Shopping murah di Lazada

Alhamdulillah..

Dengan jayanya dapat shopping di lazada dengan harga yang sangat berbaloi2 sempena Mycybersale 2015. Guna code CYBER50 masa checkout item yer. Diskaun maksimum rm20! Banyak lagi boleh guna kod contohnya ROCK30 dan LUCKY15. Tengok T&C yer...
Saya memang suka beli kat Lazada ni sebab ada certain item yang sangat berbaloi kalau membelinya. Tambah2 bila kita apply voucher code. Botol susu Pigeon untuk Iman pun saya beli kat Lazada tau. Sama jugak car seat Mamalove untuk Iman.

Sempena Mycybersale 2015 baru ni, saya berkesempatan membeli rak buku 8 ruang dengan promosi RM20 OFF :) Hepi sangat2 dapat membeli barang dengan harga yang sangat murah. 


Inilah bendanya. Barang tak sampai lagi. Dalam proses. Saya pilih color grey. Plain jer. Kalau color biru dan pink ada dot dot. 


Bukan sekadar rak buku, tetapi boleh jugak dijadikan tempat letak barang2 lain. Saya berhasrat untuk letak baju dan perkakasan Iman punya. Kat rumah sewa Pekan ni takde lagi almari Iman. Letak dalam bakul biasa jer. Bila ada lamari ni nanti bolehla susun dengan kemas sikit. Lagipun bolehlah menjimatkan ruang.


Struktur daripada besi meyakinkan saya untuk membeli rak ni. Harap2 kukuhla yer. 


Ni ukuran saiz rak tersebut. 

Tak sabar nak tunggu barang sampai. Nak kemas baju2 Iman :) Tapi pengalaman membeli sebelum ni di Lazada memang berbaloi sangat. Tak perlu nak ke sana ke mari cari barang. Ada anak ni payah sikit nak bergerak. Takut Iman meragam..hehe. Beli online lebih mudah di samping menjimatkan masa anda. lagipun d Lazada, hampir kesemua barang yang anda nak tu ada.

Lupa inform..

Harga rak ni RM46.60
After SALE CYBER50 : RM26.60
FREE SHIPPING





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...