Iman demam dan jalan Gambang waterpark

 Sebelum cucuk 5 bulan aritu Iman demam. Tetiba jer badan dia panas malam tu. Memang terasa sangat panas badannya. Apalagi letak kain basah kat kepala sekerap yang boleh.

Mujurlah Iman bukan jenis nak nangis jer... Merengek jer. Taknak dengan orang lain sangat. Nak dengan ibu jer. Kes demam tu hari Jumaat. Soknya Sabtu dah okey. Siap boleh pergi waterpark Gambang. Masa tu saudara ramai datang dari Kelantan dan Bahau. Kebetulan dapat tiket murah.

Alhamdulillah.. Masa ni Iman dah sihat. Badan tak panas dah. Iman kuat. Saya ada terbaca dalam FB..Kalau anak demam jangan cepat sangat nak bagi ubat demam. Biarkan anak tersebut membina antibodi dulu. Yeke?
 Tengok Iman! suka sangat dengan air... memang dia bukan jenis takut air. Kalau dapat main air memang selok..hihi...Pasni nak pergi lagi mai air tapi kat Melaka pulak kot. Air panas Bemban tu... tiket pun agak murah nak masuk. Boleh bawak makanan sendiri. Takdelah mahal sangat kan.

1 comment:

  1. best juga gi bercuti....brapa harga tiket ke gambang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...