Cara buat bubur nasi untuk bayi 6 bulan

Tengok tajuk macam mak2 la sangat kan.
Alhamdulillah...Iman dah nak masuk 6 bulan..
Saya pun dah mula bagi puree buah kentang dan buah kat Iman.
Ni nak buat bubur nasi pulak untuk dia...
Baru ni ada buat tapi macam tak praktikal untuk ibu yang bekerjaya macam saya. Lagipun bubur nasi ni macma tak tahan lama jer.
So, saya pun google kaedah penyediaan yang sesuai untuk menyediakan bubur nasi bayi 6 bulan
Terima kasih pada internet dan orang yang buat post pasal bubur nasi ni.

Copy from : raikankasih.com

Penyediaan Puree Nasi Bayi
1. Ambil segenggam beras perang. Cuci bersih dan toskan airnya.
2. Goreng beras tanpa minyak di dalam kuali hingga sedikit garing
3. Menggunakan blander kering, kisar halus beras tadi hingga menjadi seperti tepung
4. Simpan di dalam tupperware dan simpan di dalam peti ais


Untuk memasak
1. Ambil 1 sudu besar beras kisar tadi dan masukkan ke dalam periuk.
2. Tambahkan air. Masak hingga kembang anggaran 20 minit.

Mudah bukan? Lebihan beras kisar yang disimpan dalam peti aias tadi juga boleh digunakan sehingga 2-3 minggu, jadi tidak perlulah mama mengisar pada setiap hari. Masa penyediaan puree juga dapat dijimatkan.

Ha!!! saya dah dapat idea nak buat macam mana lepas ni. Balik kerja nanti nak pergi cari beras perang. Malam ni boleh sangai...hehe buat stok beras kisar... 

Untuk Iman ku...




Geram dengan si kecik ni. Kuat sangat menjerit. Aktif sangat...

1 comment:

  1. wahhh kreatif jugak kann?? ada jugak yg jnis masak bubur anak skali dalam rice cooker yang org dwasa punyaa.. jimat api dan masa.. ahahahaha. anyway nak jmput awak datang singgah blog saya.. cuci mata tngok kain songkt sarawak yang trnding skrg nii. thanks kalau sudi

    http://wanieseuk.blogspot.com/2016/01/songket-sarawak-preview-part-2.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...