Khasiat dan kebaikan Habbautus Sawda atau Black seed

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan dikawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat mengenai kelebihan dan khasiat habbatus sauda ini.

KANDUNGAN:

~Lebih 100 komponen 
~Kaya dengan asid lemak tak tepu
~35% minyak, 21% protin, 38% karbohidrat.
~Lebih dari 50% minyaknya adalah asid lemak penting.
~Asid linolik dan asid linolenik gamma membantu membentuk Prostaglandin E1 yang membantu badan untuk menghentikan jangkitan dan menyeimbangkan system imunisasi badan dan meregulasi reaksi alahan.
~Asid linolenik gamma juga membantu mengstabilkan membran sel.
~Volatile oil Nigellone dan thymochinon yang bertanggungjawab kepada anti histamine, anti oksida, anti jangkitan dan kesan pengembangan saluran pernafasan (broncho dialating effect)
Amalan mengambil habbatus sauda secara berterusan menyebabkan kesihatan yang berpanjangan. 


ANTARA KEBAIKANNYA IALAH :


MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk
MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit
ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)
SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),
ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma
ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil
ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi
PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan
SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan
ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)
MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan
MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)
MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.
MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA  - Seperti suplemen lain, habbatus sauda harus diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian untuk anda mendapatkan kesan yang optimum


  

Ini yang saya selalu makan kat ofis... Satu bekas tu cuma RM4 sahaja. Makan beramai2 tapi banyak lagi... sebab biji kecil2...ambil secubit jer...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...