5 barang nak beli di Rakuten

Website rakuten.com.my sudah tidak asing lagi di kalangan pembeli online. Ada pelbagai kategori di rakuten yang boleh anda pilih. Apa yang bestnya setiap kali pembelian anda akan mendapat point yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya.
Tapi point tu untuk member jer tau. So, daftar jerla. Kalau tak jadi member pun boley jer nak membeli tapi rugila..banyak keistimewaan yang tak dapatla.


Apa lagi yang best???

Untuk kaki bisnes macam saya ni, nak bukak bisnes kat rakuten pun boley. Untuk info lanjut jom tengok video di bawah. 



Kat bawah ni antara item yang saya nak beli sangat kat rakuten. Untuk info selanjutnya boleh klik pada gambar yer.

1. TV Samsung.
Rumah saya takde tv sekarang. Sebab tu la nak sangat beli. Sedang kumpul harta ni nak membeli. Nak memenuhkan aset di rumah.


2. Sofa mudah alih
Tengok macam best jer. Nak landing depan tv sambil menyusukan baby nanti. hehe



3. Kabinet cantik
Tengok colorful. Siyes cantek giler. Kalau tengok pada info, boleh susun ikut suka yang kita nak. Nak letak baju2 baby. Takpun letak di ruang tamu.


4. Fisher price
Yang ni untuk baby saya nanti. Bagi dia duduk diam2 dalam tu. Main benda yang gayut2 tu. Harap2 dia ralit main.


5. Bantal menyusu
Ha!!! Yang ni memang saya nak sangat2.. kalaulah ada yang nak bagi as a gift alhamdulillah sangat. Nak guna untuk menyusukan baby nanti supaya baby selesa nanti. Lagipun bantal ni besar. Untuk baby baring pun boleh.


Ni jerla yang saya teringin. Kalau diikutkan hati memang macam2 nak tapi syarat 5 item jer. Hehe...

Terima kasih rakuten sebab jemput saya untuk join peraduan ni.

Anda boleh mendapat produk-produk tersenarai di Rakuten Malaysia Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten. Anjuran ShopCoupons. Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia.
Read more ...

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 16 April 2015 hingga 11.59 malam 30 April 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 425.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.
Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
DJH | JULIA | KAKITRAVEL | AZREEN | ANA | SOLEHAH | SALINA | SITI | MASZULL | AZNEY | JAJA | SAYIDAH | QEELA | HIDAYU | PAPAGLAMZ | ENY | FARHANA | ADDA | 
2. Wajib Like Fanpage Sponsor
3. Follow  Instagram Sponsor
DJH | SALINA | NURUL | MASZULL | JAJA | 
SAYIDAH | QEELA | FARHANA | ADDA |
4. Tambah Google Plus Sponsor 
+julia jamaludin  +Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :



Kredit Untuk +Mia Liana 


7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

 Sekian Terima Kasih.


Read more ...

Suka taman cantik ni

Semalam cerita pasal kebun sayur.. arini nak cerita pasal taman bunga pulak. Kat rumah saya ni ada kolam ikan. Abah buat kat bawah pondok. Ada buaian kat situ. Tempat menenangkan jiwa...hehe... Tepi jalan jer... Tengok orang lalu lalang.
Cantik kan.. tengok bunga kembang sepuluh tu. Ada pelbagai warna.










Read more ...

Kebun sayur rumah bonda

Suka balik rumah parent sebab taman menghijau dengan sayuran dan bunga. Ma dan abah saya sangat rajin orangnya. Meh layan gambar2 taman sayuran di rumah bonda. Dahlah subur menghijau... memang sejuk jer mata memandang. Ada deretan sawi... ada pagola...abah buat daripada lebihan batang paip jer.








Read more ...

DIY Barut dan bedung baby sulung

Pada mulanya niat di hati nak beli jer dan tempah kat orang.
Pastu entahlah macam mana terdetik nak beli kain flannel sendiri untuk buat bedung dan barut.
Beli 4 meter kain flannel plain dan 2 meter kain flannel yang bercorak (lain2 corak)

Harga RM6.50/Meter untuk yang putih dan RM7.00/Meter untuk yang bercorak. Beli kat kedai kain kat Pekan jer... kedai india... Malas nak g bandar Kuantan.

