First day Iman kat Taska

Hari pertama menghantar Nur Iman ke taska hospital. Perasaan seorang ibu nak tinggalkan anak kat Taska... Sebak ada... sedih pun ada... tapi terpaksa juga dikorbankan perasaan tu demi mencari rezeki. Hantar tadi dalam pukul 8:15pg sebab minggu ni shift 8.30pg.
Bawak keperluan pun macam tak semena sangat. First time kan. Mestilah ada yang kurangnya. 
Saya sediakan pampers 5 helai, baju 4 helai, selimut, barut,sarung kaki... pastu keperluan mekap budak..hehe.. dan jugak mandian baby. Tilam dan bantal dia sekali...Ha! Saya terlupa nak masukkan tuala dalam tu. MUjurlah adik ipar ada lagi kat rumah. Mintak dia tolong hantarkan. Dalam jam 10.00pg saya ke taska untuk menyusukan dia. Iman o.. Iman..
Kuat betul dia menyembang masa saya ada tu. Tak rasa nak tinggal dia... nak main jer dengan dia... 
Taska ni yang bahagian baby (bawah setahun) ada 4 orang baby...dijaga oleh 2 orang cikgu. Cikgu Fifi dna Cikgu Zati. Baik2 yer anakku...jangan meragam tau...

lepas menyusukan Iman letak dalam bouncer ni... elok jer dia...sengih2...masa sembang dengan dia tu seolah2 dia cakap jangan tinggalkan dia kat situ... nak duduk dengan ibu...
sob sob sob...

Iman..jangan buat muka sedih okey...Ibu nak g kerja ni...

Harap2 Iman boleh biasakan diri di Taska.. mudah2an lepas ni kalau nak g jalan tu mudah jer.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...