Beli powerbank Pineng lagi

Akhirnya...saya memejamkan mata jugak membeli powerbank yang lain.
Pernah beli masa awal2 kemunculan powerbank. Mahal lagi masa tu..
Beli kat thefaizibrahim. Memang berbaloi2... original Pineng.

Tapi adik saya mintak tukar pulak. Saya bagila yang saya tu kat dia dan guna yang 10k Mah. Tak best saya rasa masa tu sebabnya yang saya punya 11,200mAH...

Beli kat Lazada yang 20k Mah namun ada kisah disebaliknya... Tak dan nak cerita kat blog ni lagi...
Dahlah salah penghantaran pastu powerbank yang ciplak pulak tu! Memang tak puas hati lansung! Guna tak sampai seminggu pun... Serik dha nak beli kat Lazada barang macam tu.

Akhirnya saya beli dengan ThefaizIbrahim jugak powerbank. Ikutkan survey harga mahal sikit rm5 pastu ada kos penghantaran tetapi sebab malas nak merenyah order jerla online. Lebih senang dan mudah kan. Tunggu jerla barang sampai kat pintu rumah.... Mahal sikit takpe janji kualiti dan dipercayai.

Kali ni saya beli yang 10k mah jer sebab yang ni ringan nak dibandingkan dengan 20k mah tu. Lagipun color dia superb mengancam!!! Tak sabar nak tunggu powerbank.... hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...