Admit Ward Raya kelima

Raya ketiga (Jumaat) kena daang ofis macam biasa. Untuk yang oncall... jam 5.00pm-7.30pm
Tapi saya datang lambat dah... Sorang member ofis dah cover...hihi..
Perjalanan dari Chini Timur - Pekan ambil masa sejam. Bawak biasa2 jerla... Hajat di hati nak beraya rumah kawan2 yang ada kat Pekan tu tapi kemalasan melanda. Lagipun tak larat mana nak bawak perut ni ha... Jalan pun agak lembap...
So, habis jer kerja, kemas2 balik Chini Timur semula.
Bukan boleh duduk lama2... Sakit sangat nak bangun semula tu. Perut dah bercantum dengan peha! huhu
Keesokan harinya... tengahari tu encik husben ajak pergi Lepar.. ada urusan sikit. So, bergerak ke Lepar. Kebetulan terserempak dengan abang ipar. Diorang nak pergi mandi air terjun kat Panching. Ajaklah kitorang sekali. Keputusan pada mulanya okeyla... kitorang akan menyusul kemudian. Tapi, apakan daya.. kta hanya merancang... Dalam perjalanan balik tu, saya mengalami contraction yang saya kira agak kuatla. Dah biasa kena senggugut dulu2... macam tu lah rasanya. Hanya mampu menahan sakit. Saya tak menjamah nasi lansung pada hari tu. Makan nasi impit jer waktu pagi.

Ma dna abah pergi Johor hantar adik yang study kat politeknik. So, kat rumah memang takde sesiapala. Hanya family kecil saya. Saya pulak masih sakit, jadi, encik hasben yang setelkan semua. Kemas rumah... masak untuk diri sendiri...saya terbaring jerla menahan sakit. Dengan harapan bila dah rehat tu nanti saya okeyla....

Encik asben tanya nak g hospital/klinik tak... saya degil.. taknak.. bukan apa.. saya risau kena tahan ward..tak pernah lagi berjauhan dengan Iman tu... lagipun takut kena cek jalan...haha

Lama2 dek tak tahan sangat, mak dan abah mertua saya bawak juagk saya g klinik. Diorang pun baru je balik dari Kuantan. Pergi klinik Desa mula2... memang kuatlah rasa contraction tu masa misi cek. Kena bawak g Klinik Chini Atas pulak. Scan dan cucuk ubat tahan sakit dan jugak ubat matang paru2.. sebab baru 7bln lebih. Sah2la kena hantar hospital Kuantan pulak... kena tahan kat ward untuk pemantauan takut terberanak awal...huhu..
Iman o...Iman.... teringat sangat2 kat Iman masa tu.

Iman dijaga oleh keluarga mertua saya. Sian Iman kena berjauhan. Encik asben follow ambulan yang hantar saya. Saya pun tak tahu yang dia nak follow. Ingatkan just nak hantar barang jer. Beria dah salam masa tu. Saya kena tahan dalam bilik pemantauan dulu untuk sehari, Kena puasa takot memang beranak awal ker...Get ready jerla... Lapar giler... kan makan pagi semalam jer... Kena masuk air sebotol... makan iberet..

Sehari kat bilik tu, esoknya baru boleh transfer ke wad biasa untuk pemantauan lagi. Alhamdulillah... last rasa contraction masa kat bilik tu jer. Pastu dah takde dah.. Masa kat wad biasa pun dah okey... Tak sabar nak balik jumpa Iman... Encik asben yang stay temankan saya kat hospital.. Kesian dia tidur dalam kereta jer... Pengorbanan seorang suami.... thank you my darling...

Admit Ahad sampai Selasa. Serik dah rasa nak jalan jauh2....
Twin taknak keluar lagi... biarlah cukup bilan baru keluar yer twin...
Saya perlu readmit 25/8/2016 untuk operate esoknya.
Takut.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...