Set Bersalin Nona Roguy Murah Promosi


Saya nak promote set Nona Roguy ni. Al maklumlah bakal bersalin dan saya akan menggunakan produk ini. InsyaAllah... sambil2 menjadi agen set bersalin pelbagai...

Sebelum tu kita tengok dulu fungsi setiap produk NR ni


Jom tengok pakej2 yang ada :


Harga JIMAT BERBALOI : RM320.00
Poslaju Semenanjung RM8 / SS RM12

Harga asal Pakej :

SET NR  RM365
TUNGKU IBU RM39
TUNGKU BABY RM15 

TOTAL : RM419
Harga JIMAT BERBALOI : RM385.00
Poslaju Semenanjung RM10 / SS RM14



Pakej Set NR + Bengkung NR

Harga pasaran : RM420.00 (RM445.00 +GST)
Harga JIMAT BERBALOI : RM375.00
Poslaju Semenanjung RM10 / SS RM14


Harga asal pakej : RM380.00
Harga JIMAT BERBALOI : RM320.00
Poslaju Semenanjung RM10 / SS RM14





Read more ...

Gara-gara meeting dan kisah check up

Mujurlah ada meeting tergempar dengan Unit IT.. terpaksalah saya datang ofis attend meeting. hehe.. kalau tak lagi bersawanglah blog ni...
al maklumlah seminggu duduk kat rumah. On call... just standby jerla kalau ada call.
Ditambah pulak wifi kat rumah dah tak boleh guna... sedihnyer.. kena cari plan baru untuk internet ni...
menyukarkan tugas saya untuk menulis blog. Macam2 nak update tapi dah tergendala dek kekangan pc dan inetrnet.

Selasa lepas g check up kat klinik desa. 20 minit jer...suka giler.
Tapi yang tak bestnya hampir nak kena kencing manis. Tak pelik pun.. sebabnya sebelum tu hari2 saya minum air milo takpun air teh!!! kebetulan sebelum g check up tu saya dah sarapan dengan air teh o panas! tak minum air masak lansung... memangla kan...
Esoknya... seharian saya tak buat air manis tau... minum air barli dan air masak jer..
Punyalah takot kena kencing manis nanti. Risau weh... dahlah hb rendah aritu.. entah macammanalah agaknya result hb saya nanti... dengan air kencing kotor nya... saya tak makan pun ubat yang amik kat farmasi tu.. harap2 minum air masak banyak2 dan air barli tu berhasil la...

Moga2 anak dalamkandungan ni sihat hendaknya... Baby... tak sabar nak jumpa kamu... :)
Read more ...

Bila air kencing kotor

Saya ada buat entri berkenaan HB saya yang rendah dan berat turun last week.
Kali ni hasil dari sampel yang saya hantar tu pihak lab detect air kencing pulak kotor.
So, semalam kena ambil ubat antibiotik kat kkia. Sekali lagi sampel kena hantar tapi Isnin depanla... Ubat pun kena makan lepas dah hantar sampel. Aduhai.. dah hujung2 macam ni macam2 pulak kan.

Ada cadangan tak untuk mengatasi masalah ni??
Baca kat blog2 kata bahaya air kencing kotor ni. Boleh efek pada baby...
Ya Allah..peliharalah anak dalam kandunganku ini.

Entri yang pendek di pagi hari.. Mood jiwa kacau...huhu

Read more ...

