Tips Membeli Koleksi Tudung Mengikut Bentuk Muka

Seperti yang kita sedia maklum, wajah manusia terbahagi kepada beberapa kategori. Ada yang berwajah petak (bersegi) ,bulat, oval, bentuk hati, dan berwajah panjang. Kenali wajah anda dahulu :


Tidak kiralah bagaimanapun bentuk muka anda, namun, setiap bentuk mempunyai keistimewaan masing-masing. Untuk lebih menyerlah dalam penampilan berhijab, seharusnya anda perlu tahu jenis tudung yang sesuai dengan bentuk muka anda supaya tidak nampak janggal. Bagi mereka yang mempunyai bentuk muka oval ia merupakan satu bonos kerana kebanyakan tudung sesuai untuk anda! Bagaimana pula dengan bentuk-bentuk wajah yang lain?

Berikut merupakan contoh-contoh fesyen koleksi tudung mengikut bentuk muka;

1.      Muka petak atau bersegi


Mereka yang berwajah petak biasanya lebih lebar di antara pangkal rahang dan tulang rahang. Ia akan kelihatanlebih menonjol dan bahagian dagu agak rata. Sangat tidak sesuai untuk memakai selendang atau tudung dan ke belakang dan menampakkan sepenuhnya ciri wajah anda. Gaya atau fesyen pemakaian tudung yang menampakkan tulang rahang juga tidak sesuai seperti turban. Pilih selendang atau tudung yang mempu menutupi bahagian rahang dan tulang pipi anda. Jika anda seorang yang gemar memakai selendang, untuk lebih selesa gunakan inner neck yang mempunyai lapisan menutupi bawah dagu.

Muka bentuk hati / segitiga
Untuk mengenal pasti bentuk wajah segi tiga, ciri-cirinya ialah memiliki dagu panjang serta jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Bagi menampakkan bentuk wajah tampil ramping, sebaik-baiknya gunakan tudung yang boleh ditarik sejauh mungkin ke belakang  dan bertemu di leher agar bahagian rahang tampil terbuka. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak rambut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana bentuk begini menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintal atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bagahian rahang tampak lebih terbuka.

Muka bentuk oval/bujur


Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria 


Muka bentuk bulat (round)
Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

Untuk pilihan tudung bolehlah berkunjung ke butik online tersohor zalora.my kerana terdapat pelbagai pilihan dan koleksi. Pengetahuan untuk mengenali bentuk muka serta gaya dan jenis tudung yang bersesuaian amatlah penting. Sekiranya anda mengenali bentuk muka dan bijak memilih jenis tudung yang bersesuaian, sudah pasti penampilan harian anda kelihatan lebih menarik dan cantik. Malah, kesan positif seperti tahap keyakinan juga pasti akan meningkat. Anda juga akan kekal ceria, yakin dan bersemangat sebagai seorang fesyenista Muslimah.
Read more ...

Shopping murah di Lazada

Alhamdulillah..

Dengan jayanya dapat shopping di lazada dengan harga yang sangat berbaloi2 sempena Mycybersale 2015. Guna code CYBER50 masa checkout item yer. Diskaun maksimum rm20! Banyak lagi boleh guna kod contohnya ROCK30 dan LUCKY15. Tengok T&C yer...
Saya memang suka beli kat Lazada ni sebab ada certain item yang sangat berbaloi kalau membelinya. Tambah2 bila kita apply voucher code. Botol susu Pigeon untuk Iman pun saya beli kat Lazada tau. Sama jugak car seat Mamalove untuk Iman.

Sempena Mycybersale 2015 baru ni, saya berkesempatan membeli rak buku 8 ruang dengan promosi RM20 OFF :) Hepi sangat2 dapat membeli barang dengan harga yang sangat murah. 


Inilah bendanya. Barang tak sampai lagi. Dalam proses. Saya pilih color grey. Plain jer. Kalau color biru dan pink ada dot dot. 


