Iman demam dan jalan Gambang waterpark

 Sebelum cucuk 5 bulan aritu Iman demam. Tetiba jer badan dia panas malam tu. Memang terasa sangat panas badannya. Apalagi letak kain basah kat kepala sekerap yang boleh.

Mujurlah Iman bukan jenis nak nangis jer... Merengek jer. Taknak dengan orang lain sangat. Nak dengan ibu jer. Kes demam tu hari Jumaat. Soknya Sabtu dah okey. Siap boleh pergi waterpark Gambang. Masa tu saudara ramai datang dari Kelantan dan Bahau. Kebetulan dapat tiket murah.

Alhamdulillah.. Masa ni Iman dah sihat. Badan tak panas dah. Iman kuat. Saya ada terbaca dalam FB..Kalau anak demam jangan cepat sangat nak bagi ubat demam. Biarkan anak tersebut membina antibodi dulu. Yeke?
 Tengok Iman! suka sangat dengan air... memang dia bukan jenis takut air. Kalau dapat main air memang selok..hihi...Pasni nak pergi lagi mai air tapi kat Melaka pulak kot. Air panas Bemban tu... tiket pun agak murah nak masuk. Boleh bawak makanan sendiri. Takdelah mahal sangat kan.

Read more ...

Susu snow brand neo baby untuk Iman

Thanks google untuk pic ni

Susu Iman sekarang... Rasanya memang dia serasi dah dengan susu ni. Pertama kali dia minum susu ni terus poo poo :) Kisahnya yang boleh beli susu ni ialah....
Masa tu pergi Tunas Manja Pekan sebab memang nak cari susu Iman Dah habis bekalan. So, masa dok usha2 tu terborak dengan sorang kakak ni. Dia sedang usha harga susu ni. Katanya murah sikit nak dibandingkan dengan tempat dia. Pastu akak ni kata anak dia bambam sebab minum susu ni.
Apalagi...saya pun terusla belikan untuk try kat Iman.
Alhamdulillah... Iman suka... dia poo poo pun dah hari2.. kalau tidak payah sangat nak poo poo. So, pasni saya akan beli susu ni untuk Iman. Harga masa beli tu RM66++

Read more ...

Misi Resepi untuk Bayi 6 bulan

Usia Iman dah nak masuk 6 bulan..
Sebagai ibu, memang tak sabar nak prepare makanan dia. Macam puree buah tu.
So, sekarang sedang berusaha mencari info pasal resepi2 serta panduan pemakanan bayi 6 bulan..

Yang penting sekarang nak beli shake n take or baby bullet dulu.
So, jom kita usha di Lazada.... :)

Selain tu, nak beli baby cube... senang nak hantar ke taska nanti.
Ish..banyaknya mende nak beli.... 
spoon yang botol tu...
ikutkan hati ni memang nak beli macam2 kat Iman
Read more ...

Drypers Wee Wee Dry Terlajak Murah


Murah kan?

RM72.16 UNTUK 3 PACKS...
Satu pack jadi RM24 
Tersangatlah murahnya...

Beli masa ada Online Revolution Sale baru ni.

Read more ...

MINI GIVEAWAY - SAYA NAK TOPUP

"Mini Giveaway - Saya Nak Topup"
klik banner - join
Syarat-syaratnya :-
  • Follow blog
  • Buat entri bertajuk "MINI GIVEAWAY - SAYA NAK TOPUP"
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini
  • Giveaway berlangsung 18.12.2015 - 25.12.2015
  • Giveaway tamat 25.12.2015 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG


Read more ...

Mainan baru Iman - Teether Book

 Iman suka mainan baru dia. Sengih je tu. Iman dah 5 bulan semalam. Cepat je masa berlalu.


Inilah dia mainan baru untuk Iman. Beli mende alah ni bukan apa.. Iman kan suka masuk mulut.. menggigit... sebab tu la beli mainan ni.
Beli kat seller online FB..

