Raya Aidilfitri 2016

Lagi seminggu nak berpuasa Ramadhan. Semoga berkesempatan untuk bertemu Ramadhan kali ini seterusnya menyambut lebaran bersama keluarga. Alhamdulillah.. tahun ni merasa untuk beraya bertiga. Ada si kecil Iman yang menyerikan lagi famili kecil ku ini. Juga twin dalam perut...

Pergi pasaraya mana2 jer mesti dah ada jual barang2 untuk persiapan hari Raya. Tambah2 gedung beli belah Mydin. Dengan baju raya...kuih raya... kurma...nk puasa...
terasa sangat2 suasana raya tu.

Tahun ni tak terfikir lagi nak buat tema warna apa untuk baju raya. Memikirkan tengah pregnant ni, tak tahu nak buat baju macam mana. Nak tempah tapi ada ke yang terima lagi? lagipun upah mahal sangat dah sekarang untuk baju raya. Untuk Iman.. nk buat baju kurung fesyen2...mesti comel... dahla Iman mula menapak... raya ni InsyaALLAH dah boleh jalan... sukanya...

Raya tahun ni sungguh bermakna... Tahun lepas raya dalam pantang... Tapi dah ada Iman. Kiranya raya kedua untuk Iman.hehe... 

Bila memikirkan raya, alangkah seronoknya....
Tambah2 ada anak kecik...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...