Gaya Trendy Bersama Jeans

Jeans boleh di katakan  sebagai pakaian yang paling praktikal dan versatile. Baik lelaki mahupun wanita, jeans merupakan pakaian harian yang paling selesa disarung dan memberikan keselesaan kepada sesiapa sahaja yang memakainya. It is a timeless trend dan terdapat banyak potongan jeans yang boleh anda temui di pasaran seperti straight cut jeans, flare cut jeans, skinny jeans, ripped jeans dan banyak lagi.
Apa yang harus anda lakukan adalah pilih potongan jeans yang bersesuaian dengan bentuk badan anda dan feel confident about it. 

Dan berikut merupakan beberapa gaya trendy yang boleh anda gayakan bersama koleksi jeans kegemaran anda;

 
Feeling a bit lazy tapi mahu kelihatan bergaya terutama sekali ketika cuti hujung minggu? Get a pair of ripped jeans dan gayakan bersama t-shirt yang selesa. Just a perfect look for your normal casual outings!
 

Atau anda boleh kelihatan less casual dengan menggayakan jeans tersebut dengan padanan blouse seperti berikut. Tambahan aksesoriuntuk menyerlahkan lagi penampilan anda.

Atau seperti pilihan ramai remaja yang lebih gemar menggayakan skinny jeans bersama t-shirt dengan padanan outerwear seperti berikut. Anda boleh memilih untuk menyarungkan cardigans atau jackets sebagai outerwear pilihan anda.

Atau sarungkan boyfriend cut jeans anda bersama pemakaian kemeja yang bersesuaian. You’ll look superbly trendy in this outfit!
 
Jangan melipat bahagian bawah seluar jika ketinggian anda di bawah 5’5”. Ia membuatkan kaki anda lebih pendek.
  Potongan kapri juga membuatkan kaki anda lebih pendek.
  Pastikan bahagian bawah seluar menutupi sebahagian kasut anda.
  Kasut hitam yang panjang membantu kaki tampak lebih panjang.
  Kedudukan dan saiz poket memberikan kesan kepada gaya. Elakkan poket kecil dan jauh jarak antara satu sama lain kerana ia membuatkan pinggul anda kelihatan besar.
  Poket yang terletak agak ke bawah menampakkan pinggul anda lebih tinggi. Berhati-hati dengan butiran hiasan mahupun warna pudar pada kawasan ini.
  Mereka yang bertubuh rendah, gulung seluar dan gayakan dengan kasut tumit tinggi.
  Jika berpinggul leper, tambahkan hiasan pada bahagian belakang.

  Lebih gelap warnanya, lebih memberikan ilusi ramping. Pilih warna kelabu, hitam dan biru gelap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...