Bukan sekadar rak buku, tetapi boleh jugak dijadikan tempat letak barang2 lain. Saya berhasrat untuk letak baju dan perkakasan Iman punya. Kat rumah sewa Pekan ni takde lagi almari Iman. Letak dalam bakul biasa jer. Bila ada lamari ni nanti bolehla susun dengan kemas sikit. Lagipun bolehlah menjimatkan ruang.


Struktur daripada besi meyakinkan saya untuk membeli rak ni. Harap2 kukuhla yer. 


Ni ukuran saiz rak tersebut. 

Tak sabar nak tunggu barang sampai. Nak kemas baju2 Iman :) Tapi pengalaman membeli sebelum ni di Lazada memang berbaloi sangat. Tak perlu nak ke sana ke mari cari barang. Ada anak ni payah sikit nak bergerak. Takut Iman meragam..hehe. Beli online lebih mudah di samping menjimatkan masa anda. lagipun d Lazada, hampir kesemua barang yang anda nak tu ada.

Lupa inform..

Harga rak ni RM46.60
After SALE CYBER50 : RM26.60
FREE SHIPPING





Read more ...

GIVEAWAY RM200 BY MKHAI.COM 2015


Pengalaman pertama saya berblogging bermula pada tahun 2009. Masa tu memang zero pasal blog. Tapi sikit2 explore apa yang best. Tambahan masa tu kata boleh buat duit secara online. Memang saya aktif sangat beronline. 
Entri pertama saya : Siapa aku


Masa awal2 dulu nak buat tajuk pun tak pun tak pandai. Awal2 dulu semua tajuk pendek2 jer. Tak tahu pasal keyword ni.. Tulis entri pun pendek jer. Takde idea nak cerita pasal apa. Macam kelakar pulak bila baca semula entri lama2 dulu. Masa tu kerja kat Pusat Internet. Jadi, internet agak laju dan kerja tu macam tak kerjala orang kata. Banyak masa untuk online.

Tarikh mula blogging : 04 April 2009

Lepas tu lama menyepikan diri. dekat setengah tahun kan...17 Januari 2010 mula semula blogging. Dekat 4 tahun dah berkecimpung dalam arena blogging. haha...
 Tujuan beblog adalah untuk mengisi masa lapang di smaping menjana pendapatan secara online. Banyak jugak yang saya perolehi hasil daripada blog ni. Join giveaway... buat review... seronok!!! Sebab tu saya masih kekal dengan blog saya ni. Walaupun dah agak jarang menaip entri namun saya sayang blog ni. Dah jadi ibu ni masa agak terhad sikit. Bizi dengan anak...

Sekian sahaja entri saya untuk giveaway mkhai :)

Kalau ada yang nak join sila klik banner kat atas tu untuk t nc yer..

Lin nak tag blogger2 di bawah untuk join

  1. http://therainbowjourney.blogspot.my/
  2. http://sarfaeiz.blogspot.my/
  3. http://tigalalat.blogspot.my/
  4. http://www.enyabdullah.com/
  5. http://kanvasdakwat.blogspot.my/
TARIKH TUTUP : 8 OKTOBER 2015
Read more ...

SALE Tergila sekarang

#mycybersale memang tak asing lagi bagi pengshopping online. Hehe..
berbaloi2...
Dah start sekarang ni sehingga 2 Oktober 2015!!
Banyak agensi yang mengambil bahagian. Tak terkira...Antaranya Lazada, 11street, Aquaria, Groupon dll...

Jom terjah sekarang sehingga akhir sale!! sangatlah berbaloi2...
Read more ...

Rahsia Lemon


Read more ...

Car Seat MamaLove untuk Iman

Alhamdulillah.. akhirnya tercapai jugak hasrat nak beli car seat...
Mood membeli dah datangla sebab memikirkan Iman tadi.. untuk safety...ulang alik sana sini. Untuk anak, kepentingan diri letak kat belakang.

