Berat dah naik 2kg!


Sejak selera makan ni, semua makanan terasa nak makan.
Tapi takdelah melantak giler2.
Macam nak merasa jer sikit2.

Sekarang di trimester kedua dah... 4 bulan dah... :)
Dah naik 2 kg sekarang.. dah bambam.. huhu

Ramai dah tegur tapi wat dek jela.. Tak kisah sebab ada isi...

5 months to go....
Semoga baby ni sihat2 jer...

Read more ...

Perkembangan bila masuk 4 bulan :)

Alhamdulillah...
Dah nak masuk 16 minggu.. lagi 3 hari je lagi...hehe...
Okeyla....
Nak cerita sikitla 

Sejak mengandung ni saya memang takde alahan macam loya dan muntah. Cuma pening sikit2 jer la... tapi still larat nak buat kerja. 
Penat pun dah berkurang tak macam mula2 dulu. Dah serasi kot. hehe

Selera makan pun dah kembali pulih. Tapi kena jagalah kan. Takot bambam sangat pulak nanti.

Tidur pulak lena jer. Pantang letak kepala kat bantal metsi mudah sangat nak terlelap.

Tak sabar nak buat 4D scan nanti... minggu 26 ke atas....

Sedikit info pasal pemakanan sihat trimester kedua ni.

Dalam trimester kedua (14 minggu hingga 27 minggu) kalsium, vitamin D dan magnesium adalah sangat penting. Diet sihat dan pelbagai boleh membekalkan anda dengan nutrien-nutrien ini. Klik seterus untuk melihat makanan-makanan yang kaya dengan kalsium dan magnesium yang sesuai dicuba.


Info : babycenter


Read more ...

Cinta Ibadah yang banyak episod



Sedang layan cerita Cinta Ibadah ni. Kat online jer...Baru episod 85... sekarang ni dah episod 95++ dah...
Mujurlah ceritanya pendek2 jer. Setengah jam jer.
Takdelah lama sangat nk kejar yang terkini punya episod.

Ceritanya macam mengarut tapi best je layan..hehe..
Lagipun lagu tema cerita tu bestla...

Cinta & Ibadah nyanyian Melly Goeslow.

Korang tengok x?

Kat Astro Prima setiap Hari Isnin-Jumaat jam 5.00 petang

Sekian nukilan pendek entri saya hari ini.


Read more ...

Bila terkenang memori itu


Pelamin : Butik Sentuhanku Untukmu (Pekan)
Photographer : Bard Stylo (Chini)

Nikah : 05/09/2014
Majlis Rumah saya : 06/09 /2014
Majlis bertandang : 07/09/2014

Kesimpulan :

2014 memberi makna yang besar dalam hidup saya.
Pelbagai kisah tercipta menjaid kenangan terindah dalam hidup.
Saya juga disahkan mengandung sebulan selepas kahwin :)
InsyaAllah baby lahir bulan Julai nanti.
Tak sabar menjadi seorang ibu.


Pejam celik pejam celik dekat 4 bulan menjadi seorang isteri. Bercinta 3 tahun menyulam suka duka bersama dan akhirnya jodoh menyebelahi kami. Perhubungan direstui kedua belah pihak. Alhamdulillah berlansung dengan jayanya. Memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri tidaklah semudah yang disangka. Besar tanggungjawab tu.
Tak percaya tanyalah orang yang dah kahwin. Tambah2 yang berkerjaya..hehe 



Read more ...

Testimonial : Ephyra Skin Bar berkesan untuk kulit saya


Ephyra Skin Bar ni adalah satu lagi produk keluaran Oceanlife Marketing selepas kejayaan Ephyra Premium di pasaran. Ia berfungsi dengan sangat pantas hanya dalam masa satu malam, korang boleh mula dapat lihat kulit jadi lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya terserlah jika penggunaan berterusan dan konsisten.

Ephyra Skin Bar mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.
Kulit yang kusam, menggerutu dan kulit kendur akan lebih licin, segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari sahaja selepas menggunakan Ephyra Skin Bar.
Ephyra Skinbar adalah rahsia kecantikan semulajadi.




Kotak ephyra skin bar

inilah sabunnya... saya potong dua sebab nak agih 2 rumah... hehe
Sabun ni serius baunya wangi dan bila kita pakai terasa sangat bersih kulit kita tu.
Kaler biru jernih...

Rasa macam sel kulit mati tu tertanggal orang kata..hehe...


Ephyra Skin Bar boleh :

- Menggebukan dan mencerahkan kulit
- Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
- Menghilangkan parut dan kedutan
- Membantu menghilangkan bintik-bintik hitam
- Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah

Review penggunaan ephyra skin bar :


Gambar2 di bawah diambil pada 17hb Disember 2014.

Kulit saya memang ada masaha jerawat yang kerap. Biasanya sebelah pipi jer yang teruk, belah kiri ni ha. Saya pun kurang patsi mengapa. Kebetulan ada satu jerawat besar sedang enak tumbuh di muka masa ni.