Saya siap beli tali untuk barut tu sekali. Segulung baru RM2

sori takdan nak snap gambar kain2 yang dibeli tu.

Ada satu jer gambar masa tengah gunting. Itu adik ipar saya. Bukan saya.


Ni barut lebihan daripada buat bedung.

Tak ingat dapat berapa helai kesemuanya. Sekarang ni saya hantar upah jahit tepi dan jahit tali. Bukan taknak buat sendiri tapinya mesin jahit kat rumah tu tak berapa nak okey. Nanti tension pulak...chewah..alasan...
Nanti saya dah ambil, saya update semula yer.

Read more ...

Tempah sirih junjung



Member ofis merangkap jiran sekampung percayakan saya untuk menggubah sirih junjung untuk perkahwinan daia Mac lepas. Katanya sirih junjung yang saya buat masa kahwin dengan tunang saya aritu cantik jer. Hehehe... Kembang bontot...

So, saya dengan penuh keyakinan berbekalkan kepercayaan yang diberikan mmebuat gubahan tersebut dengan sehabis baik. Buat pada malam tu tapi tak berapa nak menjadi sebabnya daun sirih yang saya kutip tu besar2 sangat. So, kena tunggu esoknya mean hari majlis. Berdebor giler takut tak siap...huhu
Pagi soknya kutip daun sirih pelbagai saiz dan memulakan misi untuk menyiapkan gubahan tersebut. Alhamdulillah inilah hasilnya. Bunga fresh tu dah dibekalkan. Cuma bagi saya tak berapa nak cukup sangat bunganya... Takpelah..guna jer apa yang ada kan...





Cantik x? Skill menggulung daun kena belajar lagi. Minggu depan tu pulak saya buat untuk adik saya nak bertunang pulak...
Berseni jugak tangan saya ni kan...

Read more ...

Kek Pelangi Karamel


Saya tempah dengan staf kat hospital ni. RM25 sahaja. Murah kan..
Rasa pun sedap...Besarlah jugak tau.



Read more ...

GIVEAWAY DIANARASHID DOT COM DAN KAWAN -KAWAN NYA


Nak join klik banner kat atas yer

SENARAI HADIAH :

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang
kufi saiz A4 x 2 pemenang
Tudung x 2 pemenang 
1 BB cream Seqy Beauty Natural Tone 
dan 1 Cleanser Seqy Beauty X 1 Pemenang
Produk shaklee x 1 pemenang
Hijab pins by mommylin x 1 pemenang

Read more ...

Contest Buy AVON Online


5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah.
Hadiah AVON bernilai RM50
Hadiah AVON bernilai RM40
Hadiah AVON bernilai RM30
Hadiah AVON bernilai RM20
Hadiah AVON bernilai RM10

Pemilihan adalah secara RANDOM!! Dengan syarat korang follow semua 3 syarat yang diberikan!! Ok??

Simple Contest For Great Gift =)

GiveAway tamat pada 30 April 2015

Read more ...

Baby songsang

Seminggu saya terasa sakit kat bahagian rusuk kiri. Bahagian bawah breast... Tersangatlah sakit.Oh rupanya kepala baby di situ menekan tulang rusuk. Sakit yang teramat.

Saya jumpa bidan kampung. Dialah yang cakap baby songsang. Kepala kat situ. Nak gerak pun sakit. Nak jalan pun sakit. Kena baring jer. Pastu bidan tu pusing kan kepala biar ke bawah macam normal.

Still sakit tapi tahan sikitla...

Oh anak mama.... janganlah pusing sangat... kesian kat mama... huhu..
Sakit sangat2...
Read more ...

Honeymoon Sambil Shopping Barang Baby

Rezeki masing2 tak sama.
Lepas kahwin aritu saya dan incik suami tak dan nak honeymoon disebabkan hal tertentu. Lepas2 pada kahwin tu banyak pulak rezeki kami pergi sana sini.
Yang terbaru ni time dah pregnant 6 bulan, kami berkesempatan ke Kuala Lumpur. Sebenanrnya ada kenduri kahwin member incik suami. Orang kampung kami jugak cuma kenduri belah perempuan kat Sungai Besi. Alhamdulillah... rezeki kami myvi incik suami dah siap repair dan incik suami dapat bonos hujung bulan 3 tu. Memang rezeki baby kan... Kebetulan pulak masa tu ada ekspo baby kat Mid Valley. Dan memang kami tengah cari barang baby pun. Satu habuk pun tak beli lagi sebelum tu. Bersyukur sangat pada Allah yang memberi rezeki buat kami.