Beli kat Lazada... Brand Mama love.. tu pun setelah klik sana klik sini pening nak pilih yang mana. Sewwt Cherry ker.. sweet heart ker.. last2 mama love jadi pilihan... setelah baca review dan komen. Nak yang murah2 jer... yang affordable...
Harga RM109.00 selepas diskaun. Harga asal RM299.00... Banyak kan diskaunnya. Harap2 berbaloi beli.. Inilah rupanya... pinjam kat incik google. Beli hari ini dengan harapan esok atau lusa sampai.hehe... sempat bawak Iman pergi jalan dulu.


Saya guna code voucher Welcome.. dapatlah diskaun RM10

Siapa ada pengalaman pakai car seat brand ni? Meh share sikit dengan saya... jenama lain pun boleh share jugak...

Saya memerlukan car seat ni sebab saya dan suami tinggal jauh2.. saya kena travel balik kampung sorang2..



Read more ...

First day Iman kat Taska

Hari pertama menghantar Nur Iman ke taska hospital. Perasaan seorang ibu nak tinggalkan anak kat Taska... Sebak ada... sedih pun ada... tapi terpaksa juga dikorbankan perasaan tu demi mencari rezeki. Hantar tadi dalam pukul 8:15pg sebab minggu ni shift 8.30pg.
Bawak keperluan pun macam tak semena sangat. First time kan. Mestilah ada yang kurangnya. 
Saya sediakan pampers 5 helai, baju 4 helai, selimut, barut,sarung kaki... pastu keperluan mekap budak..hehe.. dan jugak mandian baby. Tilam dan bantal dia sekali...Ha! Saya terlupa nak masukkan tuala dalam tu. MUjurlah adik ipar ada lagi kat rumah. Mintak dia tolong hantarkan. Dalam jam 10.00pg saya ke taska untuk menyusukan dia. Iman o.. Iman..
Kuat betul dia menyembang masa saya ada tu. Tak rasa nak tinggal dia... nak main jer dengan dia... 
Taska ni yang bahagian baby (bawah setahun) ada 4 orang baby...dijaga oleh 2 orang cikgu. Cikgu Fifi dna Cikgu Zati. Baik2 yer anakku...jangan meragam tau...

lepas menyusukan Iman letak dalam bouncer ni... elok jer dia...sengih2...masa sembang dengan dia tu seolah2 dia cakap jangan tinggalkan dia kat situ... nak duduk dengan ibu...
sob sob sob...

Iman..jangan buat muka sedih okey...Ibu nak g kerja ni...

Harap2 Iman boleh biasakan diri di Taska.. mudah2an lepas ni kalau nak g jalan tu mudah jer.

Read more ...

Badan gemuk masa mengandung.. Perasaan seorang ibu

Hari ni genap 2 bulan bergelar seorang ibu kepada anak manjaku sorang tu, Nur Iman...
Tadi pergi klinik untuk cucuk 2 bulan la.. lepas tu buat aduan sekali kat doktor yang anak tak berak (uishhh..kasar bahasaku....hihi) dah 5 hari!!! Actually dah masuk 6 hari... lama giler weh...
Sembelit doktor cakap... perot Iman takde pun kembong ataupun mengeras.. lembut jer...

Seronok sangat tengok anak membesar depan mata :)
Kalau boleh setiap masa nak jaga Iman.. Tapi apakan daya.. terpaksa bekerja demi sesuap nasi... eceh.. ayat tak boleh bla kan...

Tadi tengok gallery.. tetiba teringat masa mengandung ke Iman dulu,perot besar... ibarat macam kembar... huhu.. tengok keadaan perot macam lelaki... masa tu naluri kuat sangat kata lelaki..tetapi Dia lebih mengetahui.. lahir baby girl... :)


Time ni g jogging kat Padang Polo... takdela berlari anak... just walking slow2... u know what??? Malam tu dan seterusnya kaki saya sangat lenguh... Bayangkanlah saya pusing Padang Polo tu rasanya dalam 10km kot... luas tau padang tu.. padan muka saya kan.
 Masa ni kaandungan umur 5 bulan... Bulat perutku..

haha.. yang ni lagi tembam kan.. bulat sebulatnya... ni dah 6 bulan... saja lepak tepi sungai Pahang yang indah.. tengok bot2... amik udara segar waktu petang.. nyamannya...

