Al kisah Raya 2016

Selamat Hari Raya uollssss....

Raya Aidilfitri di rumah ma abah tahun ni. Hihihi.. suker sangat2.. tahun lepas pun kat rumah mak abah jugak cuma bezanya saya tak dapat beraya... sedang berpantang ke Iman...
Tahun ni tak berpantang dah tapinya Ya Allah.. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dugaan bila mengandungkan kembar ni. Dengan sakit pinggangnya.. sakit belakang... nak jalan tak larat... nak becara ke anak pun tak larat.. 
Patotlah orang kata seeloknya jarak anak kena 2 tahun. Yer!!! Korang kena akui itu... saya dah mengalaminya.. ujian berat jugaklah untuk saya. Anak baru 11bulan.. dah boleh berjalan.. sedang lasak orang kata. Sangatlah aktif...
Bila mask 30 minggu ni yang terasa sangat2 tak larat nak bawak diri. sebelum ni masih mampu... ni nak buat apa2 pun kena ambil masa yang lama. Step by step...
Sepanjang 3 Syawal ni saya tak tolong apapun... sikit2 gtula... Alhamdulillah tahun ni adik beradik penuh...semua beraya kat umah ma abah. Jadinya ada 4 orang perempuan yang sepatutnya boleh tolong ma namun, hanya tinggal 2 jer yang larat. Adik ipar saya yang sorang ni bermasalah sikit kandungannya... uri kat bawah. Tak boleh buat kerja lasak2. Balik kampung beraya pun senyap2..huhu...
Terima kasih tak terhingga pada Nor dan Tasya (Adik ipar) yang membantu kat rumah...
Kalau takde diorang ni tak tahulah macammana nak handle raya tahun ni. Nak harap adik2 lelaki apalah sangat kan.. kena suruh belaka baru jalan. hihi

Raya ketiga dah kena masuk kerja petang sebab oncall... ish ish.. kesian kan...apa nak buat.. mencari rezeki....demi tugas...


Baju raya saya yang macam bukan baju raya... susahnya nak cari baju... perut saya besar sangat... kebanyakan baju sangkut tang tu. Ni pun beli last minute kat butik Peace Collection. Warna pun x sedondon mana. hihi...Bantai ajerla.. janji ada tema...
Dahla raya pertama tu Iman meragam.. dia tak sihat sebelum tu.. dengan batuknya, selsema dan demam...merengek jer tau. Raya kedua pulak ada majlis bertunang adik ipar.. so agak terisi Syawal...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...