Masa kat kenduri. Lapar sangat dah masa ni. Dekat kul2 lebey baru nak makan.huhu

Inilah pengantinnya. Tahniah buat Atan & Azilah

Kami bertolak dari Chini petang Jumaat tu ke KLIA sebab hantar budak/pekerja incik suami nak balik kampung kat Nepal. So, alang2 semua kebetulanla kan. Lepas hantar budak tu ke KLIA 2 terus gerak ke KL. Ada member dia yang sedang tunggu kat Taman Keramat. Untuk pengetahuan, kami memang tak pakai GPS lansung pun sebab macam mengarut jer. Waze pun tak install. So, kira men redah jerla ikot signboard and pengetahuan yang ada serta pengalaman yang sedikit ni. Malam Jumaat tu tidur kat hotel di Cheras sebab dekat sikit nak pergi kenduri member dia soknya. Check in hotel pun dah pukul 4pagi masa tu. Huhu.. penat usah terkira la. 

Esoknya sehari suntuk memang untuk kenduri jerla. Dari tenghari sampai ke malam. Siap ikot pengantin pergi outdoor photoshoot. Siap mandi dan makan malam kat rumah pengantin perempuan lagi. Hihi...Pastu gerak ke Mid Valley nak usha ekspo baby tu. Malangnya ekpso dah tutup. Takpe... dah tahu tempat..esoknya saya pergi dengan incik suami berdua jer. Malam tu tidur kat hotel di Batu Caves. Siap kena caj RM10 sebab check out lebih pukul 12pm! Memang tak puas hati lansung dengan servis hotel ni.

Esoknya kami redah jer cari Mid Valley tu. Mujurlah dapat jugak. Yang malangnya kami parking kat The Gardens bukan kat Mid Valley. Hehe... takpelah janji lepas jugak nak g Mid Valley kan. Senang sikit nak parking cuma jalan agak jauh sikitla.


Masa kat ekspo baby tu saya cuma beli comfy set sahaja dan rompers. Tu pun incik suami yang semangat suruh. Kalo ikut saya macam teragak2 jugakla nak beli. hehe.. perempuan kan...Saya beli tilam dan bantal (newborn) 

Tempat pampers paling mendapat sambutan hangat. Murah giler kot... Tapi kami tak rajinla nak beratur sebab nak balik Pahang dah petang tu. Ahad kan... Kejar masa.

Ni antara koleksi baju yang saya shopping kat Kuantan Parade yer. Bukan kat KL... Bila tengok baju budak jadi geram giler.. semua comel2... Beli yang unisex sebab tak tahu baby ni lelaki ke perempuan.

Ni pencuci pakaian baby. Beli kat Pekan jer.

NI pulak antara koleksi stokin dan sarung tangan baby yanh dah beli. Bakal ditambah sikit2...hehe

Lain2 persiapan. Saya dah beli pampers newborn (kecik sekali jer) pastu barang2 mandian dan bedak2... Kelambu, tilam dan lain2 pun ada jugak. Cuma tak snap gambar jer. Tinggal lagi 20% saya nak completekan semua barangan ibu dan baby. Bulan ni pulak... huhu... 

Oh baby... sayang kamu ketat2...


Read more ...

Cincin Silver 925

Dulu tak becara sangat hal cincin ni. Pastunya sejak dua menjak ni tengok koleksi cincin sangat2lah cantik designnya.. Pastu teruslah teruja untuk mengetahui lebih lanjut pasal cincin ni dan saya jugak membuka jualan kepada sesiapa yang berkenan untuk membelinya. Hehe...

Saya cuma buat dropship tapi jangan risau sebab supplier saya tu memang trusted dan cincin yang dia jual dijamin BERKUALITI TINGGI. 