Harga RM19 + RM6 postage

Teether book ni ala2 softbook. Diperbuat daripada kain.. Ada 3 helai kiranya 6 pages la... helaian yang kedua ada bebola bunyi. Setiap hujung helai tu ada alat untuk gigit2...
 


 

Read more ...

Giveaway Disember 2015 Cash RM500




Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


Read more ...

SALE GILER2 dari LAZADA

http://www.sayaiday.com/2015/12/blogger-contest-hadiah-30-ribu-airasia-big-points-RM600-cash.html 

Siapa yang tak pernah dengar pasal LAZADA? Laman sesawang untuk kaki shopping. Saya pun tak ketinggalan bershopping sakan kat sini. Al maklumlah banyak pilihan dan harga yang sangatlah berbaloi2. Ditambah pula dengan kemudahan di hujung jari. Setakat yang saya beli ni semuanya saya berpuas hati.
Hujung2 tahun ni, Lazada juga tidak melepaskan peluang untuk memberi penjimatan hebat kepada pengguna dengan diskaun yang giler2 sehingga 95% nanti yang dinamakan ONLINE REVOLUTION FINAL SALE yang bermula pada 10.12.15 sehingga 12.12.15


Ini antara item yang termasuk dalam kategori sale tersebut. Ada pelbagai barang keperluan dengan diskaun yang sungguh hebat! Barang elktronik, barang elektrik, gadget, barang baby dan lain-lain semua ada. Boleh jadi pening nak pilih belaka. Sebabnya harga jauh lebih murah. Cepat grab sebelum habis sale. Hanya 3 hari jualan murah berlansung.
Buat masa sekarang saya tengah aim nak beli 2 barang ni kat Lazada. Sebelum tu jangan gelak yer.. nampak sangat mak-mak 

1. Saya nak beli set botol Pigeon ni untuk my Iman. Jenis wide neck. Sebab Iman dah biasa dengan puting Pigeon. Risau nak tukar jenis lain. Takot tetiba dia taknak botol jenis lain. Tunggu dapat bonos akhir tahun kalau ada. Haha.. ke ada yang nak belanja Iman ni.. Dapat yang single pun tak pe dah...

http://www.lazada.com.my/pigeon-z00875b-wide-neck-nursing-bottle-160ml-240ml-nipple-size-l-ppsu-polyphenylsulfone-6046160.html

2. Barang yang kedua ni nak beli untuk keselesaan isi rumah. Macam best jer kalau ada mende alah ni. Rilex depan tv dengan Iman dan abahnya. Hihi... Ada 3 color.. saya nak beli color hijau.

http://www.lazada.com.my/original-bestway-inflatable-air-sofa-single-seater-foot-rest-pumper-blue-933366.html


Kesimpulannya di sini.. Jangan lepaskan peluang untuk membeli belah di Lazada sempena Online Revolution ni... Terjah sekarang sebelum berakhir!!! 

LAZADA ONLINE REVOLUTION SALE

Entri ini dikarang untuk contest yang disponsor oleh Lazada sempena Online Revolution Sale Lazada Malaysia. Untuk lebih info bolehlah singgah kat entri sayaiday.

Hadiah yang ditawarkan sangatlah lumayan. Moga ada rezeki saya di contest ini.

Hadiah tempat pertama : 20 Ribu AirAsia Big Points
Hadiah tempat Kedua : 10 Ribu AirAsia Big Points
Hadiah tempat Ketiga : RM150
Saguhati : 9 x RM50

 





Read more ...

MYiDEAKiNi.com Random RM200 Bloglist Lelaki dan Wanita

http://www.myideakini.com/2015/11/myideakinicom-random-rm200-bloglist.html

Menambahkan kenalan dan meningkat kan trafik blog.

Sebab mengapa saya nak berada dalam bloglist myideakini.com :)

Simple tapi padat kan... hehe

Harap2 bertuah...

amin ya rabbal alamin

Jangan lupa undi MyiDEAKini.com 

Tarikh tutup penyertaan ini pada 7 Disember 2015 tepat jam 00.00mlm
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...