Pengalaman bersalin ceaserian / operation

Okla... al kisahnya...

Saya punya due 12 Julai 2015 tetapi baby iman taknak keluar lagi.  So, start 13hb - 17hb tu saya perlu ke klinik untuk pemeriksaan kandungan.
Kalau dalam tempoh 5 hari tu tak jugak keluar baby maka 18hb kena admit.. bersamaan hari raya kedua :) hehe

13hb - buat CTG di Hospital Pekan
14hb -  hari Selasa

Saya check up seperti biasa kat kampung aka umah mak. Masa tu saya dah start amik cuti maternity. Tapi mulut ni agak gatal ngadu kat nurse yang anak dalam perut xde gerak lagi. Betul tak gerak atau saya yang tak perasan..hihi.. Apalagi nurse klinik desa suruh saya pergi kat klinik kesihatan Chini jumpa doktor untuk check jantung anak.
Lupa pulak...masa tu bulan puasa...
So, saya dan suami terus pergi klinik Chini jumpa doktor. Masa tu menyesal jugakla sebab ngadu tu. Padahalya baby iman ni memang agak kurang gerak kalo siang. Malam jer aktif sangat2...
Dan buat pertama kalinya kena check jalan. Misi yang check... Katanya 1cm...
Disebabkan pengaduan tu jugak doktor kat Chini mintak saya ke Pekan pulak. Hospital.. check jantung anak yang setengah jam tu.. apa ntah namanya. lupa da... ha! buat CTG... padahal hari isnin tu saya dah pergi Hospital Pekan untuk buat CTG tu.. ok je semua...
Lagi al kisahnya... di Hospital Pekan tu lepas buat CTG,.. doktor check katanya air ketuban kurang.. berisiko jugaklah sebabnya dah overdue kan.. Dahla makan masa agak lama saya kat hospital tu tau.. Tunggu doktor yang lebih pakar untuk cek air ketuban tu. Disebabkan air ketuban kurang dan sebab ngadu baby kurang gerak tu (padahal masa ke Pekan tu dah cukup gerakan baby) doktor Pekan buat surat referral untuk saya admit kat Hospital Kuantan.
Saya diberi pilihan untuk pergi sendiri ataupun naik ambulans. Tapi, doktor dah pesan kat saya jangan pergi lambat sangat. Kena pergi sebelum berbuka puasa. Kan bulan Ramadhan masa tu.
Mujurlah saya dah standby semua barang keperluan dalam kereta seawal kandungan 7 bulan.. Sebelum bergerak ke Kuantan tu, dan lagi singgah kat bazar beli nasi kukus..hihi
Sampai Kuantan dah dekat kul 7... tak lama nak berbuka puasa dah... so, staff kt situ (Wad bersalin berisiko rendah) suruh saya buka puasa dulu pastu baru datang semula. Saya dan suami pun pergilah ke benteng ataupun esplanade org phg panggil.

Jangan jemu yer baca...huhu panjang lagi ni...

Siap bukak puasa pergi semula tempat tadi bersama surat rujukan. Sekali lagi kena buat CTG dan check jalan. Nak menangis rasa...huhu
Terima kasih buat suami yang bersusah payah menunggu dari pagi. Ke sana ke mari...
Hasilnya... everything ok...air ketuban pun ok... see!!! different result... saya mintak taknak admit lagi malam tu.. yela..sian suami nak drive balik jauh2...lagipun not planning nak admit seawal tu...
Maafkan isterimu ini duhai suamiku...
Klinik Desa Chini Timur ---> Klinik Kesihatan Chini ---> Hospital Pekan ---> Hospital Kuantan

Saya tak pernah bermimpi nak bersalin kat HTAA ni. Saya punya plan nak bersalin kat Hospital Pekan jer sebab ada rumah sewa kat sana. Senangla sikit kan.. namun, segala perancangan Allah itu sebaik2 kejadian dah...

Malam tu saya admit kat wad 1B.. Sedih... tak pernah tidur kat wad.. dahlah berjauhan dengan suami.. sorang2... Hujung2 due tu saya memang banyak stay kat rumah orang tua jer.. suami pun setiap hari berulang kerja dari rumah orang tua saya jer..lagipun bulan puasa...

Saya dipaksa admit dan akan di induce keesokan harinya. Takutttt... 
Saya mintak suami datang seawal yang boleh menemankan saya. Suami terpaksa balik Chini malam tu sebab tak bawak barang lansung. Lagipun bukan boleh tunggu pun...