Maxis terbaik bagiku

Saya pengguna tegar line telco Maxis... Masa tu beli sim kad agak mahal... rm68 kalau tak silap. Lagipun masa tu memilih no nak yang cantik2. Nak yang ada kaitan dengan birthday. haha
Kalau tak silap dari tahun 2002 @ 2003 lagi dah pakai no maxis ni. Masa tu orang kata siapa yang pakai line maxis tu orang kaya sebabnya maxis ni mahal kos nak telefon orang. Tapi lantakla kan.. sebab no tu cantik.
Masa kat universiti dulu, pernah convert telco guna no sama jugak. Digi ke celcom tak ingat masa tu.
Lepas tu entah kenapa macam tak serasi dengan line baru saya convert balik ke Maxis.
Lepas tu last month orang dok sibuk dengan OneXOX saya pun gatal tangan jugak nak convert try line XOX tu.. Just beli simkad RM10 tapi guna no.lama jugak.
Danlah pakai dalam sehari pastu takleh tahan terus pergi Maxis Center tukar semula ke Maxis. Sebab utamanya adalah pelan internet.
Kalau guna Maxis, janji kredit aktif still boleh guna data. Kan free jer...
Masa pakai XOX tu line internet memanglah laju sebab saya langgan RM250MB untuk seminggu tapi sehari jer dah habis kuota! Tak daya nak topap sokmo... bertambah pulak kos! Dahlah saya ni bisnes online kan.. memerlukan on data 24hrs... so, Maxis adalah yang terbaik buat saya. Kalau rasa nak internet laju saya langgan jerla pelan yang ada. Lagipun macam2 pelan internet yang Maxis tawarkan..
Kesimpulan, Maxis adalah terbaik bagi saya.
Read more ...

Pendapat pasal group whatsup dan henfon canggih

Zaman sekarang zaman teknologi. Masing2 ada henfon yang canggih.
Bila dah ada henfon tu pendek kata masa untuk bersama family agak kurang.. Apa taknya tangan 24jam nak pegang henfon jer. Layan whatsup group yang macam2 tu.

Macam saya, memanglah ada group whatsup ofis, kawan sekolah, saudara belah saya, saudara belah suami.
Tapi, saya bukan jenis yang chat. Suka memerhati jer. Bukan sombong tapi saya rasa lagi banyak perkara lain yang lebih penting...hehe

Lagipun kan usahawan on9... lebih bermakna kalau saya promote bisnes kat social media..
Kadang2 sembang dalam whatsup tu agak merapu... saya malas nak menyelitkan diri..

Saya bukan anti social tapi menyatakan pendapat saya pasal whatsup group ni. Saya lebih suka yang ada info. Nak menyembang2 tu lagi best kalau berdepan kot. Yang dah berkahwin jangan lupa diri pulak... nanti boleh mencetuskan pergaduhan dan salah faham pada pasangan.

Kalau kat rumah pun nak berkepit dengan henfon jer apa cerita kan...sepatutnya meluangkan masa dengan pasangan dan anak2. Inilah yang terjadi zaman sekarang. Tambah2 kalau jenis yang kaki game tu. 

So, beringatlah semua...Jangan sampai gadjet mempengaruhi kehidupan harian anda.
Read more ...

Simptom dan perasaan mengandung

Entri meluahkan rasa ni. hehe
Okeyla... sekarang akndungan saya dah 32weeks ++
Alhamdulillah.. setakat ni tak ada apa2 masalah. Baby ok jer. Sangat aktif!!!
Ibu dia yang tak berapa nak okey..huhu
Dari awal kehamilan sehingga sekarang saya tak mengalami sebarang morning sickness macam sesetengah orang. Cuma 2 minggu awal tu saya tak lalu makan. Jadi, berat maintain masa pergi check up.

Lain perasaan?? Emosi tersangatlah tak stabil.. sangat2 sensitif tau! Kadnag mende kecik pun terasa hati. Tak pelawa makan pun terasa...haha nak merajuk jer sokmo.

Masa kandungan saya dah masuk 7 bulan, kaki saya dah mula membengkak...awal kan... nak jalan pun sakit dan tak larat dah.. Kandungan saya nampak besar. Kalau orang tengok ingat macam dah nak due :)
Padahal kulit perut yang tebal dan air banyak!! Baby insyaAllah biasa jer kebesannya.. normal...

Dah masuk 8 bulan ni, bertambahlah tak larat nak jalan. Tambah2 bila dah duduk atau baring. Bila nak bangun tu punyala siksa.. kena ada orang tarik tangan baru senang nak bangun dari baring. Sampai gitu seklai kan. Berat dah cecah 72kg tau sekarang.... naik mendadak time pregnant ni.. Harap2 lepas bersalin nanti cepatlah turun berat badan.. tak sabar nak melaram pakai baju2 lama semula... ini asyik ulang pakai baju yang sama jer sokmo...