Cincin yang sesuai untuk perkahwinan, pertunangan mahupun hadiah ulangtahun perkahwinan.
Boleh tempah mengikut saiz dan request warna permata.
Murah pun murah tau...

Range harga dari RM130 - RM280 untuk design ready made.
Nak beli untuk laki saja pun boleh, perempuan saja pun boleh... nak blei untuk sepasang lagilah jimat!!

Untuk lebih design nak usha jom usha page -----> Cincin Silver 925 Original








NAK TEMPAH ATAU SEBARANG PERTANYAAN??

WASAP ME : 0129398584


Read more ...

Nak join contest/giveaway

Salam semua.

Saya tengah ada mood nak join mana2 contest mahupun giveaway ni. Al maklumlah nak menulis blog ni mmenaglah banyak idea tapi tahap kerajinan nak bercerita tu jadi kurang sebabnya gambar daripada henfon saya tak boleh nak transfer ke pc ofis ni. Leceh nak transfer dari laptop ke pendrive pastu baru ke pc... Banyak ngat kejenya..huhu

So, sesape yang nak tag GA tu silakan tag saya yer...

Thanks u olls.....
Read more ...

Pilihan Set Berpantang??

Bila dah beranak nanti kena fikirkan set apa yang nak pakai. Buat masa ni saya memang jatuh hati sangat dengan set tanamera. Ala2 spa gitu... Produk dalam tu pun ada yang boleh digunakan sebelum bersalin lagi.
Aishh.. banyak sangat set berpantang sekarang. Sampai tak tahu dah nak yang mana.

Cuma sekarang saya prefer yang tidak menggunakan pil atau jamu sebab saya ni jenis liat nak makan. Takot ubat katakan.hehe...
Set tanamera ni banyak yang luaran jer. Kalau tak silap ada teh herba jer untuk diminum...


Nampak ekslusif jer kan...

Saya dalam week 26++ Pening jugak nak pilih apa. Dahla semua harga ratus2...uishhh... agak mahal di kala GST melanda sekarang.

Korang guna apa yer?


Read more ...

Pregnant : Rasa gerakan baby dah

Masa g check up 5 bulan tu, misi selalu tanya dah rasa baby gerak ke belum.
Tapi masa tu memang lansung takde rasa gerakan baby. Kuis pun xde tau.

Pastu masa 5 bulan lebey nak dekat masuk 6 bulan tu saya mula rasa macam geli2 kat belah kiri perut. Tapi tak rasa pun tendangan baby lagi. Macam getaran rasa gerakan baby tu. Biasanya petang nak ke malam baru baby nak bagi getaran.

Bila masuk jer 6 bulan saya dah mula rasakan tendangan baby ni. Kuat tau.. bergoncang perut. Cuma baby saya ni suka duduk belah kiri jer. Sampai senak dibuatnya... Bila g check up misi kata memang pun baby ni duk sebelah jer. Belah kanan kosong jer... Pastu misi nak dengar denyutan jantung punyalah payah. Al maklumlah..perut ibunya besar, saiz baby pulak masih kecil... boleh gerak ke sana sini. Tak nak duduk diam2... Aktif kata misi tu.

Tak kisahlah baby... janji anak ibu sihat2 je dalam tu. Bila dah rasa baby tendang tu...ibaratnya amazing moment tau!!! Sweet giler.... Bukan semua orang akan merasai pengalaman macam ni. Alhamdulillah... saya diberi peluang untuk merasakannya. 

Baby sayang... apalah jantina kamu yer...Macammanalah rupa kamu yer... iras siapalah agaknya.... Tak sabar nak main dengan kamu sayang...
Read more ...

Come back!!! Blog dah pulih

Happy tak terkata bila bukak blog tengok dah boleh bukak macma biasa..
Ini gara2 domain yang dah expired. Tak dan nak renew masa tu. Komitmen terlampau banyak...huhu
Ingat lagi post ni ---- > Domain expired

kesian kat saya kan..
Banyak sangat pos yang tergendala especially berkaitan dengan pregnancy.
For all information, my pregnancy dah masuk 6 bulan lebey...hehe       
Amazing moments.... dah rasa baby gerak2... aktif benor menendangnya.. 
Pasni nak aktif semula menulis post...
  

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...