5 BARANG NAK BELI DI LAZADA

Siapa yang tak tahu pasal LAZADA kn? Konpem semua tahu... budak kecik pun tahu ikla n diorang ni. Dari sekecik2 benda sehinggala sebesar2 benda memang ada jual di lazada ni. Harga pulak sangatlah berbaloi. Servis pun tio top! Setakat yang saya pernah belila :)

Apa yang best pasal Lazada ni?

1. Free delivery kalau beli barang lebih dari RM75
2. Boleh COD jer tapi khas untuk Klang Valley jer yer.
3. Servis memang terbaikla... cepat je respon apa2 kes.
4. Barang yang dijual di Lazada boleh dipercayai. Takdela kes barang yang dipamerkan lain dengan yang dapat nanti.

Di bawah ni senarai barangan yang saya teringin nak beli di Lazada. Harap ada kesempatan dan rezeki anak. Disebabkan saya ni mom to be, jadi sudah semestinya saya nak beli barang untuk baby saya ni. Ada jugak untuk saya...hehe.. bantal mengandung jer satu.

Disebabkan saya ni isteri yang berkerjaya, jadi saya amatlah memerlukan  car seat ni untuk bawak baby saya nanti. Harga sangatlah berpatutan. Ada 2 pilihan warna brand ni tapi saya pilih yang kaler sweet2 camni. Cantik kan.



Yang ni pulak nak letak pakaian baby. Khas untuk dia jer...hehe... tengok! kaler hijau jugak kan...



Set untuk newborn..puting dan botol susu. Siap ada pembersih botol jugak.



Yang ni khas buat ibu mengandung. Bantal untuk keselesaaan saya. Nak beli mahal. Kalau dapat voucher tu takdelah mahal sangat dah rasa nak topap lagi.



Yang ni pulak kegunaan kalau travel. senang nak bawak sebab leh jadikan amcam beg. Fungsinya untuk letak baby...selimutkan baby. Kira macam protective jugakla sebab macam ada pagar bila kita bukak tu nanti.



Saya tulis entri ini sebab ada contest ni----- > BLOGGER CONTEST

TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2015

You can check out the products at Lazada This post is an entry for the ShopCoupons Blogger contest. Being hosted by ShopCoupons. Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia.
Read more ...

Suamiku Encik Perfect 10 Full Movie

Jom layan movie ni...
Kat youtube jer...


Read more ...

Untuk yang dekat bolehlah usha


Pureen Stock Clearance Promotion (March 2015)
Source : Pureen

Read more ...

Baby - Murah Set Tilam berkelambu

Dah masuk 5 bulan. Alhamdulillah....
Dah mula kena cari barang baby juga mak baby :) hehe

Baju baby senang nak cari...tu takpe..biarkan jer dulu...lagipun kt mall banyak...hehe

Tengah usha tilam baby...nk cari yang siap kelambu tu..berzip...

Dapat bayang tak macamne rupanya? 




Yang ni set tilam berkelambu dengan sleeping bag.


ni set tilam kelambu jer...

FB : https://www.facebook.com/elzababy?fref=ts

Setakat ni saya usha dua tempat ni je yang agak murah berbanding tempat lain.

Harga : RM35 jer...




Read more ...

Kisah baucer Swiss Garden percuma

Minggu lepas dapat call daripada Hotel Swiss Garden pasal offer voucher free 3D2N stay kat mana2 hotel Swiss ni. Tapi dengan syarat kena dengar dulu preview kad ahli diorangla lebih kurang dalam sejam gitu. Sebenarnya sebelum ni dah pernah dapat offer ni cuma tak pergi sebab takut scam jer. 
Pastu ada ofismate yang dah pergi dengar preview dan confirm dapat free tu. So, saya pun percayalah untuk kali ni.
Saya buat appointment dengan diorang ni (yang call saya masa tu namanya Hajar) pukul 2pm ari Jumaat. Pergi dengan incik hubby...
Tapi masa tu sampai sana dah lewat. Terus call Hajar kata dah sampai. Nanti orang swiss akan jemput kat lobi untuk di bawa ke bilik preview. Siap jemput tu...hihi

Kami di bawa ke tingkat Ground kalau tak silapla. Masuk dalam bilik yang diubahsuai jadi ofis diorang ni. Isi borang sikit2 pastu tibalah masa untuk dengar preview. Siap buat air teh lagi untuk kitorang ni. Yang bagi preview kat saya masa tu ialah kak sofiya. Ramah sangat orangnya.