Lagi simptom? setiap malam selalu takut2 sebab takut cramp... saya memang kerap megalami cramp kaki... sakit yang teramat.. nak menangis rasa tau. Ada incik suami takpela boleh tolong urutkan betis dan kaki. Time dok sorang tu Ya Allah siksanya lah.. Saya dan incik suami tak duduk sekali sebab kerja jauh2...dia kat Lepar... saya kat Pekan.. kadang2 incik suami datang jugak cuma bukan hari2la... jauh... kesian jugak kat dia nak berulang. dahlah kerja awal pagi.

Setakat ni itu saja yang nak diceritakan.


Read more ...

Tetiba nak set bersalin Nona Roguy

Ini semua disebabkan pengaruh blogger Irine nadia yang masih lagi dalam pantang.
Ceritanya membuatkan saya teruja nak try set bersalin NR ni sebab cepat dapat kurus semula. Kiranya berkesanlah kan. Siapa yang taknak kurus kan...impians etiap ibu yang mengandung dan lepas bersalin. hehe

Kalau dulu terasa nak amik set Tanamera sebab fikir luaran jer.. taknak yang jenis makan2 ubat2 ni. Tapi kali ni nak yang jenis dalaman punya supaya cepat sembuh dan cepat kurus. Lagipun ramai dah guna set NR ni dan terbukti keberkesanannya.

Cuma masalahnya saya tak pandai nak telan ubat. Risaulah jugak tak termakan pil tu nanti. Harap2 mampu demi kesejahteraan diri nanti.

Set NR ni berasakan herba. Sebab tu nama produk semuanya Herbanika. 
Siapa boleh suggest kat mana nak dapatkan set NR ni dengan harga yang murah?

Sedikit info yang diambil dari kedaiwanita2u.com

Produk yang terdapat dalam Rangkaian Herbanika Bersalin:

    PhytoNatal 90 biji.
    Krim Herbanika Barut 60g.
    Herbanika Lulur 100g.
    Minyak Herbanika 100ml.
    Uncang Cuci Herbanika 10 t-bag.
    Akar Herbanika 10 t-bag
PhytoNatal
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan
mengurangkan berat badan selepas bersalin.

Khasiat PhytoNatal

- Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor
  dalam badan.
- Melawaskan pembuang air kecil & besar, mengatasi masalah sembelit,
  kepenatan, migrain dan angin.
- Mengimbangi kembali sistem badan.
- Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan.

Cara Guna PhytoNatal
1. Kelawasan biasa – makan 2 – 3 biji 1 kali sehari.
2. Terlalu lawas (Sensitif) – makan 1- 2 biji 1 kali sehari.
3. Tidak lawas (Sembelit) – makan 3 – 5 biji 1 atau 2 kali sehari.
 Krim Herbanika Barut
Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut
terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu
melegakan sakit sendi dan otot.

Khasiat Krim Herbanika Barut

- Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
- Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan,
  parut dan jalur pecahan pada perut.
- Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang.

Cara Guna Krim Herbanika Barut

- Digunakan dua (2) kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan
  pada sebelah malam (sebelum tidur).
- Sapu Krim Herbanika Barut ke seluruh perut dan pinggang.
- Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Krim Herbanika Barut ke pinggang,
  perut dan bahagian ari-ari.
- Pakailah bengkung.
- Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
- Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas.
  Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
- Pakai sepanjang malam.
Herbanika Lulur 
Digunakan secara tradisional sebagai penyental kulit untuk mengurangkan
bintik-bintik hitam, untuk kehalusan, kesihatan dan kebersihan kulit.

Khasiat Herbanika Lulur

- Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot
- seperti rheumatism, arthiritis dan vena varikos dan peluh berbau.
- Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan.
- Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik.
- Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot,
  urat saraf serta urat timbul.
- Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam,
  parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.

Cara Guna Herbanika Lulur

1. Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur
  seluruh badan seperti berikut:
2. 1 – 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampur dengan air panas suam serta
  sedikit air florida (supaya serbuk lulur tidak bertempek).
3.Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan
  dan belakang.
4.Sapu kaki dan tapak kaki dengan air dan pakai stokin yang tipis.
Minyak Herbanika
 Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin,
menguatkan otot perut dan payudara, mengurangkan regangan kulit perut akibat
mengandung, melegakan batuk dan sakit anggota badan, sakit otot dan sendi,
melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.

Khasiat Minyak Herbanika

- Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot.
- Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi.
- Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit
  badan dan payudara yang kendur.
- Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur,
  lembik dan pecah-pecah berjalur.
- Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan.