17 Dis 2014

Ni pipi yang sebelah kanan. Takdelah teruk sangat macam sebelah lagi tu. Tapi still ada bintik-bintik hitam dan jerawat yang kecil. Kulit saya bukanlah jenis yang halus mulus tu. Saya pernag mnegalami masalah kulit muka yang serius masa zaman belajar dulu. Akibat penggunaan produk yang salah dan tidak sesuai dengan kulit muka saya.



12 Jan 2012

Review jujur dari saya :

Walaupun perubahan tu macam lambat tapi saya sangat berpuas hati dengan produk ni sebab hasil memuaskan hati saya. 

1. Kulit macam sihat jer. Terasa tiada daki...lepas cuci dengan sabun ni.
2. Melembutkan kulit... 
3. Lagi satu rasa macam memutihkan kulit juga...ke saya yang perasan sendiri ni..hehe
4. Bintik-bintik hitam dah kurang tau..
5. Parut jerawat jugak menjadi semakin pudar. 
6. Tona kulit saya pun dah nampak agak sekata berbanding sebelum ini.

Tapi saya yakin dengan ephyra skin bar ni. Dan saya pasti akan menggunakannya selepas ni.

Kalau korang rasa nak rasa keajaiban jugak, meh try beli.

Segala info boleh didapati

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.


Read more ...

Asam pedas untuk dia

Hehe...

Bukan masak2 yer..
ini adalah cerita yang tengah main sekarang.


Sinopsis :

Mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian.Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan.

Baru nak layan episod 1 ni...

Asam pedas? saya tak suka sangat...hehe
Read more ...

Minggu yang tak best

Minggu yang membosankan.
minggu oncall aka standby tapi saya kena balik rumah sewa kat Pekan dan tinggal sorang2..huhu

Sepertimana yang diketahui, Pekan dan Kuantan terkena tempias banjir. Jalan dari rumah saya, Chini - Pekan memang tak boleh lalu.
Laluan lain melalui Chini - Kuantan -Pekan yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah tapi tak lepas jugak lalu sebab ada jalan yang dinaiki air dan arus deras!

Last alternatif adalah melalui Chini - Leban Chondong - Pekan yang mengambil masa 2 jam untuk sampai ke destinasi.

Bertapalah saya di rumah sewa saya ni bertemankan bantal peluk... 
Kat rumah ni tv takde. Saya cuma online jerla....

Sejak semalam hujan tak berhenti turun sehingga sekarang. Air pun semakin naik!
Harap2 selamatlah saya di sini... Risau jugak jadi mangsa banjir. Kereta ku yang comel tu...Ke mana nak bawak lari...

Al maklumlah Pekan Bandar Diraja ni last sekali air akan mengalir...HIlir katakan...
Dahla keliling sungai Pahang... Risau weh!!!!

Selepas seminggu tak menjejak kaki ke Pekan baru ni, saya tengok keadaan Pekan agak teruk jugak dinaiki air di bandar dan jalan-jalan tertentu. Tak sangka plak saya sampai macam tu. Gambar ada ambil tapi mood sedang malas nak transfer. Lagipun kesejukan ni...Berselimut jer...

2 hari jerla merasa panas matahari lepas tu dah hujan semula.



Read more ...

Entri Pertama Tahun 2015

Dek banjir yang melanda pantai timur baru2 ini, saya turut merasa tempiasnya. 
Minggu lepas saya tak lepas pergi kerja lansung sebab jalan untuk ke Pekan semua tak boleh dilalui oleh kenderaan ringan. Ada last choice tapi agak jauhla sikit.
Dahla seminggu tak g kerja pastu saya oncall plak minggu depannya. Memang syok sangatla... Kat bandar Pekan air bertahan jer. Walaupun tak hujan dah namun air tak surut jugak.

Dugaan untuk mangsa banjir. Sabar dan berdoalah selalu.
Rumah saya di kawasan agak tinggi. Kalau kat sini banjir jugak saya rasa satu Pahang ni boleh tenggelam.

Tahun 2015... Menunggu kehadiran orang baru. Insya Allah...bulan 7 nanti. Bertukar status jadi ibu dah nanti. 
Apa yang diharapkan semoga 2015 ni lebih membawa kebahagiaan buat saya sekeluarga dalam apa jua. Moga kewangan kami akan lebih kukuh dan dapat setel hutang yang ada secepatnya....Saya juga berharap akan menjadi seorang muslimah yang solehah. Insya Allah...Nak jadi lebih rajin dalam semua perkara. Nak buang segala yang keruh. Nak buang sikap2 yang mazmumah tu...

Korang punya azam macammana?


Read more ...

Rezeki untuk anak buah

Ni ana buah yang banyak celoteh.. Nisa namanya... umur dah 5 tahun..eh salah.. 6 tahun da arini
Manja dengan saya sebab dari kecik saya memang selalu dengan dia. uma bila dah kawen ni agak renggang sikitla kan... dah kena layan incik somi..Baru ni cakap kat telefon dengan nisa. Tak habis2 nak KFC... 

Masa balik rumah ma abah tu dapatlah surat dari NSTP. Baucer KFC RM20.. Jawap kaji selidik je online baru ni.. antara 500 terawal yang jawap...Rezeki Nisa....
TErus pergi bandar Muadzam beli KFC... Tertunai hajat dan keinginan dia....

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...