MACAM2 HAL DIUJI

Alhamdulillah... Kandungan saya nak masuk 7 bulan dah... Masih ada kudrat untuk menjaga Iman dan membuat persiapan Ramadhan. Walaupun dalam keadaan yang sangat2 slow pergerakan namun ku gagahkan jua untuk membuatnya...
Nak tidur malam memang agak mencabar... menguji kesabaran diri. Nak mengiring belah kanan atau kiri, siksanya yang amat. Digagahkan juga demi anak tercinta untuk menyusu dan membancuh susu botol. Iman o iman....
Sejak 2 3 hari ni, Iman agak meragam. Tidur malam tak berapa nak lena. Kesian sangat dia.. Dengan batuknya..selsema... alahai anak... Ibu yang tak tenteram. Kat taska pulak dia taknak tidur.. kejap2 nangis... tak tahulah mengapa...

Di saat2 badan tak berapa nak larat ni, handphone encik asben pulak hilang. Terjatuh masa buang sampah. Gara2 Iman yang merengek nak g kat abahnya. Nak bercontact pun memang tak bolehlah... handphone spare pun takde...

Kami diuji lagi sekali apabila kereta pulak buat hal. Pagi tadi start taknak hidup... aduhai viva sayang... mengapa di saat begini kau buat hal pulak... Di saat memerlukan duit untuk keperluan Iman dan twin....

Namun, aku tetap bersyukur... aku redha ... aku pasrah.... dalam otak serabut tapi buat2 cool jerla.... hihi

Diuji saat begini... Ya Allah... kurniakan aku kesabaran yang tinggi...
Aku yakin pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian ini.

1 comment:

  1. salam ramadhan

    jim join GA

    http://ayubarbydol.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-ramadhan-2016-by-ayu.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...