Iman Anakku : Bertuahnya kamu

Raya pertama saya dan baby balik rumah ma untuk berpantang. Maksudnya dah hari ketiga yer. Keadaan saya yang berslain operate ni agak menyusahkan saya untuk bergerak dengan aktifnya. Serba sakit jer.  Kalau dah baring tu, amatlah siksa nak bangun semula. Kadang saya memang tak lepas nak bangun dan suami saya terpaksa tolong ampun badan saya tau! Teruk kan saya.... 
Sebab tu saya tak suka baring. Lebih suka duduk atas kerusi sebab senang saya nak bangun. senang nak menyusukan Iman. Yang menjadi masalah adalah bila tengah malam. kan baby nak menyusu tengah malam. Lapar.. perut baby kan terlalu kecik.. sebesar buah anggur kalau tak silap masa baru2 lahir tu. Jadi kena kerap menyusu. 
Saya pulak tak boleh nak mengiring. Nak bangun pulak amatlah siksa tau! Owh.. sebahagian kenangan bersalin kan Iman. 
Kasihan Iman.. bila malam jer tak dapat nak menyusu badan dengan sempurna... Sedih betul saya sebab tak dapat buat yang terbaik untuk anak... Kalau iman nak menyusu dia terpaksa bairng atas badan saya dengan keadaan yang kurang selesa. Kadang2 mak atau suami akan tolong ampu badan Iman. Saya memnag tak kuat.... nak mengiring tak boleh. Perkara tersebut berlanjutan hampir seminggu lebih. Lama2 saya menggagahkan diri jugak bagi Iman menyusu sambil mengiring. Iman pulak jenis nak mengempeng kata orang tua. Nak nipple dalam mulut jer.... huhu... 
Tapi bagi puting silikon tu tak mahu pulak dia...
Iman oh iman...
Lagi satu. Iman ni jenis yang kuat menyusu...kalau tengok macam sebotol tu boleh habis.. Padanlah badannya semangat!!! hehe

Berat Iman akan naik 200gm setiap 2 minggu pergi timbang...
Iman bertuah mempunyai ibu susuan.. huhu... adik ipar saya terpaksa menyusukan dia sebab keadaan saya yang agak teruk masa awal2 tu. Dengan sakit operate..sakit badan..bengkak susu... macam2lah....



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...