Cara Guna Minyak Herbanika

Bersalin secara Normal

1.Sapukan Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari
  dan celah-celah peha.
  Sangat mujarab digunakan untuk urut.
2.Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.

Bersalin secara Pembedahan (cesarean)

Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah,
belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung
untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.

Bengkak payudara
Urut Minyak Herbanika ke kawasan payudara dan dengan lembut tekan
puting untuk mengeluarkan susu.
Jika bengkak, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan letakkan ke
kawasan bengkak. Ulang sehingga payudara lembut.
Keringkan dan pakai semula Minyak Herbanika di payudara.
Bersihkan puting sebelum menyusu bayi.
Uncang Cuci Herbanika 
 Digunakan secara tradisional sebagai air cebok untuk kebersihan kesihatan
dan kesegaran wanita untuk melegakan keputihan dan gatal-gatal ringan.

Khasiat Uncang Cuci Herbanika

- Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit,
 buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan.
 Sesuai untuk masalah buasir , hydroterapi dan compress.

Cara Guna Uncang Cuci Herbanika
1.Rendam 2 Uncang Cuci Herbanika dalam 1/2 liter air panas mendidih.
2.Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba.
3.Boleh memasukkan 2 sudu besar garam ke dalam air herba.
4.Kemudian masukkan sedikit air biasa supaya panasnya tidak melecurkan kulit.
5.Guna airnya untuk mencebok atau menggunakan kapas untuk mencuci alat
  peribadi wanita.
6.Boleh diamalkan pada setiap pagi, petang dan malam.
Akar Herbanika
Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama
ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguatkan dan menyegarkan anggota badan,
juga digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita untuk mengurangkan air
berlebihan dalam badan dengan melawaskan pembuangan air kecil,
membantu mengurangkan berat badan, keletihan dan sakit-sakit sendi.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.

Khasiat Akar Herbanika
- Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi,
  memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
- Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
- Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.

Cara Guna Akar Herbanika

1.Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar
  pati teh herba.
2.Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga.
3.Minum suam panas 3 – 4 cawan sehari.
4.Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
5.Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket
  uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air.
  Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
6.Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket
  uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air.
Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
7.Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.


Read more ...

Sedangkan lidah lagi tergigit


Hanya sabar dan ketabahan perlu ada dalam diri.



Read more ...

HB rendah, berat turun

Dah masuk usia kandungan 31 minggu ni...
Pergi check up Rabu lepas. Punyelah ramai giler orang.. Al maklumlah.. Selasa dan Khamis cuti pulak bagi negeri Pahang. Lepas tu ramai yang tumpang check up kat kkia tu...

Sekali check up aritu berat turun sekilo!!! Tak terjangka lansung berat akan turun.. biasanya akan mencanak naik!!! Saya pun terkejut giler2...Padahalnya makan macam biasa. Dahla pagi tu dah siap sarapan tau nasi goreng! Selalunya tak pernah makan pagi kalo nak g check up tu.

Pastu check hb pulak. amik kat hujung jari. Amnik nak.... 9.5 jer hb... Pastu kena amik darah kat lengan tuk buat kajian darah. Aduhai... macam2 problem pulak...

Dah siap check hb kena jumpa nurse pulak cek perut.
Baby pulak dok menyerong... padanla sakit tulang rusuk kiri ni ha... oh baby....aktifnya kamu sayang....

Sekian sahaja cerita yang kurang enak didengar... disebabkan hb rendah dan berat turun tu kena hantar sample najis dan air kencing ke makmal.... Sepatutnya hari ini tapi saya tak pergi pun...


Read more ...

Segmen Cash by Inani Hazwani


KLIK BANNER KALAU NAK JOIN JUGAK YER

Hadiah : RM 20 X 10 Pemenang

Mula : 04 MEI 2015 / TAMAT : 30 MEI 2015


Syarat - Syarat Wajib :

1) Buat satu entri khas segmen ni.
2) Follow blog & Add Google + :
3) Follow Instagram : * Kalau tiada instagram pun boleh join *
4) Masukkan dalam bloglist  blog :
5) Like page :

Read more ...

Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur





{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog  : 


3. Like Fanpage :


4. Follow instagram  :
@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...