Yang ni g Melaka dengan parents.. sebab apa erk.. lupala tujuan utama tu apa. Singgah kat coconut shake Klebang.. bestnya air kelapa... kena pantang lagi...huhu
Masa ni dah 7 bulan...perot dah nampak sangat2...macam orang dah 9 bulan...Lagi gambar 8 dan 9 bulan? tak jumpa dah...

now.. i have Iman... anak manja ibu ni...
baru rasa macammana ibu yang bekerja ada anak kecik... rasa nak kerja dari rumah jer.. kalau kerja pulak dok teringat2 jer kat anak.. bila beli kat pasaraya akan utamakan keperluan anak! Ibu xdapat apapun takpe.. yang penting untuk anak... hihi



Read more ...

Botol susu disney dan puting Pigeon


Sampai akhirnya order dari lazada. Puting Pigeon. Tapi tak beli satu set pun dengan botol... mahal.. hihi.. lagipun nak try jer kan... Mujurlah dapat cari botol jenis wide neck brand Disney kat Anakku. Andai kata dia taknak minum jugak nak try beli botol MAM pulak...

So, Iman nak minum ke tak?
Taktahula lagi... belum try..dah pergi kerja baru nak try...huhu... bukan apa.. masa awal2 dulu Iman nak je minum susu botol...agaknya masa tu lapar sangat kot... lepas2 dia dapat susu yang banyak dari ibunya, dia dah taknak susu botol...asal masuk mulut jer tolak dengan lidah...pandai betul dia...
Sebenarnya, arini first day saya start kerja. Alang2 sehari mak kata tinggal dengan dia jer. Harap2 Iman okey dengan tok dia... ingat2 jer kat iman ni... 
Harap2 Iman nak minum susu formula guna puting dan botol ni...

update : Iman elok je minum susu botol tadi adik ipar antar gambar..
alhamdulillah....

Read more ...

Mencari botol susu Pigeon murah

Time anak sedang lena tidur bolehlah curi masa kejap untuk mengupdate blog yang dah semakin usang ni... Nur iman tu tidur bukanlah lena mana. Kadang tu sampai 3 jam dok enjut buai masih tak tidur lagi.

Sebenarnya tengah nak mencuba botol susu untuk Iman ni. Yela..tak lama dah nak masuk keje semula. Lagi 2 minggu.. tak mau keje...apakan daya... daku terpaksa..

Botol susu sekarang beli yang Disney tu jer kat Anakku. Kecil..comel... Masa mula2 dulu jer time saya tak boleh nak menyusukan dia dengan baik, dia nak la hisap.. lapar sangat kot masa tu.. Lepas2 tu dah taknak hisap... walaupun saya susu ibunya sendiri... Dah puas tukar puting macam2..
beli brand pureen, beli yang Dr.Baby tu... tapi Iman tetap taknak... risau sungguh...
Dia dahla kuat menyusu...

Dalam fikiran sekarang nak beli brand Pigeon atau MAM... Tapi lebih kepada Pigeon kot sebab testimonial ibu2 kata confirm anak yang taknak hisap botol magic terus nak hisap botol brand ni..
So, macam nak cubalah...

Mahal kan barang baby..keperluan mereka... memang kena spend duit setiap bulan untuk baby.
Kalau tak memang parah la...
Ingat nak try beli puting je dulu...ok ke tak erk.. saya masih dalam proses menjadi ibu yang terbaik untuk anak... hehe
Try and error... harap2 Iman nak hisapla pasni...

kat mana nak beli online botol susu murah ni yer??



sumber : google

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...