Sambungan kisah bersalin

Kisah pertama di sini----> kisah bersalin part 1

Selanjutnya... saya diberi rehat kat bilik apa ntah selepas operate tu. Masa tu nurse bawak nur iman untuk menyusu buat pertama kalinya. Dan.. betapa gembiranya tengok anak untuk kali pertama. Anak yang dikandung 9 bulan lebih... Semnagat...hehe...
Lepas operate tu keadaan tubuh menggigil kesejukan tau... nak bercakap pun terketar2.. nurse bagi alat apa ntah untuk panaskan badan. Masa tu parent dan suami tunggu kat luar. Nampak mereka masa pintu bilik tu dibuka...

Kemudian, baby iman dibawa turun ke wad biasa. Sebelum tu nurse tunjuk jantina kat suami... Mesti suami pun tak sangka.. dapat gugurl... memang sangat surprise tau jantina...

Lepas 20-30min (tak ingat sangat) dalam bilik tu, saya pun dibawa turun ke wad 1C.. wad selepas bersalin. Masa tu ahli keluarga dah menunggu saya. Orang operate ni memang tak boleh buat apa2 tau. Macam patung je rasa. Lagipun ubat bius masih terasa. Selepas operate, kena rest 6 jam. Baring jer... nak minum air pun guna straw sebab tak boleh bangun. Lepas 6 jam baru boleh bangun nak g mana2... buang saluran kencing...
Cucuk toksah katala... masuk air la.. masuk ubat la... dah lali kena cucuk sepanjang mengandung dan bersalin ni.

Malam tu suami balik umah lambat sebab jaga isteri yang tengah tak berdaya ni. Nak jalan pun macam lebih lambat dari kura2... sakit tau... seriau kat tempat operate tu. Nak kencing dan buang air besar pun tak berani. Nak mandi pun takut kena kat tempat operate tu. Ada yang kata tak boleh kena air..ada yang kata xpe... Masa tu katil saya dengan toilet dekatlah jugak... Malam tu saya tidur bertemankan baby Iman... Suami balik pun dah agak lewat malam tu. Saya amatlah menghargai suami saya yang setiap hari berulang alik dari Hospital - Chini yang mengambil masa 1jam!!! Suami tak boleh tunggu kat wad.. kena halau dengan nurse dan guard. Patotlah ramai yang decide nak bersalin swasta... Tambah2 kalau operate macam saya ni ha.. Malam tu, baby Iman agak meragamlah jugak... dahlah nak bangun payah nak amik baby Iman dalam balang tu. Tinggi...agak mencabar dan menguji kesabaran saya. Nurse bukannya reti nak tolong... sian baby Iman menangis dalam balang kaca tu. Last2 sayA letak baby Iman kat tepi saya. Tapi, keadaan kat hospital pada malam hari agak panas... memang tak selesa lansung. Jenuh saya berkipas guna kertas yang ada. Kesimpulannya malam pertama tu saya tidur2 ayam jer. Esoknya saya minta suami saya bawakan kipas untuk pasang kat wad. Setiap pagi dan malam akan dicucuk ubat cair darah... sebab ada kes kot sebelum ni darah beku.

Tu hari pertama...
Hari kedua di hospital selepas bersalin. Kena pindah katil pulak... lebih jauh sikit dari kaunter nurse. Doktor datang check pun tanya dah buang air ke belum.. dah boleh jalan ke macamner... Sepanjang kat hospital tu saya tak berani nak buang air besar. Takuttt... Baby Iman alhamdulillah sihat takde apa. Cuma agak meragam dan suaranya kuat! Nyaring sangat. Hari kedua ni keadaan saya okey sikitlah kan tapi nak gerak lebih2 tu memang tak berani sangat. Takot tempat operate tu terbukak. Malam tu saya dan Iman tidur berkipas... Abah Iman tak balik malam tu sebabnya sok dah raya.. Mestilah temankan saya dan anak kami yang baru lahir ni kan...
Raya kami takde maknanya baju cantik, baju baru... cuma kehadiran Baby Iman menambahkan seri raya kami yang tanpa baju raya ni. Abah Iman turun wad agak lambatla jugak malam tu sebab anak meragam... mujur ada Abahnya.. Ibu Iman tak kuat semangat dan mental lagi... Lagipun masa tu air susu agak kurang lagi... dengan keadaan badan yang sakit tak mampu nak menyusukan Iman sebaiknya... kesian Iman...

Hari Raya Aidilfitri 17hb Julai 2015
Alhamdulillah... bila doktor check segalanya ok, maka, kami pun dah boleh discharge...
Suka bukan kepalang tau!! Puas dok kat hospital.. takde orang boleh temankan... time melawat jerla..
Abah saya datang ambil saya dengan ma... Bukan apa... saya kan tak boleh nak renyah sangat orang kata...badan masih tak kuat lagi... ada ma bolehla tolong dukungkan Iman..
Raya tu saya bawak balik baby Iman... Raya bertiga.... Syukur sangat2 segalanya dah selesai. Cuma berharap baby Iman tak kena jaundice jerla...

oklah... sambung kat next entri pulak yer....




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...