Dekat sejam lebih jugakla dengar preview tu. Sambil2 borak hal peribadi.
Maaflah kak... saya tak berminat dengan membership swiss ni. Bukan apa...komitmen banyak tiap bulan. Lagipun deposit saja 2k!!! Oh yer..kena bagi nama kawan2 untuk diorang contact pulak nanti. Recommend....

Membership untuk 30 tahun = RM22k
Bayar in house installment.
Boleh disewakan, dijual atau ditransfer kad tu untuk sape2 nak guna.
Cukai tahunan = RM350
Boley menginap mana2 rangkaian hotel swiss dengan harga yang fixed price... berbaloi sebenanrnya tap maafla...

Terima kasihla kak. Berbaloi tapi saya tak mampu...
MUjur akak tu bkn jenis yang suka desak2 ni.

Apapun hepi dapat voucher free tu. Tinggal nak cari tarikh jerla...
Voucher hanya boleh digunakan selepas 2 minggu daripada tarikh kita g tu...
Read more ...

Kaki Cramp Masa Mengandung

Sejak 2 menjak ni sering angat terjadi cramp kaki.
Aduhhhh...memang sakit giler... menangis rasa cuma tak keluar air mata jer.
Urut2 kaki jer... Pahtu mengerang kesakitan...

Rupanya sebab kurang kalsium. Memang pun... saya ni jenis tak minum susu. Boleh kira bape kali jer minum susu anmum tu dalam tempoh mengandung ni. Saya tak suka dan tak boleh g dengan bau susu tepung tu.

So, saya kena cari alternatif lain untuk sumber kalsium ni.
Cari punya cari berikut adalah senarai makanan yang megandungi sumber kalsium yang tinggi selain susu.

1. Keju
2. Kacang almond
3. Brokoli dan bayam
4. Oatmeal
5. Sardin
6. Yogurt
7. Ikan salmon
8. Kacang putih
9. Buah-buahan kering


Read more ...

Lidah pun tergigit...

Kita hidup dalam dunia ni memang takkan lepas dari ujian dan dugaan.
So, nak taknak kena hadapi..
barulah mematangkan pemikiran.

Dugaan berumah tangga.. Tipu la kan kalo tak pernah bergaduh..huhu
Dalam nak mengenal hati budi pasangan masing2...tapi bila syaitan datang merasuk jadi tak tentu arah.
Cuma kesabaran jer perlu ditanamkan dalam diri. Fikir baik dan buruk gaduh...

Time preggy ni lagilah bertambah emosi. Terlalu sensitif... pantang ada yang mengguris hati.
Tercalar...

Adatlah hidup berumah tangga ni... hehe...
Tolak ansur tu penting kan... Masa bercinta manis..indah... tergapai di awangan...
bila dah duduk sebumbung barulah kenal hati budi masing...

Read more ...

Pengalaman Minum Air Gula Masa Mengandung

Dek berat yang naik sampai 2.8 kg baru ni, akhirnya....
rasalah minum air gula yang best tu...Malam tu jam 12 tghmalam dah kena puasa sehingga selesai semuanya.

Seawal jam 8pg saya dah terpacak tunggu turn nk check dsb.
Macam biasalah... kena kencing dulu pastu amik darah...
Sakitlah jugak kena cucuk tu.
Pastu bermulalah episod yang tak semua orang merasainya.

