Admit ward seminggu

Ini throwback yer..
Al kisahnya... Iman ni mudah sangat demam. Padahal minggu lepas baru je demam. Selang seminggu dia demam lagi.. Bagi ubat pun tahan kejap sangat jer. Pastu panas semula badan. Tambah2 kepala. Muka yang bulat sebelum tu dah jadi cengkung. Sebab sminggu berlarutan demam, saya dan asben bawak Iman ke klinik semula. Dalam tempoh seminggu tu memang merengek jer kerjanya. Tak lalu makan... tak nak main2...
Kalau sebelum ni dia demam still nak makan dan main2.

Pergi kat Hospital Pekan bahagian Kecemasan.. Masa mula2 demam pun bawak ke situ jugak. Ubat beli kat klinik swasta pun ada jugak try bagi. Tapi condition Iman sama jer. Bertahan dengan ubat jer.

So, second time pergi ni terus kena admit la. Kebetulan saya oncall time tu. So, takdelah kena amik Annual Leave...Lagipun kerja kat dalam tu jugak.Takde masalah sangatla.

Takpela admit pun..janji Iman sihat.
Kena cucuk kat tangan untuk masuk ubat tu. Tapi doktor n nurse tak bagi parents tengok. Kena kuar. Masa tu kat emergency. Sebelum naik ward.

Isnin malam masuk ward. Memang penuh jugak lah patient dalam tu. Ada extension katil lagi. Kat hospital Pekan semua kelas ketiga tapi macam dok kelas first! Sangatlah selesa... Wad Kanak-Kanak kat Wad 3B. Tingkat atas sekali.

Kat Hospital Pekan ni, memang guna sistem. So, start dari registration sampailah discharge semua data akan direkodkan ke dalam sistem. Orang letak kat tangan tapi kitorang letak je kat kaki sebab nanti Iman nak cabut2..

Ma dan abah datang melawat cucu. Hari keesokan ni. Iman demam lagi tapi okeyla sikit sebab dah masuk air sebotol. Kalau tak dia tak bermaya. Nak tidur jer. Positif la... alhamdulillah.. Doktor masuk antibiotik untuk 5 hari. Sebab tu lah kena stay kat wad 5 hari.

Ni masa hari pertama kat ward. Iman memang taknak dengan sesape. Taknak kena tinggal lansung. Merengek jer...
Ni masa hari ke berapa entah. Sepanjang duduk kat wad tu memang dia selera sangat makan. Muka pun dah bulat. Setiap pagi saya akan tunggu asben datang bawak makan. Sebab pagi2 makanan dia ringan sangat.Sekadar roti 2 keping. Mana cukup.

Bekal biskut memang ada bawak. Standby untuk Iman kudap2. Nestum pun sama. In case tetiba dia taknak makan bubur.
Nampak tak keadaan wad. Sangat selesa kan.Satu bahagian tu cuma ada 4 buah katil jer. Kipas untuk setiap katil tau.Katil saya tepi sekali dekat tingkap. Dahlah ada kerusi untuk orang mneunggu baring. Kesimpulan sangat selesa.

Iman dah sihat tapi still tak boleh kleuar sebabnya kena masuk ubat antibiotik tu cukup 5 hari. Dahlah hari ketiga tu kena cucuk lagi sekali sebabnya yang asal tu dah lari jarumnya. Kesian Iman. Dia kan aktif sangat. Hari Ahad dapat keluar. Tengahhari.... Terus ajak asben jenjalan Kuantan. Nak beli barang twin. Beli sikit2... Dapatlah 6 pasang seorang. Cukuplah dulu kan. Next beli lagi. Lagipun masih awal.


 Saya dah sihat.. Alhamdulillah.... memang ceria sangat!!! Love u Iman....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...