Tips Membeli Koleksi Tudung Mengikut Bentuk Muka

Seperti yang kita sedia maklum, wajah manusia terbahagi kepada beberapa kategori. Ada yang berwajah petak (bersegi) ,bulat, oval, bentuk hati, dan berwajah panjang. Kenali wajah anda dahulu :


Tidak kiralah bagaimanapun bentuk muka anda, namun, setiap bentuk mempunyai keistimewaan masing-masing. Untuk lebih menyerlah dalam penampilan berhijab, seharusnya anda perlu tahu jenis tudung yang sesuai dengan bentuk muka anda supaya tidak nampak janggal. Bagi mereka yang mempunyai bentuk muka oval ia merupakan satu bonos kerana kebanyakan tudung sesuai untuk anda! Bagaimana pula dengan bentuk-bentuk wajah yang lain?

Berikut merupakan contoh-contoh fesyen koleksi tudung mengikut bentuk muka;

1.      Muka petak atau bersegi


Mereka yang berwajah petak biasanya lebih lebar di antara pangkal rahang dan tulang rahang. Ia akan kelihatanlebih menonjol dan bahagian dagu agak rata. Sangat tidak sesuai untuk memakai selendang atau tudung dan ke belakang dan menampakkan sepenuhnya ciri wajah anda. Gaya atau fesyen pemakaian tudung yang menampakkan tulang rahang juga tidak sesuai seperti turban. Pilih selendang atau tudung yang mempu menutupi bahagian rahang dan tulang pipi anda. Jika anda seorang yang gemar memakai selendang, untuk lebih selesa gunakan inner neck yang mempunyai lapisan menutupi bawah dagu.

Muka bentuk hati / segitiga
Untuk mengenal pasti bentuk wajah segi tiga, ciri-cirinya ialah memiliki dagu panjang serta jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Bagi menampakkan bentuk wajah tampil ramping, sebaik-baiknya gunakan tudung yang boleh ditarik sejauh mungkin ke belakang  dan bertemu di leher agar bahagian rahang tampil terbuka. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak rambut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana bentuk begini menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintal atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bagahian rahang tampak lebih terbuka.

Muka bentuk oval/bujur


Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria 


Muka bentuk bulat (round)
Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

Untuk pilihan tudung bolehlah berkunjung ke butik online tersohor zalora.my kerana terdapat pelbagai pilihan dan koleksi. Pengetahuan untuk mengenali bentuk muka serta gaya dan jenis tudung yang bersesuaian amatlah penting. Sekiranya anda mengenali bentuk muka dan bijak memilih jenis tudung yang bersesuaian, sudah pasti penampilan harian anda kelihatan lebih menarik dan cantik. Malah, kesan positif seperti tahap keyakinan juga pasti akan meningkat. Anda juga akan kekal ceria, yakin dan bersemangat sebagai seorang fesyenista Muslimah.

1 comment:

  1. tq for sharing.
    aida suka pakai tudung yg ada awning & muncung skit awning nyer.
    and definitely tak brape suka ber shawl :) hi hi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...