15hb - Rabu

Kenangan bermalam di wad pada malam tu amatlah menyiksakan. Dengan suasana yang tak best.. keadaan panas...Sepanjang  mengandung sehinggalah hari saya kena admit tu, saya lansung tak rasa sakit..takde lansung rasa nak bersalin dan memang saya rasa kena admit 18hb tu nanti. Tapi... lain pulak jadinya. 
Seawal pagi dah kena kejut dengan nurse untuk standby masuk bilik check. Kena check jalan lagi. masa tu 2cm baru. Belum induce lagi. Tapi saya dah mula rasa sakit macam senggugut tu. Masih berdaya lagi mandi pagi tu. Tapi memang sakit. Saya dah syak saya ni dah mula rasa contraction based on orang lain punya experience.
Sehinggalah suami saya datang bawak kuih raya (saya yang suruh) saya memang dah tak tahan. Nak jalan pun tak larat. Kena duduk atas kerusi roda. Saya tak bagi suami saya pergi mana2 dah... masa tu sangat memerlukan semangat suami. 
Saya diminta untuk cek jalan sekali lagi tapi saya dah tak larat sangat menahan sakit. Jadi, pemeriksaan dilakukan atas katil jer. Dah 4cm masa tu. Sakit makin kuat...
Akhirnya doktor mengarahkan supaya saya dibawa ke labour room untuk induce dan bersalin. Ya Allah...sakitnya Tuhan je yang tahu. Tk daya sangat2 dah... harap baby cepat2 keluar jer... Saya cuma fokus pada sakit saya jer masa tu. Dah tak peduli sesiapa.

Dibawa ke labour room. Bersiap sedia untuk bersalin. Masa tu dah ready mental nak meneran. Doktor pecahkan air ketuban dan induce. Tapi..... air ketubamn dah sikit. Baby dah berak dalam perut..
dan.... doktor mengatakan saya perlu dibedah dengan segera agar baby dalam perut tak makan najis.
Doktor panggil suami saya dan beritahu risiko operate dan lain2. Masa tu hanya berserah pada Allah. Berdioa agar selamat semuanya.

Saya pun disiapkan untuk ke dewan bedah. Cepat dan tangkas kerja doktor2 dna pelatih HTAA. Terima kasih. Masa dibawa keluar ke dewan bedah tu pandang suami...mnegalir air mata..tak dan nak mintak maaf...
Dalam dewan bedah, dibius separuh sedar dan dibedah untuk keluarkan baby yang bertuah ini.
Alhamdulillah... segalanya selamat...Masa dengar doktor kata dah keluar baby tu, mengalir air mata gembira...syukur sangat dengan kurniaanNya. Dah bergelar ibu... surprise masa tu tak tahu baby apa. Dah siap pembedahan, dibawa keluar ke bilik apa ntah untuk seketika. Masa tu barulah nurse datang bawak baby untuk menyusu buat pertama kalinya. Tembam.... semua misi geram tengok baby iman.
Sekali lagi air mata mengalir.....gembira....
Masa pintu bilik dibuka, nampak suami dan parent kat luar tengah tunggu. Suami tak sabar nak tengok anaknya...hehe...

Pangjang cerita ni... bosan dah ke?

Sambung entri lepas ni pulak yer...hihihi...




4 comments:

  1. dh bace smpi akhir..hehehe..nt smbg lg ye...

    ReplyDelete
  2. Haii...Alhamdulillah saya juga merasai keadaan yg sama....pengalaman Ceas anak pertama & ketiga yg baru jer baby cecah 6bln....yg penting anak sihat....Syukur tgk anak yg dilahirkan membesar dgn baik walau perit kene ceas tu....

    Datang le melawat teratak kami yg xseberapa....ramai kawan sunah diikut....

    ReplyDelete
  3. alaaaa, kenapa tak sambung...huhu...

    air mata IQ baru nak menitis...kalau IQ baca pengalaman orang yang bersalin terutama bersalin secara operation ni, mesti IQ sebak, sebab operation ni lebih mencabar....sebak bila nak masuk dewan bedah semua..huhu...

    IQ pun tengah menunggu masa....tak tahu apa kemungkinan nanti...huhu

    ReplyDelete
  4. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan, BRENDA HARAPAN pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan Dari
    $ 20.000 untuk $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
    Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (brendahope816@gmail.com)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...