bersembang sebelum ni. Pakcik tu siap ajak masuk rumah lagi borak2....
Untuk tidak mneghampakan permintaan pakcik, maka, boraklah saya dengan makcik. 
Lepas tu kami pun joloklah buah cermai tu. My hubby jolok, saya dengan iman  kutip2. Masalahnya tak tahu nak kutip yang mana sebab memang dah ada cermai yang gugur bawah pokok tu.


Tengok... sikit jer kutip cermai.. melepaskan tekak nak makan. Ada buah lada hitam dan daun pudina. Pakcik tu bagi...

Malam tadi dah buat cermai tumbuk campur dengan kicap dan garam. Memang sedap gilerla!!! Rasa nak makan lagi....

Read more ...

Tahniah Adikku dan welcome to family 67 Tasya

Tahniah adikku... dah bergelar suami orang tu...dah ada tanggungjawab yang perlu digalas. Semoga berkekalan sehingga ke akhirnya... Tema belah rumah saya warna merah & kelabu tapi kami tak xde tema2 pun.. ikut dan je masing2 nak pakai color apa. Adik saya yang lelaki tu yer...adik no.4






Iman dah besar.. suka gelak2...dah pandai sangay main...suka... rindu sangat kat iman setiap hari bekerja. Dahlah dah pandai merangkak... cepat je masa berlalu kan...
Bakal bergelar kaklong Iman... hehe
Read more ...

GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ



Jom join!!! Just click banner kat atas ni yer.



Harap2 ada rezeki dapat produk yang superb best ni..
Read more ...

Akhirnya terjawab sudah

Pagi tadi..

Alkisahnya sebab taknak dah tertanya2 pasal pregnant ke tak... so, semalam beli UPT kat Watson.
Keputusan positif :)
Dalam suka tu memang takutla kan.. agak seriau! Almaklumlah ceaser...
Pastu mulalah cari info pasal kalau mengandung lagi selepas ceaser baru 6 bulan ni.
Alhamdulillah.. kesemuanya yang meriangkan hati...kebanyakan memberi semangat pada ibu2 yang ceaser ni. Semua kuasa Allah... Biarlah nurse nak membebel pun. Tadah je telinga. hihi
Yang saya baca kebanyakan suruh jumpa doktor cepat2 senang nak detect jika ada sebarang masalah pada rahim.
Semoga segalanya selamat dan dipermudahkan...
Read more ...

Cara memakai blusher dengan betul




Solekan memerlukan kemahiran atau skill yang betul untuk memastikan hasil solekan tersebut menjadikan seseorang wanita itu tampak cantik dan menyerlah. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika ramai wanita yang kadang kala sanggup membayar juru solek professional atau professional makeup artist demi mendapatkan hasil solekan yang terbaik. Salah satu teknik makeup yang sebenarnya boleh anda praktikan sendiri tanpa mengupah professional makeup artist adalah solekan pada pipi dengan menggunakan blush (juga dipanggil sebagai blusher) 

Fungsi utama pemakaian blusher atau pemerah pipi ini adalah untuk memberikan warna pada bahagian pipi wanita dan juga menonjolkan lagi tulang pipi. Selain itu, juru solek juga sering menggunakan blusher untuk menjadikan muka seseorang wanita itu kelihatan lebih ‘sharp’ dan berbentuk (dengan menggunakan teknik shading). Oleh itu, ikuti beberapa panduan seperti berikut untuk memiliki hasil pemakaian blusher yang cantik;

Sebelum tu, kita kenal dulu powder blusher ataupun pemerah pipi.

Antara jenis blusher: 

1. Blusher Jenis Padat : 
1. Serbuk warna daripada blusher jenis padat ini akan menghasilkan warna yang lebih menyerlah.
2. Jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak

2. Blusher Jenis Krim :  
1. Memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat. warna yang dihasilkan bersatu secara alami dengan warna kulit.                         
2. Namun jenis krim ini tidak sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih berminyak

3. Blusher Jenis Gel : 
1. Warna bagi jenis gel ini tidak terlalu menyerlah dan sesuai digunakan setiap  masa bagi menampilkan solekan yag lebih natural.
2.  Jenis ini sesuai untuk wanita berkulit kering

4. Blusher Jenis Balls : 
1Bentuknya menyerupai bebola kecil cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas blusher jenis berbola ini.
2. Serbuk yang melekat di berus kemudiannya akan disapukan pada pipi.ia sesuai untuk semua jenis kulit

Dah kenal blusher, seterusnya kena kenal bentuk muka anda sama ada bulat, bersegi, oval atau berbentuk hati. Setiap bentuk muka yang berlainan mempunyai teknik pemakaian blusher yang juga bersesuaian. Boleh rujuk seperti gambar di bawah teknik pemakaian blusher mengikut bentuk wajah. Nanti barulah wajah tak nampak seperti badut. hehe

Dah kenal blusher, dah kenal bentuk muka, seterusnya, pilih warna blush yang bersesuaian dengan tona kulit anda. Jika anda mempunyai tona kulit yang gelap, elakkan daripada memakai blusher yang berwarna terlalu terang!

Selamat berjaya!!! Mudah2an dengan tip yang diberikan ini akan memberi manfaat pada mereka yang ingin memakai blusher. 


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...