Kisah Iman yang sudah 9 bulan

Mood nak berblogging dah kembali walaupun tidak sekencang dulu. Gara2 dek domain yang expired yang meruntuhkan jiwa dan kalbu untuk mneulis blog. Kesudahannya pakai jer nama lama... Ingat nak transfer nama baru yang lain pulak nanti. Sedihnya 'linazlina' dah terkubur....
Takpelah..abaikan emosi yang ntah apa2 tu. mungkin sebab peknen twin ni...
Nak cerita pasal anak bertuah saya ni.. Iman... Dah menjangkau usia 9 bulan dah... cepat sungguh masa berlalu.


Iman yang suka sepahkan barang mainan. Bila masukkan dalam bakul mesti dia akan keluarkan. Ibu jugak tukang kutip... maybe nnt Iman akan belajar.... Pandai kemas semula barang mainan dia... Setakat ni saya tak berapa gemar nak beli barang mainan yang macam2 kat Iman. Tunggu dia besar sikit. Kalau rajin nak DIY yang macam homeschooling anak genius tu. AMIN YA RABBAL ALAMIN...
Moga2 Iman membesar menjadi seorang anak yang solehah dan bijak pandai.

Sejak Iman dah pandai duduk, memang car seat tidak digunakan lagi. Asal letak je dalam car seat mesti jerit2 suruh angkat pastu tak duduk diam. Nak mintak duduk atas riba. Nak duduk kat stereng. Kalaulah dia jenis duduk diam takpela... Ini seminit pun tak duduk diam...nak nangis rasa bawak Iman dari rumah ke tempat kerja yang hanya mengambil masa kurang dari 10min tu. Tapi ini dah masuk hari kedua saya berjaya letak Iman duduk kat sebelah saya. Hari pertama umpan dengan makanan. Hari kedua saya bukak Upin Ipin untuk dia. Esok kena cuba lagi. Kalau tak payah saya nak bawak balik kampung bila cuti. Al maklumlah saya dan incik asben ni pjj... tp xdelah jauh ngat.. cuma memerlukan saya untuk berdikari dengan anak.





Kat bawah ni gambar kami melepak kat satu gerai tepi sungai. Kedai yang sama tapi hari ynag berlainan. Hehe.. kedai cendol tepi sungai Pekan. Sedap cendolnya tu... laksa dan mee soto pun best...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...