Meh minum air gula. hehe... kena minum kat bilik penyusuan ibu. Masa tu ada 4 orang yang seangkatan dengan saya yang turut sama merasai pengalaman minum air gula tu.

Tapi kan takde pun nurse yang pantau... Huhu..kalolah tidak, saya dah buang separuh dalam sinki..hihi.. Nak tahu banyak mana kena minum?

sumber : google

Lebih kurang macam ni la gelas tu.. yang biasa tu. Tak snap gambar masa tu sebab hp pada encik asben. Dia kat luar jer... Saya minum berterusan.. seklai jer berhenti jap amik nafas. Pahtu rasa nak muntah balik sebab manis gilerla...uishhh...Mujur tak keluar smula jer. Alhamdulillah selesai sesi..tunggu 2 jam pulak nak amik darah sekali lagi untuk result. Masa tu lapar toksah katala... dengan peningnya.. mujurlah ada encik asben yang memahami dan rajin melayan kerenah bini yang macam2 ni. luv u la abg...

Tu jerla kisah minum air gula.. bersyukur dapat mengharungi minum air gula walaupun dalam keadaan ntahla nak cakap apa. So, kena dietla pasni.

Okeyla... minum air gula itu tak best tau..
So, diet n diet...

Kenapa kena minum air gula? sebab berat naik banyak sangat..so nk detect ada kencing manis ke tak..risiko anak besar kalo ada kencing manis ni...

macam cerita takde kesudahan..hehe...



Read more ...

Kena minum air gula

Ingat lagi tak entri saya sebelum ni

Pasal berat saya dah naik 2kg?

Akhirnya....

Semalam check up.nurse pun terkejut naik banyak sangat. teru srefer doktor... Apa lagi..kena minum air gula la....takut ada kencing manis...huhu
Jumaat ni akan tiba masanya...
Mulai sekarang dah kena kawal makan dan minum...
Harap2 test nanti ok jer...

Nak buat macam mana.. ngah selera selepas simptom tak lalu makan tu dah berakhir...

Nanti saya cerita pengalaman minum air gula tu yer..
Read more ...

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my



Nile.com.my adalah merupakan online shopping Malaysia yang menjual baju muslimah , Kasut , Beg , Barang-barang Gym , Buku , Barang Dapur , dan banyak lagi.. 

Seperti tahun-tahun yang lepas, pasti akan ada Giveaway yang dilancarkan sempena bererapa Perayaan di Malaysia, dan kali ini Nile.com.my akan melancarkan GiveAway semasa Tahun Baru China iaitu pada 19 Februari 2015 .

Di bawah ini adalah hadiah hadiah bagi giveaway ini :

5 x Pemenang Bertuah yang akan mendapat 
RM 150 
barangan dengan PERCUMA

Macam mana nak join giveaway ni ? Senang je ! Korang buat post di blog dengan mengikut 4 step di bawah ini :

1.     Tajuk Entry : Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

2.     Letak banner macam kat atas tu bersertakan backlink untuk banner tersebut .


L  Letakkan produk-produk yang korang nak daripada Nile.com.my bersama dengan link produk tersebut .

Contohnya :
Saya mahukan barangan di bawah ini dengan harga kurang daripada RM150, jadi saya letakkan kesemua gambar beserta link untuk rujukan semua . 

Kat bawah ni saya sertakan barang yang saya nak... Kesemuanya pakaian..hehe..
biasalah kan... perempuan....harap2 ada rezeki menanti :)







TOTAL KESEMUANYA :

RM 25.40 + RM 31.90 + RM 30.90 + RM 28.60 + RM31.90 = RM 148.70

BESTNYA KALAU DAPAT SEMUA NI NANTI :)

Dah siap belaka, emailkan terus kepada give_away@nile.com.my beserta butuiran berikut :
CNY Giveaway 2015 (dan nama penuh)
Link blog :
Nama Penuh :
No. Telefon :


TARIKH TUTUP : 15/02/2015 , 11.59 pm







Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...